KEMATIAN BAYI BERPUNCA DARI MAKANAN TAMBAHAN Satu berita yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (CDC) pada 25 Nov, 2014 memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan satu produk makanan tambahan yang tercemar, telah menyebabkan kematian seorang bayi yang dilahir secara pramatang. Ia berpunca dari pencemaran sejenis kulat “mucormycosis”. Jangkitan fungus ini telah menyebabkan penyakit “necrotizing enterocolitis” yang boleh merosakkan saluran pemakanan. CDC memberi amaran kepada orang ramai yang menggunakan produk makanan tambahan “Solgar ABC Dophilus Powder “ agar berhati-hati dan segera mendapatkanpemeriksaan doctor jika mengalami masalah sakit perut, kembung, loya atau muntah. Produk ini mengandungi …
Read More »Ulasan Berita
Misteri sakit dan belakang rupanya jarum acupuncture yang tertinggal
MISTERI SAKIT DADA RUPANYA JARUM ACUPUNCTURE YANG TERTINGGAL Seorang lelaki China, Xu Long berusia 60 tahun berasal dari Jiujian, terletak di tenggara Wilayah Jiangxi, China, mulanya mengalami rasa sakit bahagian dada dan belakang. Doktor hanya menyatakan ia adalah “sakit biasa” disedbabkan usia yang semiakin meningkat. Namun apabila dia telah tidak tahan mengalami kesakitan, doctor telah melakukan xray dan dan CTscan, dan mendapati ada “bendasing logam” di dalam abdomennya. Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan bendasing itu dan doctor terperanjat apabila mendapati bendasing itu adalah jarum acupuncture yang patah. Akhirnya baru beliau teringat yang beliau ketika berada di dalam tentera, menjalani rawatan …
Read More »TABIAT MAKAN RAMBUT SEHINGGA PERUT TERSUMBAT
Seorang remaja bernama Ayperi Alekseeva, 18, telah dimasukkan ke Hospital Bishkek di ibu negara Kyrgyzstan, Bishkek, selepas tidak mampu lagi untuk makan atau minum. Para doctor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan setelah memerik beliau dan melakukan beberapa ujian xray. Mereka terkejut apabila mendapati dalam perut gadis itu ada 4 kg gulungan serat gergasi menyekat sistem pencernaan beliau. Gadis itu yang mempunyai tabiat yang pelik mengunyah hujung rambutnya, dan makan rambut beliau yang dijumpai di permaidani. Ibu bapa gadis ini hanya membawanya ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan, dan dia tidak boleh makan dan minum apa-apa.
Read More »BAYAR KONSULTASI DOKTOR DAN UBAT-UBATAN DENGAN SAMPAH
Saya sangat tertarik dengan idea yang dilaksanakan oleh seorang pemuda di Indonesia bernama Gamal Albinsaid, yang baru berusia 24 tahun yang telah membuka lima pusat kesihatan di bandar Malang yang menjalankan sistem ‘Klinik Insurans Sampah’, agar dapat memberikan rawatan dan nasihat kesihatan percuma kepada penduduk termiskin di Indonesia. Secara tidak langsung usaha ini dapat membantu menguruskan masalah penghasilan sampah yang semakin banyak. Sampah-sampah ini diasingkan mengikut jenisnya. Sampah organik boleh ditukar menjadi baja yang kemudiannya akan dijual kepada petani. Sampah botol plastik dan tin akan dihantar ke pusat pungutan sampah untuk diproses dan dijual kembali ke kilang. Penduduk miskin yang …
Read More »Kecederaan tisu dapat dirawat dengan rawatan stem sel
KECEDERAAN TISU KETIKA BERSUKAN DAPAT DIRAWAT DENGAN RAWATAN STEM SEL. Kecederaan hamstring yang dialami oleh pemain tengah Argentina, Angel Di Maria menghalangnya daripada bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menentang Jerman. Pihak pengurus Argentina mereka akan menghantar pemain ini untuk rawatan stem sel dengan harapan dapat mempercepatkan penyembuhan yang beliau alami. Walaupun sebelum ini terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa rawatan stem sel tidak sesuai untuk atlet. Pakar Orthopedist mengatakan bahawa terdapat hanya sedikit bukti yang menunjukkan rawatan stem sel ini mempunyai keberkesanan dalam kecederaan sukan. Namun yang pastinya rawatan stem sel bukanlah rawatan yang …
Read More »Doktors di Brazil melakukan pembedahan Caesarean pada wanita yang tidak hamil
Doktor di Brazil melakukan kecuaian? Ini suatu kecuaian yang besar dan luka akibat pembedahan bukanlah suatu yang kecil dan boleh diabaikan begitu saja. Walaupun luka itu akan sembuh selepas beberapa minggu, tetapi jika wanita ini pesakit diabetes luka akibat pembedahan itu mungkin akan sembuh setelah beberapa bulan atau lebih. Oleh itu doctor selalunya berhati-hati sebelum melakukan apa saja prosedur perubatan. Wanita yang tiba-tiba muncul di Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit perut itu mengaku beliau sedang hamil 41 minggu. Setelah didesak oleh wanita itu, akhirnya doctor di sana terpedaya dan mempercayai bahawa itu itu sedang hamil dan sedang dalam proses melahirkan …
Read More »Tangan putus akan disambungkan
Seorang lelaki yang putus tangan kanan ketika berlaku kemalangan di tempat kerja, berjaya disambung semula. Sebelum itu doktor menyambung tangan kanan yang putus pada pergelangan kaki selama sebulan . Pesakit itu, Xiao Wei menjalani pembedahan mikro di Changsha, di wilayah Hunan, China. Mulanya doctor memberitahu bahawa tangannya yang putus tidak lagi dapat disambungkan. Beliau kemudiannya dirujukkan ke sebuah hospital yang lebih besar. Tujuan penyambungan itu untuk memastikan sel-sel pada tangan kanannya yang putus terus hidup, sementara menunggu lengan di mana tangan kanannya yang putus itu dirawat. Dengan teknologi dan kemahiran yang baru, …
Read More »Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang
Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg. Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik. Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan. Inilah tanda kebesaran ALLAH. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …
Read More »Tiada sekatan penjualan mesin urut
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bercadang menyekat penjualan mesin urut kerana alat seumpama itu setakat ini didapati tidak memudaratkan kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementeriannya sudah melakukan penilaian terhadap mesin itu dan mendapati ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya. “Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengharamkan penjualan mesin urut di negara ini kerana tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong (dakwaan) ia membawa kesan sampingan seperti penyakit saraf dan tulang belakang akibat penggunaan mesin urut tersebut,” katanya. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu adakah Kementerian Kesihatan sudah membuat kajian terhadap …
Read More »Ibu Penagih Membunuh Anaknya Tanpa Sengaja
Saya membaca satu berita yang sedih berlaku di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini. Seorang bayi lelaki Ryder Salmen, berusia lapan bulan mati pada September 2012 selepas menghisap susu ibunya yang disahkan mengandungi campuran ubat metadon (ubat yang mengurangkan ketagihan dadah), Opana (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur) yang tinggi. Sarah Stephen, 32 tahun sebelum ini mengalami masalah ketagihan dadah dan diberikan beberapa ubat untuk sebagai rawatan masalah ini. Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia, Sarah pernah diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan penyusuan isu apabila doktor mengesan kandungan …
Read More »Bayi mempunyai kembar di dalam abdomennya.
“Mulanya disangka ketumbuhan di abdomen pada bayi berusia dua bulan, rupanya ‘ketumbuhan’ itu adalah kembarnya”, begitulah berita yang dikeluarkan dalam akhbar di Pakistan yang say abaca secara on-line. Sekumpulan pakar bedah kanak-kanak (paediatric surgeons)di Hospital Kanak-kanak, Pakistan Institute of Medical Sciences (PIMS), berjaya melakukan pembedahan pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 pada seorang bayi yang disangka mengalami ketumbuhan dalam abdomennya. Pembedahan yang dijalankan selama tiga jam yang diketuai oleh Professor Zaheer Abassi, ke atas bayi yang bernama Amna, anak perempuan kepada Lakhmir Khan, dilahirkan dengan perut yang membesar. Sebelum ini, bayi ini mengalami ceret beret dan muntah semenjak …
Read More »Pemindahan rahem dari ibu kepada anak
Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang bernama Sara Ottoson berumur 25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012. Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung. Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun …
Read More »Menghisap ‘rokok elektrik’ adalah amalan sia-sia
Walaupun setelah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak memberikan kesan yang besar. Ramai perokok berusaha menghentikan tabiat merokok kerana harganya semakin mahal, bukan kerana bimbangkan kesihatan mereka terjejas akibat merokok. Tidak hairanlah ramai di antara perokok tegar yang cuba menukarkan tabiat menghisap rokok menggunakan ‘rokok tanpa asap’. Jadi ketika menghisap rokok ini, perokok mempunyai dua niat. Sama ada mahu mengurangkan tabiat merokok atau hanya mahu mengurangkan kos merokok, tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok. Idea untuk mencipta ‘rokok elektrik’ (e-rokok) bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun …
Read More »Isu Kesihatan Dakwat Indelible Ink untuk PRU13
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan akan menggunakan dakwat yang kekal (indelible ink) untuk pilihanraya umum ke 13. Penggunaan dakwat yang kekal menjadi perbebatan ilmiah dan politik di kalangan ramai rakyat Malaysia. Saya sendiri tidak percaya bahawa penggunaan dakwat ini dapat mengurangkan ketidaktelusan ketika pengundian yang dijalankan. Secara peribadi saya melihat penggunaan dakwat ini hanya melambangkan ’rasa tidak percaya terhadap sistem pengundian yang dijalankan’ oleh SPR. Penggunaan dakwat ini belum tentu dapat meningkatkan ketelusan pilihanraya atau mendatangkan rasa puas hati pada pihak-pihak yang bertanding. Maksud saya, bolehkah kita menutup mulut-mulut mereka yang tidak puas hati apabila kalah …
Read More »Silap Potong Ketika Berkhatan!
Terkejut saya membaca akhbar Harian Metro hari ini (22 december 2011). Mulanya saya ingatkan kanak-kanak yang dikhatan itu dipotong keseluruhan kemaluannya. Tetapi setelah selesai membaca berita itu, rupanya mereka dilaporkan telah dikhatankan menggunakan teknik yang salah oleh seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, pada 26 November lalu. Ini mengakibatkan hujung kulit zakar mereka tidak dipotong sepenuhnya. Mereka juga dilaporkan mengalami luka yang masih belum kering dan terpaksa memakai kain. Luka itu menjadi punca mereka akan merasa sakit setiap kali mahu membuang air. Kedua-dua orang kanak-kanak itu Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, …
Read More »Wanita Rebah dan Koma Selepas Warnakan Rambut
Saya membaca akhbar harian dengan penuh debaran. Saya baru ditanya oleh seorang rakan FB mengenai kesan sampingan pewarna rambut yang biasa digunakan di salon. “Doktor, mengapa adik perempuan saya mudah diserang asthma selepas pulang dari mewarnakan rambut di salun? Adakah pewarna rambut itu yang menyebabkan serangan asthma?” Belum sempat saya menjawab pertanyaan itu, akhbar bertarikh 22 November 2011 memberikan saya satu ‘paksaan’ untuk segera menjawab soalan itu. “Kenapa mewarna rambut boleh menyebabkan koma?” “Saya amat risau kerana saya membuka salon rambut untuk wanita Muslim dan melayan permintaan para muslimah untuk mewarnakan rambut mereka. Tentu tidak salah membantu mereka kelihatan cantik …
Read More »Pastikan Tempat Itu Selamat!
Saya amat sedih apabila membaca berita di akhbar harian, Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 11 November 2011 lalu mengenai tragedi yang menyebabkan kematian empat orang dan 36 orang lagi cedera apabila sebuah bas membawa 39 penumpang terbalik sebelum dirempuh sebuah treler di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang. Menurut laporan berita, dalam kemalangan pukul 4.20 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sederhana, beberapa meter dari tempat kejadian lalu terbalik di bahu jalan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sebuah treler yang sarat dengan muatan guni pasir merempuh bas berkenaan dari arah belakang ketika kebanyakan …
Read More »Kematian MJ dan Ubat Bius Propofol
Rakan saya yang juga seorang doktor, mencampakkan akhbar harian ke meja saya. Dia kelihatan tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Dr Conrad Murray. “Setiap hari ada ribuan orang mati. Tidak ada seorang pun rasa mahu tahu apa yang berlaku. Tapi apabila seorang yang terkenal mati, satu dunia heboh..” Saya membaca laporan berita bertarikh 9 Nov 2011. Berita sensasi kematian penyanyi terkenal Michael Jackson telah pun sampai ke hujung penamat. Ramai yang mahu mengetahui adakah doktor peribadi penyanyi terkenal itu bersalah. Hari ini para juri telah memberikan pendapat mereka mengatakan Dr Conrad Murray telah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan …
Read More »Lee Kuan Yew dan Penyakit Saraf
Saya tidak mengenali Lee Kuan Yew secara peribadi. Namun saya amat tertarik pada keperibadian beliau yang mengkagumkan. Walaupun pemikiran dan pandangan politik beliau sangat berbeza dengan saya, namun saya menghormati beliau sebagai seorang negarawan yang mampu membangunkan Singapura. Saya percaya, ramai yang tidak menyukai peribadi beliau. “Kenapa doctor baca buku orang tua itu?” tanya seorang pesakit apabila terpandang pada buku tulisan Lee Kuan Yew bertajuk “The Singapore Story” di atas meja saya. Saya membaca buku itu ketika masa rehat saya. Beliau mungkin tersinggung kerana saya sebagai Melayu Malaysia membaca buku itu, sedangkan beliau Melayu Singapura membenci penulis buku itu. Saya …
Read More »Bayi Yang Hidup Disangka Mati Dan Dibungkus Dalam Plastik
Semua orang melakukan kesilapan. Namun kesilapan boleh dielakkan jika setiap orang mengikut peraturan yang ditetapkan. Dalam satu industri besar, kesilapan dapat dielakkan jika setiap pekerja menggunakan ‘standard of procedure’ (S.O.P) dan mengelakkan diri dari mengambil jalan singkat. Jika kesilapan masih berlaku, maka ia adalah kesilapan yang dimaafkan dan S.O.P itu harus dikaji semula. Dalam dunia perubatan pula, kesilapan pasti berlaku atas pelbagai sebab antaranya kesilapan manusia. Doktor sebagai manusia juga mempunyai sikap yang suka mengambil ‘langkah lebih-kurang’. Sikap ‘cincai’ ini adalah kelemahan yang akan menjerat nyawa pesakit dan juga masa depan doktor tersebut. Ketika saya bekerja di hospital awam dulu, …
Read More »Harapan untuk Dapatkan ‘Muka’ Semula
Saya amat kagum dengan kepakaran yang dimiliki oleh satu pasukan pakar pembedahan di Hospital Brigham dan Wanita di Boston. Saya percaya ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh Allah kepada Dr Bohdan Pomahac yang mengetuai pasukan ini adalah satu rahmat dari-NYA. Masakan tidak beberapa kes kerosakan muka yang teruk telah berjaya dipuilihkan dengan izin Allah. Sebelum ini James Maki telah berjaya dibedah pada 9 April 2009 di hospital yang sama. Walaupun James Maki memerlukan beberapa pembedahan plastik seterusnya, namun wajah barunya tetap lebih baik dari ‘muka tanpa wajah’ sebelum ini. Kali ini seorang pekerja pembinaan, Dallas Wiens, berumur 25, telah menjalani …
Read More »Adenovirus 14 (Virus Selsema Pembunuh)
Malaysia dikejutkan dengan beberapa kes jangkitan virus yang menyebabkan kematian berlaku di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Paling baru (saya menulis pada 21 mac 2011) seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, meninggal dunia 4.00 pagi 17 Mac 2011 selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dijangkiti ‘Adenovirus’. Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di pusat latihan utama milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu pada 4 Mac lalu. Kematian pertama membabitkan seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 21, dari Kuala Kangsar, Perak yang meninggal dunia pada 8 Mac …
Read More »Tahyul Moden: Garam Boleh Halang Kesan Radiasi Nuklear?
Pasaraya di Beijing dan Shanghai, China telah kehabisan bekalan serbuk garam semenjak khamis 17 Mac 2011. Ini kerana rakyatnya mempercayai khabar-khabar angin mengatakan kebocoran radiasi dari Kompleks Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun boleh menyebabkan kanser thyroid. Iodised salt (garam yang ditambah unsur iodin) yang dijual di pasaraya pula dipercayai boleh mengelakkan kanser thyroid ini. Kerajaan China gagal mengawal khabar-khabar angin ini dan rakyat China semakin panik walaupun tahap radiasi di 41 buah bandar di China masih normal. Tahap panik yang melampau membuatkan seorang pelanggan di bandar Ningbo membeli bekalan serbuk garam untuk bekalan selama lima tahun bagi melindungi dirinya dan keluarganya. …
Read More »Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa
Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban. Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan ‘kuasa’ yang dia ada. Tahun 2011 ini, saya mendapati ada beberapa keganjilan berlaku di beberapa tempat di dunia. Seharunya dijadikan iktibar supaya jika ianya berlaku di Malaysia, kita tidaklah mengikuti orang-orang jahil. Dua kejadian ganjil berlaku di India apabila kedua-dua wanita mengeluarkan airmata bercampur darah. …
Read More »Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING
Bila membaca akhbar NST semalam (20 nov 2010), saya rasa kanak-kanak perempuan bernama Mi Ling yang yang berada di China, amat beruntung. Walaupun tangan kirinya cedera teruk dan terputus, dengan izin Allah, tangannya dapat disambung semula. Lima belas tahun lalu ketika saya bekerja di wad pembedahan di hospital awam di Johor Bahru, seorang pekerja buruh warga Indonesia datang ke hospital kerana tiga jarinya terputus. Beliau telah pergi ke salah sebuah hospital swasta, namun tidak dapat disambung kerana ketika itu tiada pakar microsurgery. Malang sungguh nasib pesakit itu kerana bila sampai ke hospital awam tempat saya bekerja, tidak dapat disambungkan jari-jari …
Read More »Nasib Pelajar Jururawat Kolej Swasta
1000am 150310 Semasa berjumpa dengan teman-teman yang mempunyai anak gadis, saya menerima banyak rungutan dari mereka (ibubapa) tentang anak-anak perempuan mereka yang telah tamat mengikuti nursing course dari Kolej Swasta, masih lagi menganggur tanpa pekerjaan. Mungkin ada di antara mereka yang bernasib baik dapat bekerja di klinik swasta, namun tangga gaji ditawarkan hanya RM450, iaitu gaji bagi lulusan SPM bukan tangga gaji bagi lulusan diploma nursing. Ibubapa menjadi tidak puas hati kerana ketika ditawarkan kursus oleh kolej jururawat swasta ini (bukan pelajar yg memohon), mereka dijanjikan pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. Kononnya Hospital Kerajaan akan mengambil mereka sbg Staff Nurse …
Read More »