Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Ulasan Berita » Lee Kuan Yew dan Penyakit Saraf

Lee Kuan Yew dan Penyakit Saraf

Saya tidak mengenali Lee Kuan Yew secara peribadi. Namun saya amat tertarik pada keperibadian beliau yang mengkagumkan. Walaupun pemikiran dan pandangan politik beliau sangat berbeza dengan saya, namun saya menghormati beliau sebagai seorang negarawan yang mampu membangunkan Singapura.

Saya percaya, ramai yang tidak menyukai peribadi beliau.

Kenapa doctor baca buku orang tua itu?” tanya seorang pesakit apabila terpandang pada buku tulisan Lee Kuan Yew bertajuk “The Singapore Story” di atas meja saya. Saya membaca buku itu ketika masa rehat saya.

Beliau mungkin tersinggung kerana saya sebagai Melayu Malaysia membaca buku itu, sedangkan beliau Melayu Singapura membenci penulis buku itu. Saya tersengih dan tidak memperdulikannya. Saya mahu membaca cerita K.Y Lee membangunkan Singapura mengikut perspektif beliau.

Kali terakhir saya mendengar ucapan dan dialog beliau dengan perserta ialah di dialog tahunan kali ke tujuh, LKY School of Public Policy, Singapure pada 14 September, 2011 melalui Mediacorp, Media TV.

Beliau mampu berhujah apabila peserta mengajukan soalan kepada beliau. Pemikiran beliau masih konsisten dan pandangan beliau masih relevan untuk kemajuan ekonomi Singapura. Walaupun lemah tetapi beliau tidak nyanyuk.

Hari ini saya membaca berita bahawa Lee Kuan Yew sedang berjuang menentang penyakit saraf yang dipanggil sensory peripheral neuropathy.

Menurut doktor peribadi beliau, yang juga merupakan anak perempuan beliau, Dr Lee Wei Ling, Pengarah National Neuroscience Institute of Singapore, K.Y Lee yang berumur 88 tahun, pada September 2011, disahkan menghidap penyakit saraf itu.

Sensory peripheral neuropathy telah menyebabkan semua isyarat antara otak dan saraf tunjang yang bergerak ‘dari dan kepada’ otot tangan dan kaki tidak dapat dihantar dengan baik. Ini menyebabkan beliau sukar mengimbangi badan.

Mengikut kefahaman saya dari buku teks, pesakit sensory neuropathy boleh mengalami rasa kebas, rasa mencucuk-cucuk dan kulit amat sensitif apabila disentuh. Malah ada pesakit seperti ini yang mengadu rasa terbakar pada sebahagian kulit kaki atau tangan , terutamanya pada waktu malam.

Sama ada berasa sakit atau kebas, masalah ini bermula dari hujung kaki dan secara perlahan-lahan akan ‘naik’ ke lutut, peha dan pinggang.

Akhirnya ke seluruh tubuh dan akhirnya melibatkan tangan dan kaki. Kebanyakan pesakit sebenarnya adalah pesakit diabetis dan saya ada menulis dalam blog mengenainya.

Rujuk : http://drzubaidi.com/blog/?p=1735

Saya masih teringat seorang rakan FB mengadu bahawa ayah beliau sering tidak dapat tidur kerana sering mengadu rasa terbakar pada kulit apabila tersentuh kain/pakaian yang dipakainya. Ini kerana saraf pada kulitnya telah menjadi sensitif akibat dari penyakit ini. Selalunya ubat penahan sakit biasa tidak membantu melegakan kesakitan ini.

Dalam keadaan yang teruk, pesakit juga mungkin mengalami sukar untuk menghadamkan makanan, serta mengalami kembung perut dan ceret beret.

Penyakit ini selalunya berlaku secara perlahan-lahan (progress) dan semakin lama ia menjadi menjadi teruk. Ramai yang mengalami relapse, iaitu rasa sembuh seketika sebelum menjadi lebih teruk selepas itu. Ia boleh meragut nyawa pesakit akibat dari komplikasi penyakit ini.

Menurut anak perempuannya, keadaan Lee Kuan Yew berubah-ubah setiap hari. Satu hari dia dalam keadaan yang lebih baik dan satu hari lagi dia tidak dapat berjalan dan berdiri. Namun setakat ini, daya pemikirannya dan otot-ototnya yang lain tidak terjejas dan normal.

Apa yang saya kagum dan hormat mengenai peribadi K.Y Lee ialah beliau mempunyai hati dan jiwa yang cekal. Dalam usianya yang sudah tua, beliau masih mahu mejalani rawatan fisioterapi dgn cara berjalan menggunakan treadmill di rumah, tiga kali sehari tanpa gagal.

Beliau melakukan usaha itu bukan kerana takut mati tetapi percaya kehadirannya di dunia ini masih diperlukan dan mampu menyumbang pada kemakmuran Singapura.

Walaupun K.Y Lee telah pun bersara dari kabinet dan tidak bertanding pada May 2011, beliau terus menyumbangkan idea dan pemikiran beliau pada Singapura.

Meskipun tidak bertanding, undang-undang di Singapura membenarkan beliau menjadi Ahli Parlimen yang dilantik. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri dari 1959 hingga 1990. Saya amat teruja apabila beliau masih mampu menjawab soalan pengundi Melayu beliau di Parlimen Tanjung Pagar, Singapura dalam bahasa Melayu standard.

Semoga beliau mampu menulis lebih banyak buku dan berkongsi pengalaman beliau.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (071111)

4 comments

  1. Terimakasih doc atas info.
    Itulah bukti bahawa Allah Maha Pengasih.Kalaulah mendapat pancaran hidayah….alangkah beruntungnya dunia Islam.

  2. Terima kasih atas info yang saya rasa begitu berguna untuk saya. emak saya sering mengadu berasa panas pada tapak kaki seolah-olah terbakar dan rasa mencucuk2..puas emak ke klinik dan tak kurang juga perubatan alternatif tapi hanya ubat tahan sakit yang dia dapat. saya nak tanya doktor apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu emak saya. terima kasih.

  3. assalamualaikum doc…sy plajar perubatan malaysia yang sedang klinikal di jakarta, indonesia. kebetulan sekranag saya sedang posting neurologi di salah satu rumah sakit di depok,jakarta. saya sangat tertarik dengan penyakit ni, terima kasih doc atas infonya.. mungkin saya akan cuba bahas penyakt ni dengan konsulan dan teman-teman saya… hmmm…kalau boleh doc berilah lagi info tentang penyakit yang dominal di malaysia sekrang…banyak tak kes2 aneh atau penyakit yang jarang dijumpai tapi ada d malaysia?

  4. doktor, saya berusia 32thn & akhir2 ni kerap berasa lenguh2 tangan yg mana saya x blh mngangkat tangan terlalu lama, seolah2 darah x mngalir. Tgn kiri saya slalu lenguh secara tiba2 & mnyebabkan saya tdk selesa. Pd waktu mlm, klau saya tdur dgn tangan diletakkan atas dari kepala, tgn saya akan lenguh & seperti semut2 smpai saya x dpt merasa tgn sndiri & terpaksa saya alih mggunakan tgn yg sebelah lagi..adakah berkaitan dgn saraf juga?

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: