Ibu Penagih Membunuh Anaknya Tanpa Sengaja

 

Ryder Salmen

 

Saya membaca satu berita yang sedih berlaku di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

 

Seorang bayi lelaki Ryder Salmen, berusia lapan bulan mati pada September 2012 selepas menghisap susu ibunya yang disahkan mengandungi campuran ubat metadon (ubat yang mengurangkan ketagihan dadah), Opana (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur) yang tinggi.

 

Sarah Stephen, 32 tahun sebelum ini mengalami masalah ketagihan dadah dan diberikan beberapa ubat untuk sebagai rawatan masalah ini.

 

Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia, Sarah pernah diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan penyusuan  isu apabila doktor mengesan kandungan metadon tinggi dalam tubuh bayi terbabit.

 

Malangnya, Sarah tidak menghiraukan perintah mahkamah dan terus menyusukan anaknya.

 

Pada hari kematian Ryder, Sarah membawa anaknya ke Jabatan Kecemasan kerana tidak bergerak dan memberikan respon. Mulanya doctor mengangkap kematiannya adalah kematian misteri.

Tetapi laporan toxicology mendapati bahawa ubat-ubat berbahaya yang berdos tinggi telah membunuh bayi yang malang itu.

 

Kini Sarah berdepan dengan tuduhan membunuh tahap kedua.

 

Saya berpendapat, bayi itu dapat diselamatkan jika Sarah mematuhi arahan doctor.

 

Read more: http://www.nydailynews.com/news/national/cops-baby-killed-mom-drug-laced-milk-article-1.1443412#ixzz2duDRzFQ1

 

Wallahu a’lam.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!