KEMATIAN BAYI BERPUNCA DARI MAKANAN TAMBAHAN
Satu berita yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (CDC) pada 25 Nov, 2014 memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan satu produk makanan tambahan yang tercemar, telah menyebabkan kematian seorang bayi yang dilahir secara pramatang.
Ia berpunca dari pencemaran sejenis kulat “mucormycosis”. Jangkitan fungus ini telah menyebabkan penyakit “necrotizing enterocolitis” yang boleh merosakkan saluran pemakanan.
CDC memberi amaran kepada orang ramai yang menggunakan produk makanan tambahan “Solgar ABC Dophilus Powder “ agar berhati-hati dan segera mendapatkanpemeriksaan doctor jika mengalami masalah sakit perut, kembung, loya atau muntah.
Produk ini mengandungi 3 jenis kuman yang baik, Bifidobacterium lactis, Streptococcus thermophilus, dan Lactobacillus rhamnosus yang berfungsi sebagai “probiotic” dan dijual untuk kegunaan kanak-kanak dan bayi.
Dalam kes tersebut, seorang bayi pramatang yang dilahirkan pada usia kehamilan 29 minggu telah diberikan produk itu selama 4 hari, bermula dari hari pertama hari kelahirannya di hospital.
Bayi itu kemudiannya mengalami kembung dan ceret-beret. Apabila pembedahan dilakukan, doctor mendapati keseluruhan system pemakanannya dari esofagus hingga ke rectum telah mengalami kerosakan akibat penyakit “necrotizing enterocolitis”.
Tidak lama kemudian bayi itu meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung.
Post mortem dilakukan dan mendapati bahawa tisu usus yang rosak itu telah dijangkiti fungus Rhizopus oryzae yang menyebabkan penyakit “mucormycosis”.
Pemeriksaan di wad mendapati bahawa terdapat botol produk kesihatan itu yang belum dibuka telah dicemari oleh fungus tersebut.
Syarikat pengeluar telah menarik produk tersebut yang mempunyai nombor pendaftaran 074024-01R1, 074024-01, dan 074024-02 yang akan tamat tempoh pada July 31, 2015.
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
