BAYAR KONSULTASI DOKTOR DAN UBAT-UBATAN DENGAN SAMPAH

Saya sangat tertarik dengan idea yang dilaksanakan oleh seorang pemuda di Indonesia bernama Gamal Albinsaid, yang baru berusia 24 tahun yang telah membuka  lima pusat kesihatan di bandar Malang yang menjalankan sistem ‘Klinik Insurans Sampah’, agar dapat memberikan rawatan dan nasihat kesihatan percuma kepada penduduk termiskin di Indonesia.

Secara tidak langsung usaha ini dapat  membantu menguruskan  masalah penghasilan sampah yang semakin banyak.

Sampah-sampah ini diasingkan mengikut jenisnya. Sampah organik boleh ditukar menjadi baja yang kemudiannya akan dijual kepada petani. Sampah botol plastik dan tin akan dihantar ke pusat pungutan sampah untuk diproses dan dijual kembali ke kilang.

Penduduk miskin yang mahu mendapatkan rawatan di klinik berkenaan dikehendaki membawa sampah mereka pada Sabtu setiap minggu. Mereka perlu mengumpulkan sampah bernilai 10,000 rupiah (RM2.90) setiap bulan untuk memboleh­kan nama disenaraikan sebagai ahli dalam skim berkenaan. Dengan jumlah itu, mereka layak menerima dua kali rawatan sebulan.

Dana yang dikumpulkan melalui pengumpulan sampah ini sudah tentu tidak cukup untuk menguruskan 5 buah klinik.

Namun usaha ini diiktiraf apabila dia menerima Anugerah Usahawan Muda Mampan Unilever yang disampaikan Putera Charles di satu majlis khas di London pada Januari lalu. Anugerah itu termasuklah wang tunai 50,000 euro (RM219,000) sebagai sokongan kewangan dan bimbingan.

Tentu kita juga boleh menjana idea membantu masyarakat Malaysia dengan cara yang lebih kreatif.

Berita disunting dari :

http://www.hmetro.com.my/articles/Bayarrawatandengansampah/Article

Leave a Reply

error: Content is protected !!