Hamil berpanjangan melebihi 40 minggu

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh yang sepatutnya beliau melahirkan, atau dinamakan Expected Date for Delivery (EDD).

Semakin lama seorang wanita itu hamil (melebihi 40 minggu) semakin tinggi risiko pada wanita yang hamil dan bayi dalam rahem. Apatah lagi apabila usia kehamilan telah memasuki 42 minggu.

Namun begitu, jarang berlaku kehamilan melebihi 40 minggu kerana doctor akan memberikan ubat agar bayi dapat dilahirkan tanpa menunggu lebih lama.

Pengiraan tarikh sepatutnya lahir atau Expected Date for Delivery (EDD) ini seharusnya dikira dari tarikh hari pertama kitaran haid yang terakhir.

Tarikh EDD ini sukar ditentukan jika:

  1. Wanita itu ingat tarikh hari pertama haid dalam kitaran terakhirnya.
  2. Kitaran haid beliau tidak menentu
  3. Beliau menggunakan kaedah perancang kehamilan seperti pil, suntikan, implanon dan hamil.
  4. Hamil ketika masih menyusukan bayi.
  5. Belum datang haid semenjak kelahiran lalu

Bagi menentukan EDD, doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound.

 

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

 

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!