Tag Archives: Adakah Saya Hamil?

KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?

KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN? “Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose  tinggi. Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah sehingga …

Read More »

UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL?   “Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada  buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada  T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sebenarnya tertanya-tanya …

Read More »

mengambil ubat kurus phenteramine semasa tempuh menyusukan bayi

MENGAMBIL UBAT PHENTERAMINE (UBAT LANGSING) SEMASA TEMPUH MENYUSUKAN ANAK  “Salam doctor, saya seorang ibu yang menyusukan bayi saya berusia  11 bulan dengan susu ibu. Tanpa sengaja saya mengambil pil phentermine (30mg), jadi saya berhenti menyusukan bayi saya untuk 78 jam lepas (saya pam dan membuang susu). Adakah ia selamat untuk menyusukan bayi ini? terima kasih & salam mesra”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperolehi secara preskripsi dari doctor. Ia biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan menyebabkan tidak berselera untuk makan dan tidak berasa lapar.   Ubat itu perlu diambil setelah diperiksa …

Read More »

Lewat haid, hubungan intim dan kemudian berdarah seperti haid

LEWAT HAID, HUBUNGAN INTIM KEMUDIAN BERDARAH SEPERTI HAID   “Assalamualaikum dr, saya berumur 30 tahun, sudah berkahwei selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Sepanjang perkahwinan, alhamdulillah haid saya sentiasa tepat. Di awal perkahwinan dulu saya penah lewat 2-7 hari tetapi lepas itu haid macam biasa. Sepanjang berkahwin saya tidak pernah buat UPT.   Bulan ini saya telah lewat period 2 hari. Saya tidak buat UPT kononnya nak tunggu lewat sampai seminggu. Tetapi selepas bersama suami pada hari ke 3 haid saya lewat, saya dapati ada kesan darah selepas melakukan hubungan intim,dan keesokan hari memang kelaar darah yang banyak …

Read More »

MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK

  “Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan.   Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan.   Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan masa sehingga satu minggu, bagi melihat …

Read More »

BAGAIMANA  MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?

“Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih”.   Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan.   Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan.   Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari …

Read More »

Alahan makanan bermula di peringkat janin

ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat …

Read More »

Air mani berwarna kuning 2

AIR MANI BERWARNA KUNING 2   “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan.   Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran …

Read More »

KESAN SAMPINGAN LACTULOSE BAGI BAYI YANG SENSITIF

“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Ia mula berlaku pada bayi yang …

Read More »

BAGAIMANA MENGESAN BATU KARANG?

“Salam doktor, saya mengalami sakit di bahagian belakang sebelah kiri. Doktor memeriksa saya mengesyaki saya mengalami batu karang pada buah pinggang sebelah kiri. Bagaimana saya memastikan saya mengalami batu karang itu? Mohon pencerahan, terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM 90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ia boleh disahkan dengan pemeriksaan x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Ujian Ultrasound dilakukan jika pemeriksaan tidak dapat mengesan batu itu. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) untuk melihat pada di mana batu karang itu berada. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan CT (CT Scan) abdomen, …

Read More »

Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa

TANDA-TANDA ANAK KITA DIBERIKAN BAKAT DAN MEMPUNYAI KEBOLEHAN YANG LUAR BIASA Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah: 1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor. 2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan. 3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya. 4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya. 5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan …

Read More »

Sakit di tempat jahitan luka episiotomy

SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar.   Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan …

Read More »

Haid lewat, tetapi tidak hamil. Adakah ia berbahaya?

HAID LEWAT, TETAPI TIDAK HAMIL. ADAKAH IA BERBAHAYA? “Salam Doktor.  Saya ingin bertanya pada doktor.  Saya sudah berkahwin selama setahun dan sekarang sudah lewat haid selama 16hari. Saya pernah cuba buat UPT, tp keputusannya negative.  Dan pagi ni, saya didatangi darah seperti period (warna hitam kemerahan). Adakah saya perlu dapatkan rawatan di klinik atau ini adalah darah period yang delay tue. Cycle period saya adalah 30 hari.  Mohon pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya faham keadaan puan. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin cuba untuk hamil, kelewatan haid adalah suatu yang mendebarkan. Namun apabila ujian UPT adalah negatif, …

Read More »

Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY     “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut.   Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. …

Read More »

Perlukah luka episiotomy di faraj dijahit?

PERLUKAH LUKA EPISIOTOMY DI FARAJ  DIJAHIT ?   “Salam doctor, saya telah melahirkan anak secara normal pada minggu lepas. Saya telah memberitahu pada doctor agar tidak melakukan guntingan episiotomy. Namun apa yang saya hairan, doctor memberitahu bahawa luka saya agak besar dan perlu dijahit. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Proses kelahiran yang biasa secara normal adalah proses kelahiran bayi melalui faraj. Pembedahan Cesarean bukanlah proses kelahiran yang normal.   Ketika proses kelahiran melalui faraj, lubang bukaan faraj mungkin tidak cukup besar bagi membenarkan laluan bagi saiz kepala bayi yang lebih besar. Ini boleh menyebabkan koyakan …

Read More »

Perlukah cuci rahem setelah keguguran

PERLUKAH LAKUKAN D&C (CUCI RAHEM) BILA KEGUGURAN “Salam doktor. Saya sedang hamil buat kali ke2 sekarang. Semsa kehamilan pertama, saya keguguran kerana kantung janin saya tidak menjadi. Untuk kehamilan ke-2, pada minggu ke 6, doctor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati jantung janinsudah kelihatan. Sebulan kemudian saya ke klinik semula untuk pemeriksaan susulan, malangnya apbila scan melalui faraj doktor memberitahu kantung saya sudah membesar namun janin saya tetap kecil dan menunjukkan saiz  8 minggu padahal saya hamil 12minggu. Degupan jantung juga tidak kelihatan. Doktor menasihatan saya untuk cuci pada keesokkan harinya. Apa perlu saya lakukan, adakah saya perlu saya cuci rahem? …

Read More »

Mempercepatkan proses penyembuhan episiotomy selepas melahirkan anak

MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN EPISIOTOMY SELEPAS MELAHIRKAN ANAK  “Salam doktor, baru-baru ini saya melahirkan anak. Doktor telah melakukan episiotomy dan kemudian menjahit semula luka itu. Masalah saya itu luka itu agak besar dan  mengeluarkan lendiran kuning kehijauan seperti nanah. Setakat ini tiada lagi rasa demam. Bagaimana saya boleh mempercepatkan kesembuhan luka episiotomy itu, doktor? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Secara ringkas puan boleh ikut tips berikut. 1. Menjaga jahitan supaya betul-betul bersih bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka. Bersihkan menggunakan air suam dab kain yang bersih, bagi membersihkan tempat jahitan. Boleh guna swap beralkohol yang dijual di farmasi. Minta …

Read More »

Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi

KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry  dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry  saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kemurungan selepas …

Read More »

PENGGUNAAN SPRAY UBAT NYAMUK KETIKA HAMIL

  “Salam doctor. Baru-baru ini kawasan perumahan saya dilanda bencana banjir. Setelah banjir surut, saya dapati banyak nyamuk di rumah saya. Kami terpaksa menggunakan ubat membunuh nyamuk (mosquito coli) dan adakalanya menggunakan spray. Adakah ia merbahaya kepada saya, yang sedang hamil ? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya tidak nafikan kadang kala kita terpaksa menggunakan ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk. Apatah lagi sekarang banyak kes denggi, ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan ada yang meninggal dunia.   Banyak jenama ubat nyamuk yang ada di pasaran. Nama yang sering kita gunakan iaitu “ubat”, amat …

Read More »

Rawatan pembedahan bagi tongue-tie

RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK TOUNGE-TIE “Salam doctor, saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah tounge-tie.Saya sukar untuk bertutur dengan laju dan jelas, terutama ketika bekerja. Apabila saya membaca surah al fatihah, ada beberapa perkataan yang bunyi lain. Persoalannya apakah rawatan untuk merawat tougue-tie untuk orang dewasa seperti saya. Terima kasih atas penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tongue-tie atau dalam bahasa perubatannya ankyloglossia, ada suatu keadaan apabila pergerakan lidah dalam mulut menjadi terhad (disebut frenulum) kerana terdapat satu tisu yang menghubungkan hujung lidah dengan lantai mulut. Selalunya tisu ini menghubungkan tengah lidah, jadi hujung lidah bebas bergerak.   Masalah ini …

Read More »

KESAN BAYI DAN KANAK-KANAK JATUH DAN TERHENTAK KEPALA

  “Salam doktor. Saya ingin bertanya, Bayi atau kanak-kanak sering terjatuh dan kerap terhentak kepala. Adakah perkara ini memberikan kesan tidak baik kepada mereka? Apakah tanda  bahaya pada kanak-kanak ini? Perlukah dibawa segera berjumpa doktor? Apakah apakah kesannya sama ada jangka masa pendek dan panjang. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Setiap kali bayi atau anak kecil kita jatuh dari sofa atau katil, kita berasa runsing jika mereka mengalami kecederaan terutamanya kecederaan kepala. Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak stabil berjalan, kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah.   Walaupun sofa dan katil itu …

Read More »

KESAN BENJOL AKIBAT HANTUKAN BEBERAPA KALI

Salam doktor, saya mempunyai anak saudara berumur 3 tahun dan dia sangat aktif sehingga kerap terjatuh dan terhantuk. Di kepala sudah mempunyai beberapa benjol. Adakah ini boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan anak saudara dan perlukah kami membawa dia ke klinik? Johor, Malaysia WA ALAIKUM MUS SALAM Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan. Jadi  bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan. Namun jika bayi mengalami kecederaan …

Read More »

LANGKAH-LANGKAH MUDAH MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR

  “Salam doktor. Saya baru melahirkan anak sulong 3 hari lepas secara normal. Saya telah kematian ibu tahun lepas, jadi saya bersendirian menjaga anak, dan suami saya sudah kembali bekerja. Ibu mertua saya menjaga suaminya yang menghidap stroke. Mohon doktor mengajar saya memandikan bayi sulong saya dengan cara yang betul. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang biasa dihadapi oleh ibubapa muda yang pertama kali memandikan bayi mereka ialah perasaan takut dan tidak yakin untuk memandikan bayi mereka yang bertubuh kecil. Mereka bimbang akan mencederakan bayi mereka ketika membersihkan tubuh bayi atau bayi yang dimandikan terjatuh ke lantai dan …

Read More »

Asid Folik untuk Lelaki

ASID  FOLIC  UNTUK  LELAKI “Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “ WA ALAIKUM MUS SALAM. Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin. Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan. Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan. Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat …

Read More »

Lemah tenaga batin yang boleh dirawat

LEMAH TENAGA BATIN YANG BOLEH DIRAWAT “Salam doctor, bolehkah mati pucuk atau lemah tenaga batin boleh dirawat? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.   Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens'”‘ dalam istilah perubatan.   Ada sesetengah masalah lemah tenaga batin ini boleh dirawat, kerana ia hanya melibatkan psikologi saja. Ia berlaku terutamanya dalam golongan muda.   Secara umum, lemah tenaga batin masih ada peluang dirawat jika lelaki …

Read More »

Episiotomy semakin berkurangan

EPISIOTOMY SEMAKIN BERKURANGAN “Salam doctor. Saya pelatih bidan dan merupakan seorang jururawat terlatih. Saya ingin bertanya benarkah prosedur episiotomy tidak lagi dilakukan secara rutin. Mohon penecerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar, keadah episotomy sudah tidak lagi dilakukan secara rutin, terutamanya di negara-negara maju seperti US dan Britain.   Kaedah episiotomi di Amerika Syarikat  telah semakin menurun dengan ketara sejak 7 tahun lalu, menurut satu kajian baru.   Satu episiotomi adalah luka pembedahanyang dilakukan dengan sengaja oleh bidan atau doctor yang menyambut kelahirkan bayi, pada kawasan otot di antara vagina (faraj) dan dubur (kawasan ini dipanggil perineum) …

Read More »

Mengalami sakit kepala, loya, pedih hulu hati, sakit perut dan berat badan menyusut dalam masa 2 minggu

MENGALAMI SAKIT KEPALA, LOYA, PEDIH HULU HATI,  SAKIT PERUT DAN BERAT BADAN MENYUSUT 2 KG DALAM MASA 2 MINGGU     “Assalammualaikum Dr.  Saya ingin bertanya kepada doctor, isteri saya baru sahaja mengalami haid pada 28.12.2014.  Pada 09.01.2015 sehingga la kini dia mengalami loya, sakit kepala, pedih hulu hati dan sakit perut  seperti mahu haid.  Sejak 09.01.2015 dia kurang selera makan dan kini beratnya turun sebanyak 2kg.  Pada 14.01.2015 dia beritahu saya ada keputihan berlaku.  Dalam keadaan dan situasi ini,apa sedang berlaku terhadap isteri saya.  Saya mohon Dr dapat membantu.  Maklum balas dari doctor  saya dahului dgn jutaan terima kasih. …

Read More »

Kesan pengambilan serat tinggi terhadap penyerapan gula untuk pesakit diabetes

KESAN PENGAMBILAN SERAT TINGGI TERHADAP PENYERAPAN GULA UNTUK PESAKIT DIABETES “Salam doctor. Saya pesakit diabetes. Bolehkah saya mengambil buah-buahan kerana buah-buah pun manis” WA ALAIKUM MUS SALAM Dulu  pesakit  diabetes dilarang  sama sekali untuk mengambil makanan manis. Namun sekarang pesakit dibenarkan mengambil makanan yang manis  daripada makanan yang mempunyai serat yang banyak kerana ramai pakar pemakanan baru memahami konsep baru dalam pemakanan. Untuk memahami konsep ini, cuba kita diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang INDEKS GLISEMIK (GI). Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat penyerapan gula yang telah dicernakan dalam usus untuk diserap  masuk ke …

Read More »

Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN  SAKIT PINGGANG “Assalamualaikum dr.  Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya..   1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2.  Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan.  Kemudian saya terus bawa ke klinik..   2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman  pada air kencing dan puratanya ‘4-6’.  (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr …

Read More »

MAKAN PIL PERANCANG SELEPAS HUBUNGAN INTIM

“SALAM Dr Zubaidi, Minta maaf mengganggu. Saya ingin bertanya,  saya dan isteri melakukan hubungan intim pada lima hari lepas,  dan melakukan pancutan dalam rahim. Tetapi pada hari khamis selepas itu isteri saya makan pil perancang, dengan harapan tidak mahu hamil. Adakah berkesan cara begitu?  Saya mengharap jawapan doktor. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang yang biasa digunakan, biasanya diambil beberapa hari sebelum seorang wanita bersih dari haid.   Ini kerana selalunya pil perancang ini mengambil sekurang-kurangnya dua hari untuk ‘masuk ke dalam badan’ dan berkesan untuk  mencegah kehamilan. Jika ia diambil selepas persetubuhan dan berlaku persenyawaan, maka ia …

Read More »

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL     “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,   Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun …

Read More »

SAKIT PINGGANG, SAKIT TENGKUK DAN MASALAH EREKSI

“Assalamualaikum dr. Saya berumur 32 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu saya mengalami suatu yg amat menggusarkan saya iaitu saya mengalami sakit di bahagian pinggang, tengkuk dan tahap ereksi yang menurun begitu mendadak sekali. Dan saat kemuncak permasalahan ini ialah apabila saya tidak mampu menegangkn zakar saya ketika hendak bersama isteri saya. Adakah sy mengalami masalah mati pucuk atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Terlalu sukar untuk saya mengagak masalah yang saudara hadapi kerana banyak maklumat yang tidak diberitahu. Jika saudara mengalami masalah berat badan berlebihan, saya bimbang saudara juga …

Read More »

Rahem Jatuh Selepas Melahirkan Anak Pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA   “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?” WA ALAIKUM MUS SALAM Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau …

Read More »

Rahem Jatuh

RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM)   “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit …

Read More »

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP

“Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya. Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185). Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes …

Read More »

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR

“Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada …

Read More »
error: Content is protected !!