MAKAN PIL PERANCANG SELEPAS HUBUNGAN INTIM

“SALAM Dr Zubaidi, Minta maaf mengganggu. Saya ingin bertanya,  saya dan isteri melakukan hubungan intim pada lima hari lepas,  dan melakukan pancutan dalam rahim. Tetapi pada hari khamis selepas itu isteri saya makan pil perancang, dengan harapan tidak mahu hamil. Adakah berkesan cara begitu?  Saya mengharap jawapan doktor. Terima kasih”.

WA ALAIKUM MUS SALAM

Pil perancang yang biasa digunakan, biasanya diambil beberapa hari sebelum seorang wanita bersih dari haid.   Ini kerana selalunya pil perancang ini mengambil sekurang-kurangnya dua hari untuk ‘masuk ke dalam badan’ dan berkesan untuk  mencegah kehamilan.

Jika ia diambil selepas persetubuhan dan berlaku persenyawaan, maka ia tidak lagi berkesan. Kecuali jika isteri saudara menggunakan pil perancang yang dinamakan ‘Post-Pill”yang mempunyai kandungan hormone yang tinggi.

Kebarangkalian untuk hamil adalah bergantung kepada HARI SUBUR isteri saudara. Jika saudara melakukan hubungan intim pada hari subur, tanpa sebarang perlindungan, maka kebarangkalian beliau untuk hamil adalah tinggi.

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!