BAGAIMANA MENGESAN BATU KARANG?

“Salam doktor, saya mengalami sakit di bahagian belakang sebelah kiri. Doktor memeriksa saya mengesyaki saya mengalami batu karang pada buah pinggang sebelah kiri. Bagaimana saya memastikan saya mengalami batu karang itu? Mohon pencerahan, terima kasih.

WA ALAIKUM MUS SALAM

90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ia boleh disahkan dengan pemeriksaan x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Ujian Ultrasound dilakukan jika pemeriksaan tidak dapat mengesan batu itu.

Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) untuk melihat pada di mana batu karang itu berada.

Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan CT (CT Scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.

Ujian darah dilakukan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik dan kalsium di dalam darah.

Ujian air kencing pula dijalankan untuk melihat jika ada jangkitan kuman, keasidan atau alkali. Dalam setengah kes, juga untuk memeriksa paras kalsium, oxalate dan asid urik.

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!