Salam doktor, saya mempunyai anak saudara berumur 3 tahun dan dia sangat aktif sehingga kerap terjatuh dan terhantuk. Di kepala sudah mempunyai beberapa benjol. Adakah ini boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan anak saudara dan perlukah kami membawa dia ke klinik?
Johor, Malaysia
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan.
Jadi bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan.
Namun jika bayi mengalami kecederaan gegaran otak (concussion), ia lebih membimbangkan apatah lagi jika mereka setiap kali jatuh beberapa kali dan mengalami gegaran.
Gegaran otak adalah kecederaan pada fungsi otak, bukan pada struktur anatomi otak. Oleh itu bayi yang mengalami gegeran otak, tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan xray atau CT scan, tetapi individu tersebut mungkin mengalami rasa sakit pening, tidak memberikan tumpuan pada permainan mereka, mudah lupa, tidak dapat berjalan dengan betul dan seperti hendak jatuh bila berjalan atau bangun.
Pada asasnya agak sukar untuk mengesan gegeran otak pada bayi, berbanding dengan orang dewasa kerana mereka tidak boleh berkomunikasi dan memberitahu apa yang mereka rasakan.
Tetapi jika kita lihat bayi tidak ceria atau tidak aktif, berkemungkinan besar, bayi itu mengalami gegaran otak atau kecederaan otak yang lebih serius.
Walau bagaimana pun, gegaran otak biasanya pada kemalangan yang lebih serius, seperti satu hentakan pada kepala, atau apabila badan mereka digoncang dengan lebih kuat.
Gegaran otak akan memberikan kesan pada fungsi otak bergantung pada tahap kecederaan yang dialami. Kecederaan ini memerlukan masa untuk sembuh dengan sempurna dan adakalanya memberikan kesan apabila bayi itu semakin besar.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: