MENGAMBIL UBAT PHENTERAMINE (UBAT LANGSING) SEMASA TEMPUH MENYUSUKAN ANAK
“Salam doctor, saya seorang ibu yang menyusukan bayi saya berusia 11 bulan dengan susu ibu. Tanpa sengaja saya mengambil pil phentermine (30mg), jadi saya berhenti menyusukan bayi saya untuk 78 jam lepas (saya pam dan membuang susu). Adakah ia selamat untuk menyusukan bayi ini? terima kasih & salam mesra”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperolehi secara preskripsi dari doctor. Ia biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan menyebabkan tidak berselera untuk makan dan tidak berasa lapar.
Ubat itu perlu diambil setelah diperiksa bahawa orang yang ingin mengambilnya selamat menggunakan ubat ini. Ia harus diambil sebagaimana yang ditetapkan.
Mengambil lebih daripada dos yang dibenarkan boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya atau yang boleh membawa maut.
Apabila seorang wanita yang menyusukan anak telah mengambil phenteramine, ia akan dikeluarkan melalui air susu dan sudah pasti memberikan kesan pada bayi.
Berapa lama ubat phentermine berada dalam badan, bergantung kepada saiz badan, umur dan cara pemakanannya.
Pentheramnie mempunyai tempuh separuh-hayat antara 7 dan 20 jam, dan kepekatannya berada di kemuncak dalam aliran darah selepas 8 jam pengambilannya.
Jika tempuh separuh-hayat adalah tujuh jam, lebih 90% daripada ubat ini telah dikeluarkan dari tubuh dalam masa 28 jam.
Jika tempu separuh-hayat adalah 20 jam, ia akan mengambil masa kira-kira 80 jam untuk keluar dari tubuh.
Ini bermakna jika puan menunggu sekurang-kurangnya 80 jam dari masa pengambilannya, sebelum menyusukan semula anak puan (setelah susu sebelumnya diperah dan dikeluarkan), saya menjangkakan ia selamat untuk puan menyusukan semula anak puan.
Wallahu a’lam
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my
Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus. Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER