“Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih”.
Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan.
Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan.
Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan sehingga berumur antara sembilan bulan dan setahun, pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak itu. Malah telur juga hanya boleh diberikan selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.
Makanan yang baru diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang waktu itu , bayi tersebut harus diperhatikan timbulnya sebarang alahan seperti kemerah -merahan di sekeliling bibir , batuk -batuk, selesema , cirit , muntah -muntah , gatal -gatal kulit dan sebagainya.
Jika timbul sebarang reaksi , makanan jenis itu hendaklah dihentikan.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz