“Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan.
Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan.
Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan masa sehingga satu minggu, bagi melihat sama ada tanda -tanda alahan itu reda atau berkurangan. Ia ia berkurangan, bermakna makanan tersebut sememangnya menyebabkan alahan.
Pemeriksaan di klinik juga boleh dilakukan dengan menggunakan ujian kulit (skin tests ) untuk mengecam tanda -tanda berlakunya alahan makanan.
Ujian lain seperti mengambil contoh darah untuk pemeriksaan IgE , juga membantu mengenalpasti punca alahan yang dialami oleh kanak -kanak itu.
Jika didapati kanak-kanak itu mengalami alah terhadap beberapa jenis makanan, selalunya pakar pemakanan akan memberikan nasihat tentang penyediaan makanan khas.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz