“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Ia mula berlaku pada bayi yang yang berusia enam bulan ke atas apabila dia mula makan makanan separuh pejal.
Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu.
Selalunya najisnya lembut atau cair, cuma sesekali bayi perlu meneran untuk mengeluarkan najis mereka.
Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari. Ada yang membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini adalah suatu perkara yang normal. Namun jika najisnya keras dan berketul-ketul, bayi tersebut mungkin sedang mengalami sembelit.
Sembelit berlaku apabila najis tidak dapat dikeluarkan dengan mudah. Semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.
Jadi masalah sembelit di kalangan bayi yang diberikan susu formula lebih kerap berbanding dengan bayi yang diberikan susu ibu. Cara terbaik untuk mengurangkan sembelit ini ialah dengan memberikan lebih banyak susu, jika punca sembelit itu disebabkan oleh kekurangan air dalam tubuhnya.
Memberikan syrup lactulose adalah langkah sementara bagi menyelesaikan masalah sembelit ini. Ia tidak harus dijadikan tabiat memberikan pada bayi setiap hari.
Lactulose adalah sejenis gula yang dihadamkan di dalam usus besar menjadi asid yang ringkas dan berfungsi menarik air ke dalam usus, yang membantu melembutkan najis.
Jika ia diberikan secara berpanjangan tanpa pengawasan dari doctor, ia boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan boleh termasuk cirit-birit, loya, muntah, kembung, dan sakit perut.
Adakalanya lactulose boleh memberikan kesan yang lebih serius, terutama pada bayi yang sangat sensitive. Jadi segera dapatkan bantuan doctor jika bayi mempunyai mana-mana tanda-tanda alahan seperti gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak apabila diberikan lactulose.
Hubungi doktor jika bayi mengalami cirit-birit yang teruk atau cirit-birit secara berterusan.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :