ASID FOLIC UNTUK LELAKI
“Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “
WA ALAIKUM MUS SALAM.
Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin.
Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan.
Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.
Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat apabila membuat kerja, cepat mengah apabila berjalan jauh, mudah mengantuk dan tiada bertenaga.
Apabila diperiksa, mungkin dia kelihatan pucat dan tekanan darahnya rendah sementara denyutan nadinya laju.
Kekurangan asid folik dalam tubuh ini biasanya dikaitkan dengan masalah seperti penyakit ulcerative colitis, masalah penyakit hati, dan individu yang menjalani hemodialysis.
Asid folik juga diamalkan untuk mendapat manfaat pencegahan penyakit kanser kolon, kanser pangkal rahem, stroke dan penyakit jantung.
Asid folik juga penting bagi kesuburan lelaki. Lelaki yang mempunyai masalah kualiti sperma yang rendah, perIu mengamalkan asid folik bagi memperbaiki kualiti spermanya.
Namun bagi orang yang sihat, sumber asid folik boleh didapati dari makanan yang mereka makan terutamanya sayur dan buah-buahan. Pengambilan asid folik bagi lelaki yang sihat tidak memudaratkan kerana kerana dos yang diletakkan dalam pil adalah selamat.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi