“Salam doktor, boleh doktor terangkan apa itu morning sickness? Bila bermulanya morning sickness?” Morning sickness biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita kepada wanita. Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah apabila bangun pagi. Walaupun ia dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah boleh datang bila-bila masa sepanjang hari. Rasa loya dan muntah ini lebih kerap berlaku pada sebelah pagi, mungkin disebabkan pada waktu pagi perut kita telah kosong. Bau tertentu boleh menyebabkan rasa loya, menyebabkan tiada ada …
Read More »Tag Archives: Adakah Saya Hamil?
ANAK DIJANGKITI VIRUS CHICKEN POX BOLEH MANDI
“Salam, doktor. Saya mahu bertanya anak saya berumur 4 thn 3 bulan, dia kena sakit chickn pox. Bolehkah dia mandi dan berkipas?”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ya boleh. Pesakit harus mandi dan bersabun bagi menjaga kebersihan diri. Cuma tuala jangan digunakan oleh orang lain bagi mengelakkan jangkitan. Tiada masalah untuk berkipas. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »IUCD dan Sukar Hamil
IUCD DAN SUKAR HAMIL “ Salam Doktor. Saya pernah menggunakan alat pencegah kehamilan IUCD yang dimasukkan ke dalam rahem saya, ketika saya mula berkahwin. Ini kerana pada masa itu saya belum bersedia untuk hamil. Setelah 3 tahun saya mengeluarkannya kerana cuba hamil. Malangnya sudah masuk 2 tahun, saya dapati saya agak sukar hamil. Mengapa ya doctor? Ketika ini umur saya sudah 32 tahun. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Alat pencegah kehamilan IUCD (Intra Uterine Contraceptive Device) atau kadang kala dikenali sebagai ‘Copper T’, adalah alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahem. Ia diperbuat daripada plastik …
Read More »KAFEIN DAN IVF
KAFEIN DAN IVF “Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF. Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran. Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein. Wa allahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »Jumlah Kafein Untuk Wanita Hamil
JUMLAH KAFEIN YANG DIBENARKAN UNTUK WANITA HAMIL “Salam doktor. Saya penggemar kafein. Benarkah pengambilan kafeine boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar, pakar perubatan menasihatkan agar mengurangkan, jika tidak mampu menghentikan pengambilan kafein semasa hamil. Setakat ini tiada ada panduan khas yang menghadkan pengambilan kafein untuk wanita yang ingin hamil. Cuma saya cadangkan agar pengambilan kafein tidak melebihi 200mg sehari. Pengambilan kafein melebihi 200mg sehari meningkatkan risiko untuk keguguran. Jika puan seorang penagih kafein, cuba kurangkan kafein, jika tidak dapat menghentikan pengambilannya. Wallahu a’lam. IKLAN Bagi wanita …
Read More »BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?
” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ” Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum …
Read More »Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil.
ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL? “Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami selsema. Saya baca artikel di internet, mengatakan bahawa selsema itu bahaya di kalangan wanita yang hamil. Mohon penjelasa, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus tidak mempunyai …
Read More »DOS ASID FOLIK
“Salam. Bolehkah pengambilan pil asid folik dimulakan sebelum wanita itu hamil? Sekiranya boleh dan jika wanita itu tidak hamil misalnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kemudian, adakah dia patut menghentikan pengambilannya? Apakah dos yang sewajarnya diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil? Adakah pil ini mempunyai kesan sampingan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Folik asid ialah sejenis vitamin B. Ia bersifat larut air, maka berlebihan dos lazimnya dikeluarkan ke dalam air kencing. Jadi selagi ginjal masih sihat dan dapat mengeluarkan lebihan folik asid, ia tidak memberikan kesan sampingan. Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang …
Read More »Menghilangkan Morning Sickness
MENGHILANG MORNING SICKNESS “Salam doktor. Berapa lamakah mabuk hamil seperti loya dan muntah akan berlangsung? Bolehkah ia menjejaskan perkembangan bayi yang kini lapan minggu dalam kandungan? Bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika simptom ini berterusan atau semakin teruk? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang hamil mengalami morning sickness atau rasa muntah dan loya di awal kehamilan. Ia adalah normal, dan tahap ketidakselesaan ini berbeza antara wanita dengan wanita yang lain. Ramai yang mengalaminya pada waktu pagi, sebab itu dinamakan morning sickness. Ada wanita yang mengalaminya sepanjang hari. Jika puan bimbang dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, …
Read More »Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?
BOLEHKAH MENGAMBIL FOLIC ACID WALAUPUN BELUM HAMIL? “Salam. Dr saya ingin bertanya tentang pengambilan asid folik di hospital kerajaan. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Bolehkah kami mengambil asid folik 5mg untuk persediaan? Saya juga mengalami masalah sengugut yg agak teruk. Mohon pencerahannya doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ada dua isu yang diutarakan: Pertama adakah pengambilan asid folik asid 5mg sebagai persediaan untuk hamil itu bermanfaat? Ya pengambilan asid folik sangat bermanfaat ketika hamil dan harus bermula ketika seorang wanita itu sedang berusaha untuk hamil (belum hamil lagi). Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada risiko …
Read More »Kesan Sampingan Pengambilan Vitamin C Terlalu Banyak
KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN C TERLALU BANYAK “Salam doctor. Saya ingin bertanya, apakah kesan pengambilan vitamin C yang terlalu banyak? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Vitamin C (asid askorbik) adalah nutrien yang penting dalam pemakanan. Ia adalah vitamin larut air yang membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak yang normal. Vitamin C juga membantu badan kita menyerap zat besi. Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, ia adalah penting bagi kita pastikan vitamin C ada dalam pemakanan kita. Sebiji atau dua biji oren yang besar sudah cukup menyediakan vitamin …
Read More »Adakah selamat mengambil vitamin C ketika hamil?
ADAKAH SELAMAT MENGAMBIL VITAMIN C KETIKA HAMIL? “Salam. saya ada soalan tentang vitamin C. Soalannya adakah ibu hamil dan menyusukan anak boleh mengambil vitamin C dengan dos 1000mg. Saya beli dari farmasi di United Kingdom. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengambilan Vitamin C semasa hami sebenarnya sangat bagus. Ada kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mengambil cukup vitamin C dengan mudah mengalami kebocoran air tuban dan menyebabkan kelahiran pramatang. Rujuk: “Vitamin C intake and the risk of preterm delivery.” Am J Obstet Gynecol. 2003 Aug;189(2):519-25. Siega-Riz AM1, Promislow JH, Savitz DA, Thorp JM Jr, McDonald T. Saya menasihatkan agar …
Read More »Kitaran Haid Yang Normal Bagi Remaja
KITARAN HAID YANG NORMAL UNTUK REMAJA “Salam doktor. Saya baru berusia 17 tahun. Belum nerkahwin. Saya ada masalah tentang haid saya. Dua bulan lepas haid saya datang pada hari ke 24. Begitu juga pada bulan berikutnya. Tetapi haid saya berlarutan sehingga dua minggu. Darah haid saya juga agak banyak, sehingga saya terpaksa menukarkan 8 pad pada hari pertama. Adakah saya mempunyai penyakit serius, doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Adalah normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ssecara purata bagi wanita, kitaran haid mereka berlangsung selama 28 hari. Tetapi tidak …
Read More »Berkhatan tidak menyebabkan pancutan pramatang
BERKHATAN TIDAK MENYEBABKAN PANCUTAN PRAMATANG “Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya bukan Melayu dan bukan Islam. Saya mahu berkhatan, malangnya saya banyak membaca dari majalah mengatakan bahawa berkhatan boleh menyebabkan pancutan awal. Adakah ini benar? Terima kasih doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Tahniah kerana mahu berkhatan. Berkhatan bukan saja tuntutan agama Islam, tetapi juga tuntutan agama Yahudi dan beberpa mazhab dalam Kristian. Malah ramai orang lelaki yang tidak percayakan tuhan di barat, turut berkhatan kerana mereka mahu menjaga kebersihan. Lelaki yang berkhatan mempunyai risiko yang sangat rendah mendapat penyakit kanser penis. Berkaitan dengan …
Read More »Pendarahan selepas melakukan HVS
PENDARAHAN SELEPAS MELAKUKAN HVS “Salam doktor. Saya mengalami keputihan sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian saya buat HVS pagi semalam tadi. Sebelum magrib tadi saya dapati lendir saya bercampur darah. Adakah darah ini disebabkan swab tadi? Mohon penerangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM High Vaginal Swab (HVS) adalah teknik yang digunakan di Jbatan Obstetrics & Gynaecology untuk mengambil contoh sampel lendiran dalam faraj. Ia diambil di bahagian berdekatan dengan pangkal rahem. Sampel lendiran ini akan dihantar untukujian “ culture and sensitivity” untuk memeriksa punca jangkitan pada faraj. Selalunya dilakukan apabila doctor mengesyaki ada jangkitan …
Read More »Risau Anak Belum Merangkak Umur 8 Bulan
RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN “Salam doc, saya ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan. Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan. Pada masa …
Read More »Risau anak belum merangkak umur 8 bulan
RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN “Salam doc, saya ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan. Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan. Pada masa ini, bayi …
Read More »Kekeringan faraj selepas melahirkan anak
KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih” WA …
Read More »Fungsi dusphaton untuk pesakit endometriosis
FUNGSI DUSPHATON UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS Tablet Duphaston 10mg mengandungi ramuan dydrogesterone, iaitu hormone wanita progesteron sintetik (buatan). Struktur kimia hormone buatan ini hampir menyerupai progesteron yang asli dihasilkan oleh tubuh seorang wanita secara semula jadi. Oleh itu ia memberikan kesan yang sama. Dalam kitaran haid yang normal, hormone progesteron yang dihasilkan oleh ovari, akan bertindak pada lapisan endometrium pada dindang dalam rahem, untuk kekal menebal. Ini sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Jika tidak janin yang telah disenyawakan akan mudah gugur. Jika wanita itu tidak hamil, tahap kandungan estrogen dan progesteron dalam tubuh akan menurun dan lapisan endometrium akan turun sebagai …
Read More »Kesan ubat gatal akibat chickenpox terhadap kehamilan
KESAN UBAT GATAL AKIBAT CHICKENPOX TERHADAP KEHAMILAN “Salam Dr, saya sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 14 minggu. Saya telah mendapat chicken pox, dan diberi ubat gatal (piriton) dan ubat sapu calamine. Adakah pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi saya? Sy pernah djangkiti chickenpox semasa kecil.” WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang individu yang mengalami jangkitan chickenpox akan mengalami kegatalan pada parut dari kelompang yang dialaminya. Bagi mengurangkan kegatalan ini, doctor akan memberikan ubat antihistamine, selalunya tablet Piriton. Tablet ini mengandungi ramuan chlorphenamine maleate, iaitu sejenis ubat yang dikenali sebagai antihistamine yang menyebabkan rasa mengantuk. Ramuan ini akan …
Read More »Lendiran faraj berkurangan, sakit ketika bersama suami
LENDIRAN FARAJ BERKURANGAN, SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Adakah ini berbahaya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj. Kemasukan batang zakar ke …
Read More »Demam
DEMAM Berikut adalah perkongsian saya pada 26 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “DEMAM” 1. “Doktor, apa yang dikatakan sebagai demam?” Suhu tubuh kita yang normal ialah 37.5 hingga 38.5 C. (99.5-100.9F). Apabila ada jangkitan kuman, pertahanan tubuh kita (daya tahan tubuh), akan meningkatkan suhu dalam badan. Ia adalah perubahan normal. Ini bertujuan bagi mempercepatkan kesembuhan dalam melawan kuman. Namun thermostat tubuh (bahagian otak yang terletak di hypothalamus) yang mengesan dan mengawal suhu dalam tubuh, sangat sensitif terhadap perubahan suhu ini. Thermostat kita akan memberitahu otak dan tubuh agar mengeluarkan prostaglandin, iaitu bahan biokimia yang semulajadi dalam tubuh. …
Read More »Kesan cuaca panas pada kesihatan
KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN Berikut adalah perbincangan dan perkongsian saya pada 19 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN” 1. “Doktor, boleh jelaskan suhu badan yang normal dan suhu yang bagaimana boleh menjejaskan kesihatan manusia?” Suhu tubuh kita yang normal antara 37,5 C hingga 38.5 C. Suhu persekitaran akan mempengaruhi suhu dalam tubuh kita, namun ALLAH mencipta pengawal suhu dalam tubuh (seperti thermostat) yang menurunkan suhu badan jika ia terlalu tinggi dan menaikkan suhu badan jika ia terlalu rendah. Termostat ini berada dalam otak kita di kawasan yang dinamakan preoptic di …
Read More »Wanita Dewasa Tidak Pernah Datang Haid
WANITA DEWASA TIDAK PERNAH DATANG HAID “Salam sejahtera doktor,saya berumur 27thn dan saya sudah berkahwin setahun yang lepas. Saya mengalami masalah belum pernah datang haid dari umur remaja sehingga sekarang. Berat badan saya 46kg dan ketinggian saya 160cm..Saya amat memerlukan pandangan doktor dalam menyelesaikan masalah saya kerana saya ingin hamil seperti wanita normal yang lain.Terima kasih doctor. Terima kasih” Salam sejahtera. Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula datang haid seawal umur 9 dan ada yang agak lambat sehingga berumur 18 tahun. Namun purata kanak-kanak perempuan mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun. Apabila kanak-kanak ini tidak pernah dating haid langsung semenjak awal, …
Read More »Bolehkan menyusukan anak dengan susu ibu, anak mendapat alahan susu lembu?
MENYUSU IBU JUGA BOLEH MENDAPAT ALAHAN SUSU LEMBU? “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya menyusukan anak saya secara eksklusif, tiada bagi apa-apa susu kecuali susu ibu saja. Baru-baru ini saya perhatikan muka dan tubuh anak saya ada ruam selepas menyusu. adakah ini alahan susu? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh mengalami tanda-tanda alahan apabila ibu mereka mengambil produk tenusu termasuklah susu lembu dalam pemakanan mereka. Sebahagian kecil protein lembu ini akan memasuki susu ibu dan menyebabkan bayi ini mengalami tanda-tanda alahan susu lembu (susu formula). Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI …
Read More »Alahan Susu Formula
ALAH PADA SUSU FORMULA “Salam doktor, saya telah melahirkan anak dan usianya sekarang 6 bulan. Sebelum ini saya memberikannya susu ibu, tetapi susu saya semakin sedikit, jadi saya berikan susu formula. Saya perhatikan anak saya mudah kembung perut dan cirit birit. adakah anak saya tidak sesuai menggunakan susu formula? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM, Anak puan mungkin mengalami alahan pada susu formula (susu lembu). Masalah alahan susu formula sering berlaku di kalangan bayi yang diberikan susu formula semenjak lahir atau apabila ibu mereka mencampurkan penyusuan susu badan dengan susu formula. Tanda alahan yang biasa ditunjukkan ialah sukar …
Read More »PERLUKAH SAMAN DOKTOR DAN HOSPITAL?
PERLUKAH SAMAN DOKTOR DAN HOSPITAL? “Assalamualaikum. Doktor saya nak mintak jasa baik dan pendapat doctor mengenai anak saudara saya baru buat pembedahan, kerana lepas bersunat kaedah clamp doctor mencadangkan pembedahan tersebut untuk betulkan sunat pertama kali. Tetapi semasa pembedahan kali kedua, terdapat pendarahan dan jururawat hanya menghentikan pendarahan mengguna ice pack. Pembedahan emergency malam tu jugak sebab penis dia jadi hitam. Kami risau dgn masa depan dia dan bercadang nak saman hospital. Terima kasih atas jasa baik.” WA ALAIKUM MUS SALAM Soalan puan agak berat untuk saya menjawab kerana saya tiada info yang lengkap mengenai apa …
Read More »NANAH PADA PARUT SUNTIKAN BCG ANAK
“Salam doktor. Anak saya baru dilahirkan seminggu dan doktor telah memberikan suntikan BCG. Apa yang saya perhatikan parut suntikan BCG, ada nanah. bahayakah perubahan ini ?” WA ALAIKUM MUS SALAM Suntikan vaksin BCG diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri pada bayi yang baru lahir. Suntikan ini akan mengaktifkan sistem pertahanan badan (cell mediated immune response). Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam. Selepas itu, tempat suntikan akan membentuk bengkakan kecil (papule). Papule ini akan membesar dan …
Read More »Adakah penggunaan tuala wanita boleh menyebabkan kanser rahem dan kanser ovari?
ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHEM DAN KANSER OVARI? “Salam doktor. Ramai yang menyatakan tuala wanita adalah ancaman dalam diam kepada wanita. Adakah ianya betul?” Tuala wanita adalah bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj. Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah penggunaa tuala wanita ini bukanlah baru. Beribu tahun dahulu, para …
Read More »KEMBUNG PERUT AKIBAT GAS SEMASA HAMIL
“Salam doctor, saya hamil 28 minggu. Saya sering mengalami kembung perut, sehingga saya rasa tidak selesa. Saya ada bertanyakan kepada doctor, tapi doctor hanya kata itu perkara biasa. Lalu saya ke farmasi dan diberikan ubat Losec. Saya belum guna lagi ubat itu. Saya bimbang nak gunakan ubat itu. Bagaimana saya mahu kurangkan kembung perut, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kembung perut adalah perkara biasa yang berlaku. Secara amnya seorang individu menghasilkan sebanyak antara 500ml hingga 1.5L gas setiap hari. Jadi tidak kira sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak, kekembungan perut ini adalah perkara biasa. …
Read More »Selamatkah Ubat Prednisolone untuk Anak Yang Ada Lendir?
SELAMATKAH UBAT PREDNISOLONE UNTUK ANAK YANG ADA LENDIR? “Salam doctor, anak saya (1 tahun 5 bulan) sedang selsema, batuk dan kahak yang banyak selama seminggu. Saya sudah mengambil ubat salbutamol, ubat selsema tapi tak ada kesan. Hari ni doctor bagi ubat prednisolone 3 kali sehari. Adakah ubat tersebut selamat utk anak saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Prednisolone adalah sejenis steroid untuk membantu mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan lendir, terutama bagi pesakit asma. Jika anak puan diserang asma yang teruk, doctor akan memberikan ubat prednisolone untuk mencegah serangan asma supaya tidak berulang dan mengurangkan lendir. Ubat prednisolone biasanya …
Read More »Kesan sampingan injeksion vaksin tetanus
“Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya, isteri saya mengandung buat kali pertama dan baru sahaja mendapat suntikan tetanus buat kali kedua dari doktor. Dia telah disuntik di bahagian atas punggung. Setelah 2 hari, dia mengalami kesakitan dari atas punggung ke peha, rasanya seperti sakit period. Saya amat risau, adakah itu kesan biasa suntikan tetanus? Sekian, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Suntikan vaksin anti tetanus (sama ada dalam bentuk DTaP atau TDAP) mempunyai kesan sampingan yang jarang berlaku. Sepanjang ingatan saya belum ada lagi masalah kesan sampingan yang teruk bagi pesakit yang menerima suntikan anti tetanus dari saya. Namun begitu …
Read More »BENARKAH SUNTIKAN EPIDURAL BOLEH MENYEBABKAN SAKIT BELAKANG YANG KRONIK?
“Salam doctor. Saya mempunyai anak berumur 2 tahun. Semasa melahirkan anak saya secara pembedahan Caserean, saya mendapat bius setengah badan iaitu suntikan di belakang saya. Ketika suntikan di tulang belakang, rasa ada merasa sakit sikit. Selepas pembedahan, ketika berada di rumah, saya mula mengalami sakit belakang di bahagian tempat disuntik sehingga sekarang. Adakah saya suntikan epidural boleh menyebabkan saya mengalami rasa sakit belakang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya banyak menerima soalan seumpama ini. Selepas melahirkan anak melalui pembedahan Caserean dengan bius epidural, seseorang wanita itu mungkin mengalami rasa sakit pada bahagian tulang belakang …
Read More »APA PILIHAN SELAIN PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG UNTUK PESAKIT SPINAL STENOSIS?
“Asalamualaikum Doktor, saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu saya hanya mendapatkan rawatan fisioterapi. Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Rasa sakit ini merebak ke bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk. Laporan MRI tulang belakang saya menyatakan: 1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe …
Read More »MEREDAKAN SAKIT BELAKANG TANPA UBAT
“Salam doctor. Saya mula mengalami sakit belakang kerana saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Saya juga bekerja duduk sepanjang waktu kerja saya. Apabila saya ke klinik, saya sering diberikan ubat penahan sakit. Ada tak cara lain untuk mengurangkan sakit belakang, kerana pernah satu ketika sedang saya cuba mengangkat anak saya berumur 2 tahun yang terjatuh di atas lantai, tiba-tiba saya mendapat sakit pinggang yang kuat. Terima kasih atas nasihat” WA ALAIKUM MUS SALAM Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri. …
Read More »Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid
BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?” WA ALAIKUM MUS SALAM Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi. Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim. Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid …
Read More »