KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN C TERLALU BANYAK
“Salam doctor. Saya ingin bertanya, apakah kesan pengambilan vitamin C yang terlalu banyak? Mohon pencerahan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Vitamin C (asid askorbik) adalah nutrien yang penting dalam pemakanan. Ia adalah vitamin larut air yang membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak yang normal.
Vitamin C juga membantu badan kita menyerap zat besi. Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, ia adalah penting bagi kita pastikan vitamin C ada dalam pemakanan kita.
Sebiji atau dua biji oren yang besar sudah cukup menyediakan vitamin C untuk keperluan sehari. Vitamin C juga boleh didapati dengan memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kiwi, tomato, atau strawberi.
Jika Bagi orang dewasa, pengambilan vitamin C yang disyorkan adalah 65-90 miligram (mg) sehari, namun boleh diambil lebih dari dos yang discadangkan.
Maksima bagi pengambilan vitamin C adalah 2,000 mg sehari.
Pengambilan terlalu banyak vitamin C pemakanan mungkin berbahaya, kerana vitamin C yang berlebihan boleh dikeluarkan melalui air kencing.
Namun begitu, puan akan mengalami masalah berkaitan berlebihan dos (overdose) apabila puan mengambil melebihi 2,000 mg sehari.
Dos yang tinggi vitamin C boleh menyebabkan:
- Cirit-birit
- Loya
- Muntah
- Pedih ulu hati (heartburn)
- Kembung perut dan kekejangan
- Sakit kepala
- Sukar untuk tidur (Insomnia)
- Batu karang
Jadi banyakkan minum air bagi memastikan kesan sampingan ini dapat dikurangkan.
Wallahu a’lam.
IKLAN
Untuk meningkatkan immuniti tubuh badan, klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte Non Acidic Vitamin C yang sangat sesuai di ambil oleh pesakit gastrik serius kerana tidak mempunyai asid. Ia mengandungi Bioflavonoid semulajadi yang dapat meningkatkan penyerapan Vitamin C ke dalam tubuh badan berbanding Vitamin C biasa.