Lendiran faraj berkurangan, sakit ketika bersama suami

LENDIRAN FARAJ BERKURANGAN, SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI

Gambar hiasan
Gambar hiasan

 

 

“Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Adakah ini berbahaya?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.

 

Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.

 

Lendiran faraj biasanya dikeluarkan apabila saluran darah di sekitar faraj mengembang ketika sedang melakukan hubungan seksual.  Lendiran ini juga dikeluarkan oleh kelenjar yang Bartholin, yang terletak di pembukaan faraj.

 

Lendiran faraj ini boleh berubah-ubah dalam konsistennya (sama ada pekat atau cair), rasa, warna dan bau, bergantung kepada rangsangan seksual yang diterima, fasa kitaran haid, kehadiran jangkitan kuman ,menggunakan  ubat-ubatan tertentu, faktor genetik, dan pemakanan.

 

Cecair faraj bersifat sedikit berasid dan boleh menjadi lebih berasid apabila mengalami jangkitan kuman terutamanya jangkitan penyakit kelamin.  PH normal cecair faraj adalah antara 3.8 dan 4.5, berbanding denganpH air mani lelaki biasanya antara 7.2 dan 8.0.

 

Selain dari kurang ransangan ketika melakukan hubungan seksual, kekeringan faraj juga boleh disebabkan oleh masalah hormone yang tidak seimbang, menopaus , kehamilan, menyusukan anak, penyakit diabetes mellitus dan penggunaan pil perancang keluarga.

 

Ubat-ubatan tertentu, juga boleh menyebabkan kekeringan ini seperti ubat antihistamin untuk merawat selsema, ubat untuk merawat alahan, ubat darah tinggi dan jantung, dan ubat untuk kemurungan.

 

Saya mencadangkan puan menggunakan penggunaan pelincir faraj boleh digunakan untuk untuk meningkatkan kelembapan dalam faraj dan juga boleh digunakan untuk mengelakkan rasa tidak selesa atau sakit semasa hubungan seks.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!