KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?
“Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose tinggi.
Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah sehingga usia kandungan 37wks
Sekarang saya berada dalam keadaan tertekan. Dan berusaha untuk mengawal pemakanan. Persoalan saya bolehkah saya mengawal pemakanan atau apakah makanan yang saya boleh ambil untuk mengurangkan kadar gula. Harap doc dapat membantu saya. Terima kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Saya sebenarnya tidak berapa pasti ujian dan keputusan yang puan beritahu dalam email puan.
Namun sebagai panduan secara umum, saya bagi penerangan. Jika seorang wanita hamil, disyaki menghidap diabetes, selalunya doctor akan membuat temujanji untuk melakukan ujian pemeriksaan darah bagi mengukur tahap gula dalam tubuh wanita itu.
Ujian akan dilakukan pada usia kehamilan antara 22 -24 minggu mengikut cara di bawah.
1. Wanita itu perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ujian.
2. Wanita itu akan diberi segelas minuman yang mengandungi 75g glukosa untuk diminum.
3.Ujian gula dalam darah akan dilakukan sebelum anda mengambil minuman (disebut sebagai ujian darah ketika berpuasa) dan 2 jam selepas wanita itu mengambil minuman itu (disebut sebagai 2hour post-prandial atau 2HPP) .
4. Jika wanita itu mempunyai tahap gula dalam darah melebih daripada 140 mg / dl, wanita itu mungkin didiagnosis sebagai glucose tolerance.
Walau bagaimana pun, ada pusat kesihatan yang mengambil bacaan melebihi 130 mg / dL sebagai wanita yang mempunyai glucose intolerance. Jadi pemeriksaan yang lebih lanjut (iaitu ujian tolerensi gula) dilakukan.
Wanita yang hamil itu mungkin diabetes semasa mengandung (gestational diabetes). Tetapi mungkin juga tidak.
Tetapi jika paras glukosa darah wanita yang hamil ketika pemeriksaan ini adalah melebihi daripada 200 mg/dL, dalam mana-mana bacaan sama ada sebelum atau selepas minum air gula ini, wanita itu dianggap telah mengalami penyakit kencing manis dan tidak perlu melakukan ujian pengesahan (ujian toleransi glukosa).
Ini bermakna jika bacaan paras gula wanita yang hamil itu berada di antara 140 dan 200, beliau perlu mengambil ujian tiga jam toleransi glukosa untuk mendapat diagnosis kencing manis yang lebih tepat.
5. Darah akan diuji untuk kandungan gula sebelum minum 75mg gula, (ketika puasa), dan selepas sejam, dua jam dan tiga jam minum air gula.
Seorang wanita itu hanya didiagnosakan sebagai pesakit diabetis mellitus ketika hamil (Gestational diabetes) apabila dua atau lebih bacaan pemeriksaan darahnya tidak normal.
Waktu pemeriksaan darah | Bacaan yang tidak normal |
Berpuasa | 95 mg/dl or higher |
1 jam | 180 mg/dl or higher |
2 jam | 155 mg/dl or higher |
3 jam | 140 mg/dl or higher |
(rujuk: American Diabetes Association. Gestational diabetes mellitus. Diabetes Care. 2004;27(suppl 1):S88–S90.)
American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan rawatan menggunakan suntikan insulin bagi wanita yan telah diberikan peluang selama dua minggu untuk mengawal gula dalam darah dengan menggunakan pendekatan menjaga pemakanan.
Jika masih gagal mencapai tahap kandungan gula dalam darah yang normal, barulah rawatan suntikan insulin diberikan.
Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI
Bacaan kandungan gula yang normal bagi wanita hamil
UJIAN | KANDUNGAN GULA DALAM UNIT MG/ DL (MMOL/ L) |
Berpuasa | < 96 (5.35) |
Selepas satu jam minum air gula | < 140 (7.75) |
Selepas dua jam minum air gula | < 120 to 127 (6.65 to 7.05) |
(rujuk: Metzger BE, Buchanan TA, Coustan DR, et al. Summary and recommendations of the Fifth International Workshop-Conference on Gestational Diabetes Mellitus [published correction appears in Diabetes Care. 2007;30(12):3154]. Diabetes Care. 2007;30(suppl 2):S251–S260.)
Merujuk kepada masalah puan, cara terbaik ialah berbincang semula dengan doctor yang merawat. Saya percaya beliau akan merujukkan puan kepada pakar pemakanan supaya kandungan gula puan dapat dikawal dengan cara menjaga pemakanan.
Jika gagal untuk mengawal kandungan gula, barulah doctor akan mengesyorkan rawatan insulin, yang sangat penting bagi keselamatan anak puan dalam rahem.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :