Alahan Susu Formula

ALAH PADA SUSU FORMULA

“Salam doktor, saya telah melahirkan anak dan usianya sekarang 6 bulan. Sebelum ini saya memberikannya susu ibu, tetapi susu saya semakin sedikit, jadi saya berikan susu  formula. Saya perhatikan anak saya mudah kembung perut dan cirit birit. adakah anak saya tidak sesuai menggunakan susu formula? Terima kasih atas pencerahan”

WA ALAIKUM MUS SALAM,

Anak puan mungkin mengalami alahan pada susu formula (susu lembu).  Masalah alahan susu formula sering berlaku di kalangan bayi yang diberikan susu formula semenjak lahir atau apabila ibu mereka mencampurkan penyusuan susu badan dengan susu formula.

Tanda alahan yang biasa ditunjukkan ialah sukar bernafas, bengkak di bibir dan kelopak mata serta ruam yang timbul beberapa minit selepas susu formula diberikan.

Tetapi tanda yang lebih kerap berlaku adalah cirit birit, muntah, darah pada najis, sembelit dan ruam di kulit. Bayi yang mengalami masalah berat badan yang berkurangan.

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!