Artikel Terkini

HATI BERLEMAK NON-ALCOHOLIC

Hati berlemak NON-ALCOHOLIC berlaku akibat pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam organ hati akibat dari pemakanan yang tidak sihat. Ia adalah masalah yang biasa terjadi dan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan komplikasi. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati seterusnya membawa kepada kerosakan hati dan kanser hati. Selalunya hati berlemak datang bersama dengan masalah berikut: 1. Tahap kolesterol tinggi dalam darah terutamanya triglyceride. 2. Obesiti samada BMI melebihi 30 kg/m2 atau ukur lilit pinggang berlebihan (Perempuan lebih 80cm atau lelaki lebih 90cm) 3. Penyakit metabolik seperti Diabetes Mellitus dan Hipertensi Bagaimana …

Read More »

JUS KURMA MADU UNTUK TENAGA

Jom kita cuba jus kurma madu, untuk mendapatkan tenaga segera. Lepas minum jangan makan nasi dua pinggan nasi pula. Sesuai dijadikan minuman sebelum solat maghrib, sebelum mengambil makanan yang lebih berat selepas solat. Minuman ini lebih baik dari air kordial yang hanya mengandungi perasa kurma dan gula. Untuk mendapatkan nutrien yang banyak, ambil dengan serat kurma. Jangan dibuang. Resepi jus kurma madu untuk satu orang minum. 3-5 buah kurma, buang bijinya, potong kecil-kecil  1-2 sudu madu  250 ml air air Untuk mendapatkan pati kurma ada 3 cara. Pertama hanya rendamkan semalaman, cara kedua kisarkan dengan alat pengisar dan ketiga rebus. …

Read More »

BATU GINJAL BOLEH KELUAR SENDIRI?

BATU GINJAL BOLEH KELUAR SENDIRI? Batu ginjal selalunya terbentuk di dalam ginjal apabila mineral yang dihasilkan tidak dikeluarkan bersama air kencing. Mineral ini mendap dan akhirnya membentuk batu. Ia selalunya terjadi disebabkan seorang individu itu tidak minum air secukupnya. Jadi langkah utama mencegahnya adalah minum air secukupnya. Ramai yang bertanya, bolehkah batu ginjal keluar dengan sendiri? Selalunya saya akan minta laporan pemeriksaan yang telah dilakukan. Ini kerana batu ginjal akan keluar atas beberapa faktor. i. SAIZ Saiz batu adalah faktor penting bagi menentukan sama ada ia boleh keluar sendiri atau tidak. Secara cara amnya: Batu yang bersaiz kurang 4 mm, …

Read More »
error: Content is protected !!