MANFAAT BIJI LABU

pumpkin seed Semasa kecil, ibu saya selalu menggoreng biji labu. Beliau tidak membuangkan biji labu apabila memasak buah labu itu untuk dijadikan lauk untuk dimakan. Bila jadi doktor dan mengkaji tentang nutrien dalam pemakanan, rupanya baru saya tahu biji labu mengandungi banyak asid lemak yang bermanfaat untuk kesihatan manusia, seperti asid oleik dan asid alfa-linolenik. ASID OLEIC diklasifikasikan sebagai asid lemak mono-taktepu omega-9. Ia dapat menurunkan “kolestrole jahat” LDL dan meningkatkan tahap “kolestrol baik” HDL.  Ia juga bertanggungjawab untuk menurunkan tekanan darah.
Rujuk: Teres, S.; Barcelo-Coblijn, G.; Benet, M.; Alvarez, R.; Bressani, R.; Halver, J. E.; Escriba, P. V. (2008). “Oleic acid content is responsible for the reduction in blood pressure induced by olive oil”. Proceedings of the National Academy of Sciences 105 (37): 13811–6. ALFA LINOLENIK ASID (ALA) adalah salah satu asid lemak yang diperlukan (perlu diambil dari pemakanan) dan menjadi salah satu dari komponen Omega 3.  Terdapat beberapa bukti menunjukkan penggunaan ALA terhadap kesan pencegahan terhadap penyakit kardiovaskular. Rujuk: Pan A, Chen M, Chowdhury R; et al. (December 2012). “α-Linolenic acid and risk of cardiovascular disease: a systematic review and meta-analysis”. Am. J. Clin. Nutr. (Systematic review) 96 (6): 1262–73. Semoga bermanfaat.
[IKLAN] KLIK DI SINI UTK VITAMIN C + NV FISH OIL + NATRIEO VITAMIN E PADA HARGA PROMO KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!