IMPLANON TIDAK DIKELUARKAN Implanon adalah produk pencegahan kehamilan yang berbentuk seperti batang mancis di masukkan ke bawah kulit di lengan yang tidak dominan. Jika ia telah melepasi tarikh luput selalunya akan mengeluarkan bekalan hormon yang tidak mencukupi sebagai pencegahan kehamilan. Selalunya tempoh yang dicadangkan 3 tahun. Bergantung pada jenama produk. Seeloknya ia dikeluarkan kerana ia tidak lagi berfungsi secara berkesan. Jika tidak dikeluarkan, tidak memberikan kemudaratan besar kecuali rasa tidak selesa. Jangkitan kuman pada kawasan yang ‘ditanam’ produk itu hanya berlaku pada ketika mula ia dimasukkan di bawah kulit lengan sahaja. #HealthDrZubaidi
Read More »Artikel Terkini
SAKIT BADAN SELEPAS MAKAN DAGING
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya berumur 36 tahun. Saya pesakit gastritis, dan baru saya sedar, saya tidak boleh makan makanan pedas dan daging. Saya akan mengalami kekembungan dan rasa tak sedap badan. Rasa seperti mahu demam. Jika saya jaga pemakanan dan tidak ambil banyak makanan bergoreng, serta lakukan Diet Intermittent Fasting, badan saya akan rasa lebih ringan, segar dan bertenaga. Semalam saya makan daging dan selepas itu badan saya rasa berbisa. Baru sekarang rasa kurang sakit. Mohon pandangan. Terima kasih.” Waalaikumussalam. Penyakit biasa datang melalui pemakanan pada umur 35 tahun ke atas. Apa yang puan rasa …
Read More »CUCI SAYUR DAN BUAH
Dalam banyak ceramah, saya banyak mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagai sumber karbohidrat. Pada masa yang sama ada juga keresahan mereka yang mengikuti ceramah saya tentang tahap racun yang ada pada sayur dan buah. Bahan-bahan racun serangga yang kebanyakannya dari kumpulan orgsnofosforus mampu memberikan kesan kemudaratan, sama ada diambil dalam kuantiti yang banyak atau kuantiti yang sedikit dalam jangka masa yang panjang. Setakat ini saya percaya ada dua cara yang terbaik, untuk menghilangkan racun tersebut atau setidak-tidaknya meminimakan tahap racun tersebut, adalah dengan merendamkan sayur atau buah menggunaksan sodium bikarbonat (atau dikenali sebagai soda bikarbonat) atau …
Read More »-
BAGAIMANA CARA MENGUKUR GULA DARAH DENGAN BETUL?
Mengukur gula darah dengan betul adalah penting untuk memastikan bacaan yang tepat dan membantu dalam pengurusan diabetes. Langkah-langkah Mengukur Gula Darah 1. Basuh Tangan : Basuh tangan anda dengan sabun dan air suam. Keringkan dengan baik menggunakan tuala bersih. 2. Sediakan Alat : Masukkan jarum lancet ke dalam peranti lancing dan masukkan jalur ujian ke dalam meter glukosa. 3. Lap Jari : Lap hujung jari anda …
Read More » -
Berusaha Yang Betul Tanpa Melawan Takdir
-
BAWANG PUTIH SEGAR VS SOFTGEL BAWANG PUTIH : MANA SATU YANG LEBIH BAIK?
-
PERLU SUPLEMEN UNTUK ATASI KESAN UBAT SINTETIK?
-
SUSU ALTERNATIF BAGI PESAKIT GINJAL
-
Kegatalan Kulit Semasa Hamil
-
SAKIT DI BELAKANG LUTUT
-
TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR
-
Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa
-
KANSER PAYUDARA LEBIH SUKAR UNTUK DIKESAN PADA WANITA YANG OBESE
-
Merawat kutu di kepala anak
-
BIJI CHIA KAYA NUTRIEN
-
SUPLEMEN UNTUK HATI BERLEMAK
-
Bengkakan Payudara
-
MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI
-
KULIT MUKA TUA SEBELUM MASANYA
-
DALAM KEPALA ANAK ADA AIR
-
PENYAKIT HATI BERLEMAK
-
UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL
-
GARISAN DI PERUT SEMASA HAMIL
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman