Artikel Terkini

BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT

BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT   Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya pesakit darah tinggi dan ada ambil ubat darah tinggi. Bila masa yang sesuai untuk memeriksa tekanan darah tinggi di waktu pagi, samada sebelum atau selepas makan ubat. Terima kasih. Waalaikumussalam. Seeloknya periksa tekanan darah sebelum ambil ubat dan 30 minit selepas ambil ubat bagi melihat keberkesanan ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi Boleh bertanya dengan memperkenalkan nama sebenar dan dari mana, dan wassap saya www.wassap.my/60197022391/TANYA KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

ADAKAH NAJIS BERWARNA HIJAU BAHAYA DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN BAYI?

1. Najis hijau adalah normal, tetapi ia boleh bertukar sedikit berwarna gelap apabila terdedah pada udara. 2. Kebanyakan najis berwarna hijau gelap disebabkan oleh hempedu yang banyak dikeluarkan oleh kanak-kanak yang belum matang mengawal pengeluaran hempedu ketika penghadaman. 3. Najis hijau adalah lebih dilihat di kalangan bayi yang mengambil susu formula berbanding bayi yang menyusu ibu. Ia adalah normal, jika berlaku pada bayi yang mengambil susu formula atau menyusu ibu. 4. Najis hijau juga biasa berlaku apabila bayi dan kanak-kanak mengalami cirit-birit. 5. Kanak-kanak yang mula makan separuh pepejal terutama hijau seperti sayur bayam yang dikisar boleh menyebabkan najis berwarna …

Read More »

PERLUKAH SAYA MEMERIKSA TEKANAN DARAH SAYA WALAUPUN SAYA BUKAN PESAKIT HIPERTENSI?

1. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan alatan sphygmomanometer digalakkan jika anda sudah berumur 35 tahun ke atas.   2. Terutama bagi mereka yang mempunyai ibu atau ayah atau adik beradik yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi di usia yang muda.   3. Wanita yang pernah hamil dan diagnosakan sebagai pesakit hipertensi bawaan kehamilan (tekanan darah menjadi tinggi ketika hamil) juga termasuk golongan berisiko.   4. Pesakit metabolik atau pesakit yang sudah mengalami penyakit diabetes, tahap kolestrol yang tinggi dan pesakit gout juga digalakkan melakukan pemeriksaan tekanan darah di rumah.   5. Atau mereka yang obese, merokok, tidak sempat bersenam, stress dan …

Read More »
error: Content is protected !!