“Assalamualaikum Dr Zubaidi.Nak minta pendapat, bayi saya umur 11 bulan kerap demam. Walaupun jarang keluar rumah dan banyak berada di dalam rumah, sekarang cuaca panas memang tak keluar langsung. Kalau dia demam panas, akan naik merah-merah macam kelopak garam. Bila pergi ambil ubat, doktor cakap sebab panas tu jadi merah-merah. Mungkin dapat jangkitan virus, tak tahu dari mana. Ada apa-apa cadangan? Sekarang makan ubat yang doktor berikan sambil jelum kepala dengan air. Terima kasih.”
Waalaikumussalam
Saya faham kebimbangan puan. Demam pada bayi memang boleh merisaukan, terutamanya jika kerap berlaku.
Punca demam pada bayi biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Walaupun bayi yang jarang keluar rumah, mereka masih boleh terdedah kepada kuman melalui orang dewasa atau barang-barang yang dibawa masuk ke rumah.
Ruam Merah yang muncul semasa demam mungkin disebabkan oleh suhu badan yang tinggi. Ini adalah reaksi biasa tubuh bayi terhadap demam.
Teruskan ubat yang diberikan. Dalam pada masa yang sama saya mencadang beberapa langkah berikut.
Sejukkan Bilik untuk memastikan bilik bayi sejuk dan mempunyai pengaliran udara yang baik. Ini akan mengurangkan ruam pada kulit bayi puan.
Basahkan Kepala bayi dengan air untuk membantu menurunkan suhu badan.
Minum air secukupnya: Pastikan bayi mendapat cukup cecair untuk mengelakkan dehidrasi. Teruskan menyusu seperti biasa.
Bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika :
1. Jika demam bayi tidak turun selepas beberapa hari,
2. Jika bayi kelihatan sangat lemah atau tidak responsif.
3. Jika terdapat ruam yang kelihatan seperti berdarah atau tidak hilang.
Jadi jika keadaan bayi tidak bertambah baik atau puan masih risau, adalah lebih baik untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kesihatan bayi adalah yang paling utama.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#bayidemam
#immuneedz
Jika anak kerap demam dan selsema, berusia 3 tahun dan boleh mengunyah, boleh dapatkan IMMUNEDZ.
Ambil sebiji jika berumur 3-6 tahun. Boleh ambil dua biji jika umur 7-12 tahun.

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
