PELINCIR UNTUK KEKERINGAN FARAJ “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Bolehkah doctor mencadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj. Kemasukan batang zakar ke dalam …
Read More »Koleksi Artikel
WANITA DEWASA TIDAK PERNAH DATANG HAID
“Salam sejahtera doktor,saya berumur 27thn dan saya sudah berkahwin setahun yang lepas. Saya mengalami masalah belum pernah datang haid dari umur remaja sehingga sekarang. Berat badan saya 46kg dan ketinggian saya 160cm..Saya amat memerlukan pandangan doktor dalam menyelesaikan masalah saya kerana saya ingin hamil seperti wanita normal yang lain.Terima kasih doctor. Terima kasih”. Salam sejahtera. Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula datang haid seawal umur 9 dan ada yang agak lambat sehingga berumur 18 tahun. Namun purata kanak-kanak perempuan mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun. Apabila kanak-kanak ini tidak pernah dating haid langsung semenjak awal, keadaan …
Read More »Bolehkan menyusukan anak dengan susu ibu, anak mendapat alahan susu lembu?
MENYUSU IBU JUGA BOLEH MENDAPAT ALAHAN SUSU LEMBU? “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya menyusukan anak saya secara eksklusif, tiada bagi apa-apa susu kecuali susu ibu saja. Baru-baru ini saya perhatikan muka dan tubuh anak saya ada ruam selepas menyusu. adakah ini alahan susu? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh mengalami tanda-tanda alahan apabila ibu mereka mengambil produk tenusu termasuklah susu lembu dalam pemakanan mereka. Sebahagian kecil protein lembu ini akan memasuki susu ibu dan menyebabkan bayi ini mengalami tanda-tanda alahan susu lembu (susu formula). Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI …
Read More »Alahan Susu Formula
ALAH PADA SUSU FORMULA “Salam doktor, saya telah melahirkan anak dan usianya sekarang 6 bulan. Sebelum ini saya memberikannya susu ibu, tetapi susu saya semakin sedikit, jadi saya berikan susu formula. Saya perhatikan anak saya mudah kembung perut dan cirit birit. adakah anak saya tidak sesuai menggunakan susu formula? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM, Anak puan mungkin mengalami alahan pada susu formula (susu lembu). Masalah alahan susu formula sering berlaku di kalangan bayi yang diberikan susu formula semenjak lahir atau apabila ibu mereka mencampurkan penyusuan susu badan dengan susu formula. Tanda alahan yang biasa ditunjukkan ialah sukar …
Read More »NANAH PADA PARUT SUNTIKAN BCG ANAK
“Salam doktor. Anak saya baru dilahirkan seminggu dan doktor telah memberikan suntikan BCG. Apa yang saya perhatikan parut suntikan BCG, ada nanah. bahayakah perubahan ini ?” WA ALAIKUM MUS SALAM Suntikan vaksin BCG diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri pada bayi yang baru lahir. Suntikan ini akan mengaktifkan sistem pertahanan badan (cell mediated immune response). Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam. Selepas itu, tempat suntikan akan membentuk bengkakan kecil (papule). Papule ini akan membesar dan …
Read More »ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHIM DAN KANSER OVARI?
ADAKAH PENGGUNAAN TUALA WANITA BOLEH MENYEBABKAN KANSER RAHIM DAN KANSER OVARI? “Salam doktor. Ramai yang menyatakan tuala wanita adalah ancaman dalam diam kepada wanita. Adakah ianya betul?” Tuala wanita adalah bahan penyerap yang dipakai oleh seorang wanita atau gadis untuk menyerap aliran darah dari kemaluannya.Ia digunakan ketika mengalami haid, atau selepas pembedahan faraj, atau selepas melahirkan anak, atau selepas pengguguran, atau dalam mana-mana keadaan lain yang mana terdapat pendarahan yang banyak keluar dari faraj. Pada zaman zaman dahulu, nenek moyang kita memang tidak pernah menggunakan tuala wanita. Namun sejarah penggunaa tuala wanita …
Read More »KEMBUNG PERUT AKIBAT GAS SEMASA HAMIL
“Salam doctor, saya hamil 28 minggu. Saya sering mengalami kembung perut, sehingga saya rasa tidak selesa. Saya ada bertanyakan kepada doctor, tapi doctor hanya kata itu perkara biasa. Lalu saya ke farmasi dan diberikan ubat Losec. Saya belum guna lagi ubat itu. Saya bimbang nak gunakan ubat itu. Bagaimana saya mahu kurangkan kembung perut, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Kembung perut adalah perkara biasa yang berlaku. Secara amnya seorang individu menghasilkan sebanyak antara 500ml hingga 1.5L gas setiap hari. Jadi tidak kira sama ada seorang wanita itu hamil atau tidak, kekembungan perut ini adalah …
Read More »Selamatkah Ubat Prednisolone untuk Anak Yang Ada Lendir?
SELAMATKAH UBAT PREDNISOLONE UNTUK ANAK YANG ADA LENDIR? “Salam doctor, anak saya (1 tahun 5 bulan) sedang selsema, batuk dan kahak yang banyak selama seminggu. Saya sudah mengambil ubat salbutamol, ubat selsema tapi tak ada kesan. Hari ni doctor bagi ubat prednisolone 3 kali sehari. Adakah ubat tersebut selamat utk anak saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Prednisolone adalah sejenis steroid untuk membantu mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan lendir, terutama bagi pesakit asma. Jika anak puan diserang asma yang teruk, doctor akan memberikan ubat prednisolone untuk mencegah serangan asma supaya tidak berulang dan mengurangkan lendir. Ubat prednisolone biasanya …
Read More »Kesan sampingan injeksion vaksin tetanus
“Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya, isteri saya mengandung buat kali pertama dan baru sahaja mendapat suntikan tetanus buat kali kedua dari doktor. Dia telah disuntik di bahagian atas punggung. Setelah 2 hari, dia mengalami kesakitan dari atas punggung ke peha, rasanya seperti sakit period. Saya amat risau, adakah itu kesan biasa suntikan tetanus? Sekian, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Suntikan vaksin anti tetanus (sama ada dalam bentuk DTaP atau TDAP) mempunyai kesan sampingan yang jarang berlaku. Sepanjang ingatan saya belum ada lagi masalah kesan sampingan yang teruk bagi pesakit yang menerima suntikan anti tetanus dari saya. Namun begitu …
Read More »APA PILIHAN SELAIN PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG UNTUK PESAKIT SPINAL STENOSIS?
“Asalamualaikum Doktor, saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu saya hanya mendapatkan rawatan fisioterapi. Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Rasa sakit ini merebak ke bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk. Laporan MRI tulang belakang saya menyatakan: 1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe …
Read More »MEREDAKAN SAKIT BELAKANG TANPA UBAT
“Salam doctor. Saya mula mengalami sakit belakang kerana saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Saya juga bekerja duduk sepanjang waktu kerja saya. Apabila saya ke klinik, saya sering diberikan ubat penahan sakit. Ada tak cara lain untuk mengurangkan sakit belakang, kerana pernah satu ketika sedang saya cuba mengangkat anak saya berumur 2 tahun yang terjatuh di atas lantai, tiba-tiba saya mendapat sakit pinggang yang kuat. Terima kasih atas nasihat” WA ALAIKUM MUS SALAM Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri. …
Read More »Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid
BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?” WA ALAIKUM MUS SALAM Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi. Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim. Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid …
Read More »KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?
KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN? “Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose tinggi. Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah sehingga …
Read More »UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?
UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL? “Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sebenarnya tertanya-tanya …
Read More »mengambil ubat kurus phenteramine semasa tempuh menyusukan bayi
MENGAMBIL UBAT PHENTERAMINE (UBAT LANGSING) SEMASA TEMPUH MENYUSUKAN ANAK “Salam doctor, saya seorang ibu yang menyusukan bayi saya berusia 11 bulan dengan susu ibu. Tanpa sengaja saya mengambil pil phentermine (30mg), jadi saya berhenti menyusukan bayi saya untuk 78 jam lepas (saya pam dan membuang susu). Adakah ia selamat untuk menyusukan bayi ini? terima kasih & salam mesra” WA ALAIKUM MUS SALAM Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperolehi secara preskripsi dari doctor. Ia biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan menyebabkan tidak berselera untuk makan dan tidak berasa lapar. Ubat itu perlu diambil setelah diperiksa …
Read More »MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK
“Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan. Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan. Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan masa sehingga satu minggu, bagi melihat …
Read More »BAGAIMANA MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?
“Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih”. Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari …
Read More »Alahan makanan bermula di peringkat janin
ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat …
Read More »Air mani berwarna kuning 2
AIR MANI BERWARNA KUNING 2 “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan. Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran …
Read More »KESAN SAMPINGAN LACTULOSE BAGI BAYI YANG SENSITIF
“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Ia mula berlaku pada bayi yang …
Read More »Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa
TANDA-TANDA ANAK KITA DIBERIKAN BAKAT DAN MEMPUNYAI KEBOLEHAN YANG LUAR BIASA Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah: 1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor. 2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan. 3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya. 4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya. 5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan …
Read More »Sakit di tempat jahitan luka episiotomy
SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar. Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan …
Read More »Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy
BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut. Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. …
Read More »PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN
PUNCA RASA SAKIT PADA PERANAKAN “Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem. Walau bagaimana pun banyak lagi punca rasa tidak …
Read More »Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi
KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah kemurungan selepas …
Read More »PENGGUNAAN SPRAY UBAT NYAMUK KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Baru-baru ini kawasan perumahan saya dilanda bencana banjir. Setelah banjir surut, saya dapati banyak nyamuk di rumah saya. Kami terpaksa menggunakan ubat membunuh nyamuk (mosquito coli) dan adakalanya menggunakan spray. Adakah ia merbahaya kepada saya, yang sedang hamil ? Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya tidak nafikan kadang kala kita terpaksa menggunakan ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk. Apatah lagi sekarang banyak kes denggi, ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan ada yang meninggal dunia. Banyak jenama ubat nyamuk yang ada di pasaran. Nama yang sering kita gunakan iaitu “ubat”, amat …
Read More »Rawatan pembedahan bagi tongue-tie
RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK TOUNGE-TIE “Salam doctor, saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah tounge-tie.Saya sukar untuk bertutur dengan laju dan jelas, terutama ketika bekerja. Apabila saya membaca surah al fatihah, ada beberapa perkataan yang bunyi lain. Persoalannya apakah rawatan untuk merawat tougue-tie untuk orang dewasa seperti saya. Terima kasih atas penjelasan” WA ALAIKUM MUS SALAM Tongue-tie atau dalam bahasa perubatannya ankyloglossia, ada suatu keadaan apabila pergerakan lidah dalam mulut menjadi terhad (disebut frenulum) kerana terdapat satu tisu yang menghubungkan hujung lidah dengan lantai mulut. Selalunya tisu ini menghubungkan tengah lidah, jadi hujung lidah bebas bergerak. Masalah ini …
Read More »KESAN BAYI DAN KANAK-KANAK JATUH DAN TERHENTAK KEPALA
“Salam doktor. Saya ingin bertanya, Bayi atau kanak-kanak sering terjatuh dan kerap terhentak kepala. Adakah perkara ini memberikan kesan tidak baik kepada mereka? Apakah tanda bahaya pada kanak-kanak ini? Perlukah dibawa segera berjumpa doktor? Apakah apakah kesannya sama ada jangka masa pendek dan panjang. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Setiap kali bayi atau anak kecil kita jatuh dari sofa atau katil, kita berasa runsing jika mereka mengalami kecederaan terutamanya kecederaan kepala. Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak stabil berjalan, kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah. Walaupun sofa dan katil itu …
Read More »KESAN BENJOL AKIBAT HANTUKAN BEBERAPA KALI
Salam doktor, saya mempunyai anak saudara berumur 3 tahun dan dia sangat aktif sehingga kerap terjatuh dan terhantuk. Di kepala sudah mempunyai beberapa benjol. Adakah ini boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan anak saudara dan perlukah kami membawa dia ke klinik? Johor, Malaysia WA ALAIKUM MUS SALAM Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan. Jadi bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan. Namun jika bayi mengalami kecederaan …
Read More »LANGKAH-LANGKAH MUDAH MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR
“Salam doktor. Saya baru melahirkan anak sulong 3 hari lepas secara normal. Saya telah kematian ibu tahun lepas, jadi saya bersendirian menjaga anak, dan suami saya sudah kembali bekerja. Ibu mertua saya menjaga suaminya yang menghidap stroke. Mohon doktor mengajar saya memandikan bayi sulong saya dengan cara yang betul. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang biasa dihadapi oleh ibubapa muda yang pertama kali memandikan bayi mereka ialah perasaan takut dan tidak yakin untuk memandikan bayi mereka yang bertubuh kecil. Mereka bimbang akan mencederakan bayi mereka ketika membersihkan tubuh bayi atau bayi yang dimandikan terjatuh ke lantai dan …
Read More »Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang
KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN SAKIT PINGGANG “Assalamualaikum dr. Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya.. 1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2. Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan. Kemudian saya terus bawa ke klinik.. 2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman pada air kencing dan puratanya ‘4-6’. (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr …
Read More »Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa
PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik, Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun …
Read More »Rahem Jatuh Selepas Melahirkan Anak Pertama
RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan. Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?” WA ALAIKUM MUS SALAM Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau …
Read More »Rahem Jatuh
RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM) “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit …
Read More »3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun
3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, bengkak …
Read More »ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)
“Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice. Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah hampir semua bayi yang baru …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
