3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, bengkak …
Read More »Koleksi Artikel
ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)
“Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice. Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah hampir semua bayi yang baru …
Read More »Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital
MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL “Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit. Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti …
Read More »APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?
“Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua …
Read More »Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean
MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN “Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean. Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini. Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang …
Read More »Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan
UBAT DUSPHASTON MERAWAT MASALAH KEWANITAAN “Salam doktor, mohon pencerahan mengenai ubat dusphaton. Baru-baru ini saya diberikan oleh ubat ini ketika saya mengalami sedikit pendarahan, pada usia kehamilan saya 16 minggu. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Duphaston adalah ubat sintetik (tiruan) hormone progestogen, yang dikenali sebagai “dydrogesterone”. Struktur molekulnya menyamai dengan hormone progesteron yang dihasilkan secara semula jadi oleh kelenjar ovari. Ia sangat berkesan untuk merawat masalah kewanitaan, seperti: Kitaran haid yang tidak menentu Masalah kesuburan akibat kekurangan hormone progesterone Masalah keguguran yang kerap. Masalah endometriosis Masalah ‘premenstrual syndrome’ Ubat duphaston ini dipasarkan dalam dos 10mg …
Read More »Pembungan rahem dan pendarahan
PEMBUANGAN RAHEM DAN PENDARAHAN Salam, saya ingin bertanya tentang masalah saya. 1)pada tahun 2005 saya disahkan hamil tetapi semasa kandungan berusia lapan bulan anak saya disahkan meninggal di dalam kandugan.doktor meminta saya membuat d&c. 2) pada tahun yang sama saya disahkan hamil lagi alhamdulillah anak saya lahir dengan selamat tetapi terpaksa di bedah kerana songsang 3)tahun 2009 saya disahkan hamil lagi tetapi kehamilan ini menghadapi masalah uri bawah plencenta previa type 3. semasa proses kelahiran saya mengalami tumpah darah yang tidak henti-henti sehinnga doktor terpaksa membuang rahim saya untuk meyelamatkan nyawa saya. untuk pengetahuan doktor ovari saya …
Read More »HABBATUS SAUDA DAN KEHAMILAN
HABBATUS SAUDA’ DAN KEHAMILAN “Salam doktor, saya sedang hamil 34 minggu. Saya bercadang untuk mengambil suplemen habbatus sauda ketika hamil dalam bentuk softgel. Saya juga ada mengambil new obimin, suplemen yang diberi di klinik kerajaan. Boleh saya mengambil kedua-dua suplemen ini dalam masa yang sama? Atau saya perlu berhenti berhenti ambil pil obimin? Adakah suplemen habbatus sauda mempunyai kesan sampingan ketika hamil? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengambilan habatus sauda sebagai suplemen sangat baik untuk orang yang tidak mempunyai penyakit, sebagai meningkatkan daya ketahanan tubuh. Ia juga digunakan oleh perubatan purba, semenjak zaman tamadun Firaun di …
Read More »Kitaran haid dan Implanon
KITARAN HAID DAN IMPLANON “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya telah 2 tahun lebih mengambil implanon dan akan mengeluarkannya pada Jun 2015. Bermula tahun kedua pemakaian, saya sering mengalami haid yang lama, hingga 3 minggu. Sebelum ini, saya ambil pil perancang keluarga untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. Selepas 3 bulan pengambilan pil perancang, haid masih begitu. Saya baru mengambil pil kacip fatimah UTM untuk mengatasinya. Soalannya, setelah haid melebihi 15hari, saya bercadang untuk mengambil pil perancang untuk menghentikan pendarahan dan bolehkah diambil kacip fatimah itu semasa istihadah ? Terima kasih doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Implanon …
Read More »SAKIT BAWAH PERUT AKIBAT MASALAH ROUND LIGAMEN MENEGANG
“Salam doktor, saya berumur 16 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami rasa sakit di bahagian abdomen, terutama selepas bangun pagi. Kadang kala sakit ini berlaku ketika saya ketawa, berlari dan berjalan. Adakah itu yang disebut sebagai ‘round ligament pain’? Mohon doctor memberikan penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Dalam tubuh wanita, terdapat satu struktur ligament yang kuat dinamakan “round ligament of the uterus”yang terletak dalam abdomen. Ligamen ini berbentuk leper dan mengikat sudut antara rahem dan saluran fallopian dengan seterusnya memasuki satu saluran dinamakan “inguinal canal” yang terletak dicelah peha dan tertambat pada bibir faraj (labia majora). Ligamen ini …
Read More »SIKAP TIDAK PEDULI KETIKA MENGAMBIL UBAT
Ramai pesakit tidak mengikut nasihat doktor tentang pengambilan ubat. Ini boleh menyebabkan penyakit tidak dirawat dengan sempurna. Antara sikap tidak peduli dalam pengambilan ubat-ubatan ialah : 1. Menambah atau mengurangkan dos dengan sengaja. 2. Mengambil ubat bukan atas tujuan yang dibenarkan. 3. Kesilapan dalam kekerapan mengambil ubat. 4. Mengambil ubat dengan cara yang salah. 5. Mengambil tanpa preskripsi dari doktor. 6. Berkongsi ubat dengan pesakit lain tanpa mengetahui diagnosis sebenar penyakit yang dihidapi. 7. Mengambil ubat yang sudah lama dipreskripsi dan bukan ubat yang dipreskripsi berdasarkan diagnosis terkini. 8. Tiada disiplin dalam pengambilan ubat-ubatan menyebabkan kesan tidak diingini berlaku …
Read More »PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL MUNGKIN TANDA KANSER RAHIM
“Salam doktor, bagaimanakah tandar kanser rahem yang biasa dapat dikesan pada peringkat awal. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kanser rahim mudah dikesan kerana ia mempunyai gejala (tanda) yang sangat jelas. Antaranya ialah pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Ramai wanita yang sudah menopause yang mengambil sikap sambil lewa kerana menyangka mereka mengalami darah haid semula. Sebab itu ramai yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser dalam rahem merebak ke tahap yang lebih bahaya. Oleh itu jika seoarang wanita yang sudah mengalami menopause, kemudian mengalami pendarahan seperti darah haid, mereka sepatutnya mereka segera membuat pemeriksaan sebelum doktor. Wanita …
Read More »Kematian bayi berpunca dari makanan tambahan
KEMATIAN BAYI BERPUNCA DARI MAKANAN TAMBAHAN Satu berita yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (CDC) pada 25 Nov, 2014 memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan satu produk makanan tambahan yang tercemar, telah menyebabkan kematian seorang bayi yang dilahir secara pramatang. Ia berpunca dari pencemaran sejenis kulat “mucormycosis”. Jangkitan fungus ini telah menyebabkan penyakit “necrotizing enterocolitis” yang boleh merosakkan saluran pemakanan. CDC memberi amaran kepada orang ramai yang menggunakan produk makanan tambahan “Solgar ABC Dophilus Powder “ agar berhati-hati dan segera mendapatkanpemeriksaan doctor jika mengalami masalah sakit perut, kembung, loya atau muntah. Produk ini mengandungi …
Read More »KADAR JANTUNG PERLAHAN SEMASA HAMIL
“Assalammualaikum Dr Zubaidi, maaf menganggu, saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar deyutan jantung perlahan (bradycardia). Saya berumur 29tahun baru berkahwin, tidak bekerja serta sedang mengandung anak pertama berusia 14 minggu. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar denyutan jantung saya yang perlahan sekitar 50-51 adakah ianya berbahaya? Untuk pengetahuan Dr. Saya juga telah membuat pemeriksaan ECG di klinik kesihatan dan Dr dari klinik kesihatan telah meminta saya ke HKL untuk rawatan selanjutnya. Saya atau keluarga terdekat tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan dengan jantung serta saya tidak mengalami sebarang symptoms seperti pening, pitam, loya atau sebagainya semasa mengandung. Cuma agak keletihan, …
Read More »Folic acid 1 mg atau 5 mg?
FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL? “Assalamualaikum doktor. Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects. Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk https://drzubaidi.com/blog/?p=1038. Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg) atau 0.4 miligram (mg) setiap hari …
Read More »Adakah ubat pelangsing berdaftar dengan KKM?
ADAKAH PRODUK MINUMAN DAN MAKANAN KESIHATAN BERTUJUAN UNTUK MELANSINGKAN BADAN BERDAFTAR DENGAN KKM? Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-88833888. Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) …
Read More »Guna Pil Perancang Hari ke 12
GUNA PIL PERANCANG HARI KE 12 “Assalam mu alaikum doktor, Maaf menggangu, nak mintak pendapat doktor tentang pil perancang. Bolehkah sekiranya saya mula mkn pil itu pada hari ke 12 dari period? adakah fungsi pil itru akan berkesan? untuk makluman doktor, saya tidak pernah mengambil pil sebelum ini. terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang kehamilan selalunya diambil pada hari pertama, atau ketiga atau ke lima, bergantung kepada janis pil. Tidak ada yang disyorkan untuk ambil pada hari ke 12. Pil ini selalunya berkesan selepas 2 hari diambil. Sebab itu ia diambil pada hari masih haid, bagi melindungi hubungan …
Read More »DARAH HAID ATAU KEGUGURAN?
“As salamu alaikum Dr Zubaidi, saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik, saya hamil. Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit. Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG. …
Read More »Ujian kehamilan menggunakan jenama clearblue digital
UJIAN KEHAMILAN MENGGUNAKAN CLEARBLUE DIGITAL “Salam doktor, sya telah lewat haid 3 hari dan keputusannya ialah seperti dalam gambar. Saya nak tahu, bila masa sesuai untuk saya ke klinik buat ujian kehamilan untuk memastikan saya betul-betul hamil. Terima kasih ?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ujian kehamilan jenama Clearblue Digital mempunyai satu kelebihan apabila dapat mengirakan usia kehamilan wanita yang menggunakannya. Pihak pengeluar mendakwa usia kehamilan yang dikirakan dengan alat ini adalah tepat dan menyamai ketepatan pemeriksaan menggunakan mesin ultrasound. Dia menggunakan teknik Dual Smart Sensor ™ seperti ujian dua dalam satu yang bukan sahaja memberitahu …
Read More »Pembedahan Buang Ovari Menyebabkan Gejala Menopause
PEMBEDAHAN BUANG OVARI MENYEBABKAN GEJALA MENOPAUSE Assalamualaikum & selamat pagi dr.zubaidi. Saya ingin bertanya, mama saya sudah buang rahim sebab fibroid. Adakah akan menopous, akan panas-panas badan.? Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Pembuangan rahem disebut “hysterectomy” . Pembunagn rahem bersama pangkal rahem (serviks) dinamakan “total hysterectomy” Pembuangan kedua-dua belah ovari dan saluran fallopian disebut “Bilateral Salpingo-Oophorectomy”. Pembungan keseluruhan rahem (termasuk pangkal rahem) bersama dengan kedua-dua belah ovary dan saluran fallopian dinamakan “Total Abdominal Hysterectomy and Bilateral Salpingo-Oophorectomy” Pembungan rahem di kalangan wanita yang subur, tidak menyebabkan menopause. Pembuangan kedua-dua belah ovary dalam mana-mana pembedahan yang disebutkan di atas …
Read More »KEGUGRUAN DAN TIDAK BUAT D&C, KITARAN HAID TIDAK TERATUR
“Assalamualaikum Dr. zubaidi. Pada lepas saya pernah keguguran semasa usia kehamilan saya 8 minggu. Semasa gugur, ada keluar ketulan daging bercampur darah. Ibu mertua saya tidakbenarkan buat D&C. Sehingga sekarang saya tidak pernah lagi buat sebarang rawatan atau vaginal scan untuk keguguran. Masalanya kitaran haid saya tidak teratur dan sehingga kini masih lagi belum hamil. Apakah tindakan yang perlu saya buat sekarang. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya difahamkan keguguran puan telah berlaku pada tahun lepas. Pada masa yang sama puan perasan “keluar ketulan daging bercampur darah” berkemungkinan janin yang masih bersaiz kecil telah keluar ketika keguguran itu. Selalunya pada peringkat …
Read More »Ginseng juga ada kesan sampingan
GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan. Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan …
Read More »BILA LAKUKAN PAP SMEAR
“Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj. American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan pada wanita yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa …
Read More »Keputusan pap smear tidak normal
KEPUTUSAN PAP SMEAR TIDAK NORMAL “Salam. Saya baru melakukan pemeriksaan pap smear kerana mengalami pendarahan selepas bersama suami melakukan hubungan seksual. Dari laporan pap smear, menunjukkan TIDAK NORMAL. Adakah saya sudah mengalami kanser pangkal rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan pap smear adalah pemeriksaan saringan untuk menguji kewujudan sel-sel kanser pada pangkal rahim di kalangan wanita. Dalam ujian ini, sels-sel pada pangkal rahem diambil dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop. Bagi wanita yang berisiko tinggi, mengesan kewujudan sel-sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal dengan pemeriksaan Pap smear ini memberi peluang yang lebih …
Read More »PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL
“Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual, saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. Ia adalah hubungan …
Read More »Jangkitan kuman pada faraj
JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj. Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan. Tanda jangkitan pada faraj ialah seperti keluarnya cairan diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian …
Read More »Tip Memilih Bra Ketika Hamil
TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL “Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara sedang membina lebih banyak tisu-tisu untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu. Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak. Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara …
Read More »BILANGAN PLATELET RENDAH DALAM DARAH
“Salam doktor. Boleh doctor terangkan mengapa platelet darah boleh rendah. Sebelum ini anak saya berusia 1thn mengalami demam panas suhu antara38-39°c. Bila buat pemeriksaan demam denggi adalah -tive. Bacaan platelet awal 174 dan hr ke3 menjadi 129. Demam sudah tiada tp tanda demam campak kelihatan. Bagaimana saya hendak menaikkan bacaan platelet darah anak saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Jmlah platelet dalam darah yang rendah dinamakan “Thrombocytopenia”. Platelet adalah sel darah yang penting dalam pembekuan darah. Bacaan platelet yang normal antara 150,000 hingga 450,000 per mikroliter. Jika kurang dari 150 000, bermakna pesakit mengalami thrombocytopenia. Jika bilangannya berkurangan, dikhuatiri akan menyebabkan …
Read More »PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL
“Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami, dan banyak tenaga yang dihabiskan …
Read More »Memakai bra ketika menyusukan anak
BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI “Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini . Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan …
Read More »SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA
“Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan selepas bebrapa hari bintik tersebut baik …
Read More »GEJALA JANGKITAN KUMAN PADA GINJAL KETIKA HAMIL
“Salam doktor, saya hamil 20 minggu. Baru-baru ini saya mengalami rasa pedih ketika kencing dan melihat air kencing saya agak keruh. Saya rasa sangat letih dan demam menggigil. Adakah ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Semasa hamil, jangkitan kuman pada pundi kencing lebih mudah menjangkiti berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, kuman akan menjangkiti pula buah pinggang (ginjal) dan boleh memudaratkan diri dan bayi dalam rahem. Tanda-tanda jangkitan kuman pada ginjal ialah : 1. Demam panas (sehingga menggigil, dan berpeluh) 2. …
Read More »APAKAH GELAJA JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING PADA WANITA HAMIL?
“Salam doktor. Saya hamil 20 minggu. Saya mengalami kencing yang kerap. Ada rakan-rakan mengatakan saya mengalami kencing kotor, dan jurarawat di pusat kesihatan pula mengatakan ia adalah normal bagi wanita yang sedang hamil. Bagaimana saya hendak mengetahui sama ada ia disebabkan oleh kencing kotor atau disebabkan rahem saya yang sudah membesar? Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Kencing kotor adalah nama yang diberikan oleh orang awam untuk jangkitan kuman dalam air kencing. Ia boleh berasal dari pundi kencing atau dari ginjal. Gejala jangkitan pada pundi kencing (cystitis) berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain. Tanda-tanda biasa …
Read More »KESAN DEMAM DI AWAL KEHAMILAN
“Salam doktor, saya hamil 10 minggu. Demam saya sekejap naik dan sekejap turun. Adakah kesan seperti ini memberi kesan pada bayi saya yang masih dalam rahem?” WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi demam tinggi (lebih dari 103 darjah Fahrenheit) boleh membawa maut untuk bayi. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan susu ini, atau demam yang rendah ini bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, …
Read More »MENGAPA DEMAM KETIKA HAMIL BERBAHAYA?
“Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin …
Read More »RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)
“Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia. Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia. Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan maxillofacial dan pembedahan plastik. PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
