Memakai bra ketika menyusukan anak

BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI

Gambar hiasan
Gambar hiasan

 

“Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini .

 

Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan anak, saiz payudara akan menjadi lebih kecil kerana kuantiti susu yang telah dikeluarkan.

 

Bra berdawai boleh menekan sekeliling payudara terutamanya di bahagian bawah payudara sehingga menyebabkan saluran susu menjadi tersumbat. Ini menyebabkan payudara mungkin akan menjadi bengkak dan akhirnya menjadi sakit dan merah akibat jangkitan kuman.

 

Walaupun risiko ini kecil, namun ia boleh berlaku pada mana-mana wanita yang menyusukan anak, terutama bagi wanita yang mempunyai saiz payudara yang agak besar.

 

Bagi mengelakkan hal ini, saya mencadangkan agar menggunakan bra yang mempunyai kerangka plastic (bukan dawai besi) atau tidak memakai apa-apa bra yang mempunyai kerangka langsung.

 

Sekarang terdapat bra penyusuan yang mempunyai sokongan plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Ia direka untuk mengembang dan bertukar kedudukan, sejajar dengan perubahan bentuk  buah dada. Ia selamat digunakan oleh wanita yang menyusukan anak.

 

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM sebagai suplemen untuk merawat kecederaan pada rahem dan faraj ketika melahirkan anak.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!