“Salam doktor, saya hamil 10 minggu. Demam saya sekejap naik dan sekejap turun. Adakah kesan seperti ini memberi kesan pada bayi saya yang masih dalam rahem?”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Di awal kehamilan, demam yang rendah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi demam tinggi (lebih dari 103 darjah Fahrenheit) boleh membawa maut untuk bayi.
Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan susu ini, atau demam yang rendah ini bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman.
Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin dalam rahem atau mungkin keguguran.
Walau bagaimana pun pada di akhir kehamilan apabila bayi dalam rahem telah terbentuk sepenuhnya, maka demam tidaklah menjadi satu isu yang besar, kecuali demam itu beserta dengan tanda-tanda lain seperti ruam, keluar darah atau lendiran busuk dari faraj, yang mungkin menandakan ada jangkitan dalam rahem.
Saya mencadangkan minum air yang banyak bagi menurunkan suhu badan.