Artikel Terkini

PERLUKAH SAYA MEMBERIKAN ANAK SAYA SUPLEMEN MULTI VITAMIN?

Kanak-kanak tidak memerlukan pengambilan sebarang suplemen vitamin termasuk multivitamin untuk tumbesaran, jika mereka mendapat cukup nutrien dari makanan yang mereka makan. Ini kerana makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran dan buah-buahan) menyediakan sumber nutrient yang terbaik dan semulajadi termasuk vitamin dan mineral. Namun begitu untuk menyediakan tubuh anak kita dengan sistem immuniti yang kuat, mereka harus mendapatkan nutrient yang mencukupi, terutama kanak-kanak yang terlalu memilih makanan seperti tidak suka memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk makluman, kebanyakan nutrient yang membantu membangunkan sistem immuniti, diperolehi dari makanan yang kita makan terutamanya dari sumber tumbuh-tumbuhan. Jadi mereka mungkin memerlukan sedikit nutrient (terutamanya vitamin dan …

Read More »

BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN?

BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN? Madu mempunyai kandungan air, antara 10-20%. Dalam madu yang tulen juga terdapat bakteria baik yang boleh melakukan proses penapaian (fermentasi). Saya mencadangkan agar madu tidak disimpan dalam petisejuk. Jika terlalu banyak air dalam madu, ia menyebabkan madu akan tersejat dan gula dalam madu (fruktosa dan glukosa) akan mendak. Pemendakan ini menyebabkan madu kelihatannya seperti ada dua lapisan cecair. Jika hendak disimpan, letakkan dalam bahagian yang kurang sejuk. Contohnya di bahagian paling bawah di mana kita menyimpan sayur-sayuran. Oleh itu ia harus disimpan di tempat yang kering dan tidak terlalu panas. Ramai yang bimbang proses fermentasi …

Read More »

APAKAH PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN SAKIT TEKAK?

Sakit tekak merupakan simptom yang biasa dalam kalangan populasi kita. Ia mempunyai pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan sakit tekak. Sakit tekak boleh merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan ataupun kegatalan pada tekak anda.Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Ia dikenali sebagai pharyngitis, melibatkan bahagian farinks dan menjejaskan kawasan di belakang mulut. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada tekak dan kadangkala, terasa sakit sewaktu menelan. PUNCA-PUNCA 1. Jangkitan virus Jangkitan virus merupakan jangkitan biasa dalam populasi kita. Contoh virus yang boleh …

Read More »
error: Content is protected !!