Saya tidak sangka sambutan menggalakkan terhadap Klinik FB yang saya lancarkan. Walaupun saya bertungkus lumus dengan kerja-kerja merawat dan membuat latihan First Aids di kilang-kilang, saya sempat menjawab soalan-soalan rakan-rakan FB.
Saya memang memilih soalan-soalan yang dihantar, tujuannya biarlah penerangan yang saya berikan memberikan manfaat kepada pembaca yang lain.
Kali ini saya ditanya mengenai hubungan jima’ bersama suami. Apakah gegaran ketika melakukan jima’ atau kesan air mani boleh menyebabkan keguguran pada janin di awal kehamilan?
Ini yang saya cuba kupas pada kali ini.
“Salam doktor, saya pernah keguguran sebelum ini. Anak saya meninggal dunia pada usia kehamilan 12 minggu. Prosedur D&C terpaksa dijalankan.
Alhamdulillah selepas 3 bulan saya hamil kembali. Oleh kerana saya pernah keguguran sebelum ni doktor menasihati agar tidak melakukan hubungan suami isteri sehingga habis trimester pertama kerana takut air mani itu boleh merbahayakan kandungan.
Sehingga sekarang kami masih fobia untuk bersama kerana bimbang keselamatan kandungan saya..dan saya musykil adakah air mani boleh merbahayakan kandungan walaupun sekarang kandungan saya sudah hampir masuk trimester ketiga?”
Hubungan suami isteri sememangnya tidak dilarang dalam Islam kecuali ketika haid dan nifas. Bagi wanita yang keguguran, tempoh nifasnya sama dengan nifas wanita yang melahirkan anak yang hidup, jika anak yang dilahirkan meninggal dunia dengan cukup sifat.
Tentu ada hikmahnya. Antaranya memberikan tempoh bagi rahem dan saluran kehamilan untuk sembuh di samping memberikan kesembuhan emosi akibat kegugurannya.
“Jadi adakah doktor bermaksud, hubungan jima’ boleh dilakukan ketika awal kehamilan?”
Sebenarnya tiada masalah bagi wanita meneruskan aktiviti seksual bersama suami walaupun hamil. Ianya tidak ditegah kecuali jika aktiviti itu membahayakan nyawa bayi dan kandungan. Selain hubungan jima’, banyak lagi aktiviti seksual lain yang boleh dilakukan seperti berpeluk, bercium dan sebagainya. Saya percaya ramai yang boleh memahami maksud saya.
Dari sudut saintifiknya, aktiviti jima’ tidak menyakitkan bayi dalam rahem. Apatah lagi bayi dalam kandungan dilindungi oleh selaput air tuban (amniotic sac) dan otot rahem. Di samping itu mucus plug menutupi saluran pangkal rahem bagi mengelakkan jangkitan kuman naik masuk ke dalam rahem.
”Tapi bila saya melakukan jima’, saya merasa sakit perut. Adakah ianya merbahaya?”
Sakit perut ketika jima’ disebabkan oleh pengecutan otot rahem. Ianya boleh disebabkan oleh gegaran (ketika penis lelaki dimasukkan ke faraj) yang merangsangkan pengecutan rahem (uterine contraction).
Selain itu rangsangan puting payudara isteri juga akan memberikan rangsangan yang sama pada rahem. Ketika isteri klimaks, pengecutan rahem tidak dapat dielakkan. Unsur prostaglandin pada air mani juga boleh merangsangkan pengecutan rahem.
Walaubagaimanapun pengecutan ini bersifat sementara. Ianya tidak akan berpanjangan melebihi beberapa minit. Saya lebih suka menasihati pasangan supaya mengurangkan kekerapan aktiviti jima’ jika kehamilan masih peringkat awal. Terutama bagi mereka yang pernah keguguran.
“Saya mahu tanya, saya tidak mengalami keseronokan melakukan jima’. Saya hanya melayani suami. Saya bimbang saya akan terus begini selepas melahirkan..”
Setiap wanita mempunyai naluri seksual yang berbeza. Ada yang merasakan keseronokan ketika bersama suami, ada yang masih lagi kesedihan mengenang musibah keguguran. Setiap wanita mempunyai perasaan yang berbeza.
Ada yang tidak merasa selesa kerana terasa ’bengkakan’ di bahagian ari-ari. Ada pula pula yang merasakan bertambah nikmat.
Ini disebabkan oleh pengaliran darah yang bertambah di kawasan pelvic semasa proses penyembuhan rahem. Pengaliran darah ini juga menyebabkan faraj dan klitoris membesar dan membengkak. Ini yang menyebabkan ada wanita yang merasa nikmat. Apatah lagi ketika itu lendiran faraj keluar dengan begitu banyak. Namun ada pula yang merasa tidak selesa.
Selain itu, perasaan ‘tidak seronok’ juga disebabkan oleh kebimbangan keguguran akan berulang.
Walau apa pun perasaan ketika itu, haruslah berbincang dengan suami. Jika ada perasaan seksual yang dirangsang tetapi tidak mahu melakukan jima’, mungkin boleh dilakukan aktiviti lain seperti berpelukan, bercumbuan dan lainnya yang tidak payah saya huraikan lagi. Semua sedia maklum.
”Saya bimbang perut dan rahem saya ditindih oleh suami saya..”
Hmm..Saya rasa tidak perlu saya menjawab soalan ini. Dengan pengetahuan posisi jima’ yang banyak diperkatakan dalam buku-buku dan video, saya cuma mahu menasihatkan ubahlah posisi kepada posisi yang ‘tidak menindih perut isteri’.
Elakkan melakukan posisi missionary di mana suami berada di atas. Boleh lakukan posisi di mana isteri di atas, mengiring dan sebagainya. Pastikan suami menyokong tubuhnya menggunakan siku dan lutut jika masih mahu melakukan posisi ini.
”Saya masih bimbang. Agaknya bagaimana saya nak tahu tanda-tanda bayi saya dalam bahaya..”
Seperti mana yang saya katakan, kekejangan pada bahagian perut semasa atau selepas jima’ adalah sesuatu yang normal. Namun jika ia tidak hilang selepas 5 minit, ianya mungkin menandakan sesuatu yang merbahaya dan perlu bawa ke hospital. Begitu juga jika isteri mendapati ada pendarahan di faraj selepas jima’.
Namun sekiranya seseorang wanita hamil dinasihatkan oleh doktornya untuk menjauhi aktiviti jima’, ia tentu atas alasan tersendiri. Kemungkinan wanita hamil itu telah didiagnosakan mengalami keadaan placenta previa di mana uri bayi berada di bahagian bawah rahem. Sebarang gegaran selalunya memudahkan pendarahan.
Begitu juga jika wanita itu pernah mengalami kelahiran pramatang atau kematian tanpa diketahui punca. Aktiviti jima’ bersama suami akan mengulangi musibah yang sama. Begitu juga jika wanita itu diberitahu mempunyai masalah pangkal rahem yang tidak kuat (cervical insufficiency).
Kalau tidak dapat menahan gelora nafsu, haruslah bersabar. Kehamilan pada usia 38 minggu adalah waktu yang lebih selamat bagi perlakukan jima’. Bayi telah matang dan tiada kebimbangan jika ianya lahir ketika itu. Namun berbincanglah dengan doktor yang menjaga anda tanpa segan.
Wallahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (100211)
Assalamualaikum doktor,
terima kasih n syukur krn wujudnya ruangan seumpama ni utk kongsi pengetahuan n pengalaman. hope doktor dpt terus sharing dgn suma info seumpamanya.
cuma di sini sy ada bbrapa kemusykilan.
sgt berharap doktor dpt beri pandangan yg jelas.
sy bru saja menjalani D&C pd mggu ke-7 stlh 2bulan brkahwin. missabortion kata doktor. sy redha.
bt pengetahuan doktor, kamu suami isteri mggunakan gel semasa hubungan suami isteri.
saya ingin tahu, adakah gel salah satu punca rahim saya tak kuat menyokong bayi?
saya sedang berpantang (makan etc) mngikut petus org tua2. sy bru saja 2 mggu lepas mnjalani D&C, bagaimana hubungan sy & suami, adakah kami dapat teruskan seperti biasa utk berusaha mndapatkan zuriat lagi, atau berapa lama perlu rehat sebelum betul2 selamat utk dapatkan baby lg?
bt masa skrg alhamdulillah sy sudah sihat sepenuhnya, darah pun dah x keluar lg.
saya kuatir kerana ada terbaca mengenai pembaikkan tisu selaput rahim mengambil masa utk pulih, kerana kuatir jika mengandung dlm waktu segera,bimbang plasenta melekat pd rahim dan akan akibatkan pendarahan yg byk wktu melahirkan.batau brkemungkinan utk dibuang rahim. nauzubillah.
harap sgt doktor dpt beri penjelasan, berapa rahim ambil masa utk permbentukan semula endotrium/dinding rahim utk selamat melakukan hubungan suami isteri dn usaha dapatkan baby.
terima kasih atas kesudian doktor mnjawab.
assalam.
Salam puan, mungkin puan boleh merujuk artikel Dr Zubaidi di http://drzubaidi.com/blog/?p=1410. Harap dapat membantu. -ADMIN-
salam…saya dah pun berkahwin 1 tahun 6 bulan.sejak 3 bulan lalu saya merasai beberapa perubahan seperti keinginan untuk makan mangga muda, tidak selera makan, tidak suka bau nasi yang mendidh. baru2 ni sakit badan yang amat sangat.saya cadanag nak urut satu badan.kaki pun dah mule krem.sakit lutut sgat.bidan yang aya jumpe bertauliah daripada hospital.bila dia pegang perut saya dia kate saya dah hamil 2 bulan. sedangkan say period tiap bulan cuma sering lewat 2-3 minggu setiap bulan. adakah saya boleh mempercayai kate bidan tuh…plz…bagi comment tuk saya…
blh ka lepaskan mani di dalam waktu hamil 2 bln
blh ka lepaskan mani di dalam waktu hamil 2 bln
DrZubaidi: boleh tapi ada risiko keguguran apabila hubungan jima di awal kehamilan.