“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya seorang pengamal makanan sunnah. Saya juga mengambil setiap hari cuka buah. Pengambilan cuka buah seperti cuka teen, cuka kurma dan cuka apel dalam jangka masa panjang, boleh mengakibatkan hakisan kalsium pada tulang dan antara punca tulang rapuh ?
Mohon pencerahan. Terima kasih.”
*******
Waalaikumussalam.
Pengambilan cuka buah terutama cuka teen, dan cuka yang lain secara istiqamah
mempunyai beberapa manfaat kesihatan.
tetapi ada juga beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Cuka Teen mengandungi antioksidan seperti karotenoid, polifenol, dan flavonoid yang boleh membantu melawan radikal bebas.
Ia mengandungi mineral seperti kalium yang baik untuk fungsi badan.
Ia mengandungi asid asetik yang boleh membantu menurunkan berat badan dan mengawal kadar gula dalam darah jika diambil selepas makan.
Namun begitu pengambilan cuka yang berlebihan boleh menyebabkan hakisan enamel gigi dan gastritis kerana sifat asid, jika ia diambil tanpa mencairkannya dan diambil ketika perut kosong.
Walaupun tidak ada bukti langsung yang menunjukkan cuka menyebabkan hakisan kalsium pada tulang, pengambilan asid yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan mineral dalam badan.
Jadi penting untuk cuka buah ini, termasuk cuka teen ini dicairkan dan diambil selepas makan.
Saya mencadangkan ambil satu sudu besar cuka teen dicampur dalam segelas air, diminum setiap kali lepas makan.
Setakat ini tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa cuka buah termasuk cuka teen secara langsung menyebabkan tulang rapuh.
Namun, pengambilan cuka yang berlebihan tanpa pengawasan dan pengamnilan bersama makan-makanan lain yang bersifat asid secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan tulang secara tidak langsung.
Untuk memastikan kesihatan tulang yang baik, adalah penting untuk mengamalkan diet yang seimbang dan mendapatkan kalsium yang mencukupi daripada sumber makanan lain seperti susu, keju, dan sayur-sayuran berdaun hijau.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :