APA KAITAN TAHAP KOLESTEROL TINGGI, SAKIT JANTUNG DAN HATI BERLEMAK?

Peningkatan kolesterol, terutama kolesterol jahat (LDL), boleh menyumbang kepada pembentukan hati berlemak, selain menyebabkan sumbatan pada saluran darah pada jantung.

Apabila tahap kolesterol LDL tinggi, lemak boleh terkumpul dalam hati, menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai hepatic steatosis atau hati berlemak.

Ini boleh berlaku sama ada melalui pengambilan makanan berlemak terutamanya transfat dan karbohidrat berproses atau faktor lain seperti obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif.

Vitamin E dan minyak zaitun memang mempunyai manfaat untuk pesakit yang mempunyai masalah kolesterol, jantung, dan hati berlemak.

Vitamin E adalah antioksidan yang kuat dan boleh membantu mengurangkan oksidasi kolesterol LDL, yang merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung.

Ia juga boleh membantu melindungi sel-sel hati daripada kerosakan oksidatif, yang penting untuk mencegah dan merawat hati berlemak.

Minyak Zaitun terutama jenis extra virgin, kaya dengan asid lemak tak tepu tunggal dan antioksidan seperti polifenol dan vitamin E.

Ia boleh membantu menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik), yang baik untuk kesihatan jantung.

Minyak zaitun juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan memperbaiki fungsi hati, menjadikannya bermanfaat untuk mereka yang mengalami hati berlemak.

Jadi gabungan kedua minyak zaitun dan vitamin E sangat baik untuk masalah jantung dan hati berlemak, kerana kedua-dua pesakit begini selalunya mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

Ambil satu sudu besar minyak zaitun OLIVIE bersama satu biji TOCOTRIENOL SOFTGEL ketika perut kosong pada waktu pagi dan boleh ulang sebelum tidur.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#minyakzaitun
#vitaminE

Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30x di :

https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil

Boleh dapatkan TOCOTRIENOL SOFTGEL OLIVE HOUSE di :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/-new-product-tocotrienols-softgel-olive-house

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!