ADA PROTEIN DALAM AIR KENCING Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu tanya. Saya baru buat pemeriksaan kesihatan. Didapati ada protein dalam air kencing. Ujian fungsi hati dan ginjal normal. Mohon pandangan. Walaikumusalam. Tidak perlu buat apa-apa kerana secara normal memang ada sedikit kehadiran protein akibat hadirnya sel darah merah atau sel darah putih dalam air kencing. Kehadiran protein juga boleh disebabkan oleh sel mati yang keluar dari pundi kencing. Lagi pun fungsi ginjal puan adalah normal. Minum air kosong secukupnya. Boleh ulang semula pemeriksaan selepas seminggu jika puan masih ragu-ragu. #HealthDrZubaidi
Read More »Artikel Terkini
KEBAIKAN ULAM RAJA
KEBAIKAN ULAM RAJA Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal. Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi. Setiap 100 gm Ulam Raja mengandungi: Tenaga 20 KcalKarbohidratg 0.5 gmProtein 3.0 gmSerat 1.6 gmVitamin C 65.0 mgThiamin (B1) 0.15 mgRiboflavin (B2) 0.25 mgKalium 430mgFosforus 35 mgKalsium 250 mgMagnesium 50 mgZat besi 5.0 mg Selain itu, kebaikan Ulam Raja ialah : 1. Mengawal paras gula Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja …
Read More »PESAKIT SLIP DISC BOLEH BERBASIKAL ATAU JOGING?
Assalamualaikum. Dr Zubaidi. Adakah pesakit slip disc boleh berbasikal atau joging? Terima kasih. Walaikumusalam. Pesakit yang mengalami masalah slip disc tidak digalakkan lakukan aktiviti lasak. Berbasikal dan berjogging dianggap aktiviti yang sederhana. Sementara bermain bolasepak dianggap aktiviti yang agresif. Jadi berhati-hatilah. Ini kerana ligamen di situ sudah lemah. Ia boleh menyebabkan ligamen mengalami koyak lebih teruk dan menyebabkan slip disc keluar lebih jauh dari posisi asal. Ini merosakkan saraf tunjang dengan lebih teruk. Tanda keadaan masalah ini lebih teruk adalah rasa sakit di bahagiang belakang dan mengalami rasa kebas dan mencucuk-cucuk pada anggota kaki. Semoga menjawab soalan. #HealthDrZubaidi
Read More »-
PERLUKAH PANTANG DALAM MERAWAT?
Penyakit yang disebabkan pemakanan, ubatnya adalah pemakanan itu sendiri. Contoh diabetes, jika kita percaya puncanya gula maka gula perlulah dihentikan dari pemakanan. Bukan dikurangkan saja. Ini kerana setiap kali gula diambil akan menyebabkan lebih mudarat. Tahap gula sentiasa tinggi dalam darah. Jika kita tidak mengambilnya, tahap gula lebih rendah. Ketika bulan puasa, sebelum berbuka cuba periksa tahap gula dalam darah. Setelah tidak mengambil sebarang makanan (termasuk …
Read More » -
MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
-
Adakah pesakit koma boleh hidup semula?
-
JANGKITAN INFLUENZA DI KALANGAN KANAK-KANAK
-
GULA HITAM ATAU KERAK GULA ATAU MOLASSES
-
KRISIS PENYEMBUHAN ATAU KESAN SAMPINGAN?
-
Menggugurkan Bayi kerana Cacat (Edward’s Syndrome)
-
STEVIA UNTUK PESAKIT DIABETES
-
DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT ARCOXIA?
-
SAKIT KEPALA KETIKA WAKTU SUBUR
-
HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN
-
Nota Untuk Anda
-
JANGAN JADI IBU BAPA PENTING DIRI
-
KESAN BENJOL AKIBAT HANTUKAN BEBERAPA KALI
-
Anak demam melebihi 10 hari
-
bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala
-
Luka Pembedhan Ceserean Lebih Baik Dijahit Dari Dikokot (Staples)
-
KEHAMILAN DAN FIBROID
-
AMBIL INSULIN SELALU HYPOGLYCEMIA
-
Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman