Artikel Terkini

SAKIT PERUT GASTRITIS

Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Pagi tadi saya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya ada gastrik. Boleh ke saya minum susu badam yang saya pesan dari doktor tempoh hari. Satu lagi makanan yang macam mana sesuai untuk saya penghidap gastrik? Terima kasih.  Walaikumusalam. Gastrik adalah perkataan yang membawa makna perut. Selalunya dalam kes yang biasa berlaku, pesakit mengalami keradangan permukaan dalaman perut. Keadaan ini dinamakan gastritis. Selalunya didiagnosa secara ringkas dengan pemeriksaan ringkas dan bergantung pada simptom. Dalam keadaan yang lebih serius, puan boleh mengalami gastric ulcer. Dalam keadaan ini, puan mungkin mengalami rasa sakit perut yang kuat dan ubat …

Read More »

LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN

LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN “Assalamualaikum doctor. Saya baru melihat post doktor mengenai kebaikan memakan labu. Adakah labu ni berangin? Sebab saya adalah peminat labu. Tetapi saya adalah pesakit anxiety disorder. Ramai yang kata tidak boleh makan sebab berangin. Boleh doctor bagi penjelasan tak? Terima kasih.” Walaikumusalam. Makanan berangin lazimnya dikaitkan dengan masalah kembung perut. Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, selalunya akan dikaitkan dengan sifat pemakanan yang tidak betul. Selain tidak menjaga masa makan dengan betul, masyarakat Melayu akan mengaitkannya dengan makanan berangin. Pengambilan makanan berangin akan memberikan kesan tidak baik terhadap kesihatan pemakannya. Lebih teruk lagi, jika seseorang itu …

Read More »

ADA PROTEIN DALAM AIR KENCING

ADA PROTEIN DALAM AIR KENCING Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu tanya. Saya baru buat pemeriksaan kesihatan. Didapati ada protein dalam air kencing. Ujian fungsi hati dan ginjal normal. Mohon pandangan. Walaikumusalam. Tidak perlu buat apa-apa kerana secara normal memang ada sedikit kehadiran protein akibat hadirnya sel darah merah atau sel darah putih dalam air kencing. Kehadiran protein juga boleh disebabkan oleh sel mati yang keluar dari pundi kencing. Lagi pun fungsi ginjal puan adalah normal. Minum air kosong secukupnya. Boleh ulang semula pemeriksaan selepas seminggu jika puan masih ragu-ragu. #HealthDrZubaidi

Read More »
error: Content is protected !!