KEGUGURAN AKIBAT MAKAN IKAN PARI
“Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa. Sy baru mengalami keguguran pd usia kandungan 3 bulan..dan sy ingin bertanya adakah memakan ikan pari sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana sy ada mkn ikan pari sewaktu hamil dan selepas beberapa hari ada bleeding. Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab persoalan sy ini”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang puan alami. Semoga ALLAH mnggantikan kehilangan yang puan alami dengan sesuatu yang lebih baik.
Puan mengalami keguguran pada usia kehamilan 3 bulan iaitu lebih kurang 12 minggu. Sebenarnya banyak punca keguguran di awal kehamilan. Saya punca ia bukan berpunca dari makan ikan pari.
Punca utama keguguran ialah apabila janin terbentuk dari pencantuman benih yang kurang berkualiti akibat terdapat masalah dalam genetic.
Jika ia ditakdirkan hidup, berkumngkinan bayi itu mengalami kecacatan yang teruk, yang menyebabkan bayi itu tidak boleh hidup lama. Sebab itu ia tidak dapat meneruskan kelangsungan hidupnya semenjak barada di dalam rahem lagi.
Saya nasihatkan puan tidak perlu risau atau terlalu sedih atas kehilangan. Banyaklah berdoa agar mendapat ganti yang lebih baik. Puan boleh mencuba untuk hamil apabila puan telah mula mendapat haid semula.
Wallahu a’lam.
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
