Artikel Terkini

PURPURA HENOCH-SCHONLEIN

Henoch-Schonlein purpura (juga dikenali sebagai IgA vasculitis) adalah masalah yang menyebabkan saluran darah yang kecil pada kulit, sendi, usus dan ginjal mengalami keradaangan dan seterusnya  mengalami pendarahan. Ini menyebabkan pesakit mengalami bintik-bintik merah (adakalanya ungu) terutama pada bahagian bawah kaki dan punggung. Apa yang lebih berbahaya apabila Henoch-Schonlein purpura juga boleh menyebabkan masalah pendarahan pada usus, dan sendi (menyebabkan rasa sakit pada sendi). Kadang-kala boleh menyebabkan pendarahan pada ginjal dan menyebabkan kerosakan fungsi ginjal. Henoch-Schonlein purpura boleh menyerangkan sesiapa saja, tetapi selalunya kanak-kanak berusia antara 2-6 tahun. Namun semakin besar, masalah ini akan hilang perlahan-lahan, namun ada juga yang masih …

Read More »

PEMBENGKAKAN PROSTATE BUKAN KANSER

Bengkakan kelenjar prostate bukan kanser dikenali dengan beberapa nama, antaranya ‘benign (noncancerous) enlargement of the prostate’, atau ‘benign prostatic hyperplasia (BPH)’. Ia adalah masalah yang kerap dialami oleh lelaki yang sudah berusia melebihi 60 tahun. Kelenjar prostat memainkan peranan penting dalam sistem reproduksi lelaki. Ia bersaiz seperti kacang tanah terletak di bahagian bawah pundi kencing. Ia mengalami dua kali pembesaran, iaitu ketika mula akhil baligh dan ketika berusia 30 tahun. Saiz bertambah dari 20 gram ketika dewasa kepada 40 gram ketika berusia sekitar 70 tahun. Fungsi utama kelenjar prostat adalah mengeluarkan cairan yang melindungi dan memberikan nutrisi kepada sperma. Selama …

Read More »

APAKAH CIRIT-BIRIT BERBAHAYA?

Cirit-birit atau diarrhoea berlaku apabila najis yang kita keluarkan menjadi cair. Oleh itu definasi cirit-birit adalah apabila kita mengeluarkan najis yang lembut atau berbentuk cecair melebihi tiga kali setiap hari. Ia berlaku apabila usus kita tidak dapat menyerap cecair yang kita makan atau minum dengan sebaiknya atau usus kita mengeluarkan lebih banyak air ke dalam rongga usus akibat keradangan atau jangkitan kuman. Najis yang dikeluarkan bukan saja kerap, tetapi dalam bentuk cecair tetapi juga mungkin terdapat sedikit darah.   Dalam kebanyakan kes, cirit-birit ini bersifat sementara dan tidak perlukan rawatan yang spesifik. Pesakit perlu pastikan minum air secukupnya, jika tidak …

Read More »
error: Content is protected !!