Bolehkah pesakit jantung makan telur ayam?

 

telur ayam

 

 

“Salam doctor. Saya seorang pesakit jantung, dan telah melakukan prosedur stenting kerana salah satu saluran darah saya tersumbat. Saya keliru kerana ada yang mengatakan saya tidak boleh makan telur ayam dan ada yang mengatakan saya boleh makan telur ayam. Adakah telur ayam akan meningkatkan tahap kolestrol saya? Mohon penerangan” 

 

 

Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya.

 

Sebenarnya telur ayam mengandungi banyak kolestrol, yang keseluruhannya terdapat dalam telur kuning. Oleh itu bukan saja memakan telur goreng atau telur rebus, malah semua pemakanan yang mengandungi sumber telur yang banyak boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi.

 

Walaubagaimana pun bagaimana tahap kolestrol ini akan meningkat berbeza dari seorang dengan seorang yang lain.

 

Sebiji telur mengandungi lebih kurang sebanyak 200 mg kolesterol yang semuanya terdapat dalam kuning telur.

 

Untuk orang yang sihat, dinasihatakan agar mengambil makanan yang mengandungi kolestrol kurang dari 300 mg dalam sehari.

 

Bagi seorang pesakit jantung, diabetes atau pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi dalam darah, harus menghadkan pengambilan kolestrolnya sebanyak kurang 200 mg sehari.

 

Secara amnya untuk selamat, memakan empat biji telur ayam atau kurang dalam seminggu tidak akan meningkatkan tahap kolestrol seseorang.

 

Jika saudara adalah pesakit yang saya sebutkan itu, saya mencadangkan agar saudara hanya mengambil telur putih dalam pemakanannya, jika saudara amat menyukai telur ayam kerana telur putih tidak mengandungi kolestrol.

 

Wallahu a’lam.

https://drzubaidi.com/blog

Leave a Reply

error: Content is protected !!