Kebanyakan pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti. Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti.
Apabila hidung anda berdarah:
- Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut.
- Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit.
- Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.
- Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.
- Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik.
- Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu.
Bagi menghalang pendarahan berlaku semula dalam masa 12 jam berikutnya, elakkan daripada:
- menggerakkan kepala lebih rendah daripada paras jantung anda
- melakukan kerja-kerja berat
- menghembus hidung.
https://www.facebook.com/pages/First-Aid-CPR-Training-FACT/164653566903272?fref=ts
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman

