“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?”
Wa alaikum mus salam.
Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri.
Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”
Ayat ini hanya berupa panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.
Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri.”
Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn ‘Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.
Dari segi perubatan, penyusuan jangka panjang ( atau disebut extended breastfeeding) adalah apabila seorang ibu menyusukan bayi mereka selepas tahun pertama. Kebanyakan ibu-ibu terutama di Eropah yang memahami kepentingan penyusuan ibu, hanya akan menghentikan penyusuan anak antara dua tahun hingga empat tahun.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri menasihati ibu-ibu untuk menyusukan selama dua tahun.
Walaupun bayi puan mula mendapat makanan dari makanan pejal , susu ibu masih merupakan makanan yang terbaik kerana menyediakan antibodi secara semulajadi, nutrien dan vitamin.
Bayi dan kanak-kanak kecil yang mendapat susu ibu jarang mendapatkan sakit berbanding dengan bayi yang tidak mendapat susu ibu.
Jika anak puan sedang sakit galakkan mereka menyusu ibu kerana ia akan membantu melawan penyakit yang dihadapi.
Saya menasihatkan puan agar meneruskan penyusuan selagi anak puan belum bersedia untuk menghentikan penyusuan. Penyususan ibu bukan saja merapakan hubungan emosi antara ibu dan anak, malah ia membentuk keyakinan diri pada anak puan.
Tidak perlu mendengar komen-komen negatif terhadap penyusuan ibu kepada anak yang melebihi umur dua tahun, kerana penyusuan itu dibenarkan syara’ dan memberi manfaat pada bayi dan anak puan.
Puan juga akan merasa lebih tenang ketika menysusukan bayi kerana ketika itu hormon prolaktin dan oxytocin akan keluar dengan banyak dan membantu puan berasa tenang dan damai.
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak. Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer.
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah: