Artikel Terkini

MENCAIRKAN SUSU ELAKKAN SEMBELIT

Saya tidak setuju jika ada cadangan untuk mencairkan susu formula yang diberikan kepada anak-anak semata-mata untuk mengelakkan sembelit.   Setiap susu formula yang disediakan di pasaran mempunyai sukatan tersendiri mengikut umur bayi.   Jika ia dicairkan , ia akan mengganggu kandungan protein, kalsium, vitamin yang patut diberikan pada anak itu.   Ia tidak membantu mengurangkan masalah sembelit. Masalah sembelit kebanyakannya berpunca dari pemakanan dan pelbagai punca yang lain.   Jangan cairkan susu formula. Jika bayi telah melebihi setahun, berikan air mineral dan jus sebagai tambahan kepada susu yang diberikan untuk membekalkan air yang cukup untuk tubuh anak bagi mengelakkan sembelit. …

Read More »

APAKAH RAWATAN UNTUK DEMAM DENGGI?

1. Masih tiada rawatan atau ubat khas untuk demam denggi. 2. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. 3. Pesakit akan diberikan ubat demam paracetamol untuk mengurangkan demam dan dinasihatkan berehat. 4. Pesakit juga digalakkan minum air mineral sekurang-kurangnya 2L sehari. 5. Pesakit boleh amalkan jus daun betik atau sup ketam sebagai rawatan sampingan. Jus jambu batu juga bagus kerana mengandungi vitamin C yang tinggi. 6. Ambil vitamin C, vitamin D dan Zink (IMMUNE BOOSTER) untuk meningkatkan sistem ketahanan diri agar keadaan tidak bertambah teruk. 7. Selain itu boleh ambil vitamin E dan vitamin …

Read More »

BENARKAH KAFEIN MENYEBABKAN KETAGIHAN?

Kebanyakan kita minum kopi untuk kekal cergas sepanjang hari dan mengelakkan rasa mengantuk. Ini kerana kopi mengandungi kafein (caffein) iaitu sejenis bahan perangsang. Kafein juga terdapat pada teh serta buah koko. Apa kesan jika kita berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba terutama bagi orang yang biasa minum kopi yang berkafein tinggi setiap pagi? Kafein boleh dikategorikan di dalam bahan ketagihan hampir serupa seperti rokok, arak dan dadah tetapi ketagihan ini tidaklah terlalu teruk. Antara tanda-tanda ketagihan itu apabila kita tidak minum kopi setiap pagi, kita akan mengalami : Pening kepala Keletihan Kegelisahan Sukar untuk fokus Mood tidak menentu Mudah rasa marah …

Read More »
error: Content is protected !!