“Assalamualaikum doktor. Maaf bertanya berkenaan penyakit G6PD. Adakah hanya kacang parang sahaja atau jenis kekacang lain juga harus dielakkan? Bayi saya yang baru berusia 2 minggu disahkan G6PD, dan kami dinasihatkan untuk mengelakkan ubat gegat kerana bahan naftalena yang ada di dalamnya serta ubat nyamuk juga. Terima kasih.”
Waalaikumussalam
Selain kacang parang (fava beans), terdapat beberapa jenis kekacang dan makanan lain yang perlu dielakkan oleh individu dengan kekurangan enzim G6PD.
Berikut adalah beberapa makanan dan bahan yang perlu dielakkan:
1. Kacang Parang (Fava Beans) : Ini adalah yang paling utama dan dikenali sebagai favaism kerana boleh menyebabkan hemolisis yang teruk.
2. Kacang Soya dan Produk Soya : Termasuk tauhu, tempe, dan susu soya mungkin boleh menyebabkan hemolitis pada sesetengah pesakit.
3. Kacang Tanah : Juga perlu dielakkan kerana boleh mencetuskan reaksi hemolitis.
4. Kacang Kuda, Kacang Buncis Besar, Kacang Pea, Lentil, dan Kacang Mata Hitam : Semua jenis kekacang ini boleh menyebabkan masalah bagi penghidap G6PD.
Ini bermakna kacang parang memang menyebabkan hemolitis, sementara kacang lain ) yang disebut di atas) mungkin dan boleh menyebabkan hemolitis dan elok dielakkan.
Selain itu, bahan kimia seperti naftalena yang terdapat dalam ubat gegat dan ubat nyamuk juga perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan hemolisis pada individu dengan kekurangan enzim G6PD.
Jadi penting untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan makanan serta bahan yang boleh mencetuskan reaksi hemolitis.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#G6PD
#drzubaidijawab
#immuneedz
Boleh dapatkan SET ANAK SIHAT untuk tingkatkan kesihatan anak yang berusia 5 tahun ke atas.