
PENGAMBILAN TELUR UNTUK PESAKIT GOUT
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Benarkah org yg ada gout dan kolesterol tinggi boleh ke mkn telur? jika boleh berapa banyak yang dibenarkan? Terima kasih”.
*******
Waalaikumussalam.
Telur sebenarnya tidak berbahaya kepada pesakit gout jika dimakan dalam jumlah yang sederhana.
Telur mempunyai kandungan purin yang rendah, jadi ia tidak akan meningkatkan kadar asid urik dalam darah secara signifikan.
Ini menjadikannya pilihan protein yang lebih selamat berbanding daging merah atau makanan laut yang tinggi purin.
Bagi pesakit gout yang juga mempunyai kolesterol tinggi, pengambilan telur perlu dikawal. Telur mengandungi kolesterol, dan pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko masalah kardiovaskular.
Jadi orang yang mempunyai gout dan kolesterol tinggi masih boleh makan telur.
Jika bimbang dengan peningkatan tahap kolesterol, terdapat beberapa syarat:
1. Jumlah Telur: Disarankan untuk tidak melebihi dua butir telur sehari. Ini membantu mengawal pengambilan kolesterol dan purin.
2. Cara Memasak: Telur sebaiknya dimasak dengan cara yang sihat seperti direbus, dikukus, atau ditumis. Elakkan menggoreng telur kerana ini boleh meningkatkan kadar kolesterol.
Telur mengandungi protein yang baik dan lecithin yang boleh membantu mengikat lemak berlebihan dalam darah.
Jadi bagi mereka yang sihat, dan bukan atlet mungkin boleh ambil telur tanpa had. Cuma saya cadangkan dua biji sehari.
Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan, kurangkan pengambilannya walaupun ia tidak berbahaya untuk pesakit gout dan kolesterol.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
Untuk menurunkan tahap kolesterol dan dan asid urik, boleh dapatkan Kombo Minyak Zaitun dan Vitamin E Tocotrienol Softgel Olive House.

Boleh dapatkan SET BEBAS GOUT

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
