SILENT GERD

 

Silent GERD (Gastroesophageal Reflux Disease senyap) adalah satu bentuk GERD di mana asid perut naik ke esofagus tanpa gejala biasa seperti pedih ulu hati (heartburn) atau regurgitasi.

Walaupun ia “senyap,” ia masih boleh menyebabkan kerosakan dan gejala lain yang tidak disedari.

 

Gejala Silent GERD

✅ Batuk kronik

✅ Suara serak atau berubah

✅ Sakit tekak yang berulang

✅ Rasa seperti ada sesuatu tersekat di kerongkong (globus sensation)

✅ Kesukaran menelan (dysphagia)

✅ Mulut berbau

✅ Lendir berlebihan di kerongkong

✅ Masalah pernafasan seperti asma 

 

Punca Silent GERD

1. Otot injap antara esofagus dan perut (sphincter esofagus bawah) tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan asid perut naik.

2. Faktor risiko termasuk obesiti, makan lewat malam, makanan berasid atau pedas, dan stress.

 

Komplikasi

Silent GERD boleh menyebabkan masalah serius jika tidak dirawat:

1. Esofagitis (keradangan pada esofagus).


2. Barrett’s esophagus (perubahan pada lapisan esofagus yang meningkatkan risiko kanser esofagus).


3. Masalah pernafasan seperti pneumonia aspirasi.

 

Rawatan Silent GERD

1. Perubahan Gaya Hidup

✅ Makan dalam kuantiti kecil dan elakkan makanan pedas, berminyak, atau berasid.

✅ Elakkan makan 2-3 jam sebelum tidur.

✅ Tidur dengan kepala lebih tinggi.

✅ Kurangkan berat badan jika berlebihan.

 

2. Ubat-ubatan

Jika keadaan masih tidak dapat dikawal, ambil ubat dari doktor untuk jangkamasa tertentu.

✅ Proton pump inhibitors (PPIs): Mengurangkan penghasilan asid perut.

✅ Antasid: Meneutralkan asid perut.

✅ H2 blockers: Mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan.

 

3. Rawatan Lain

Sekiranya rawatan biasa tidak berkesan, pembedahan seperti fundoplikasi mungkin diperlukan.


Berbincang dengan doktor yang merawat.

 

Jika anda mengalami simptom Silent GERD, adalah penting untuk berjumpa doktor bagi diagnosis dan rawatan awal.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

 

Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!