Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 26)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Hubungan intim selepas pembedahan ceserean

    “Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”       Wa alaikum mus salam.   Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu.   Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Begitu juga jika wanita itu mengalami masalah kronik semasa hamil seperti diabtes dan tekanan darah tinggi.     Secara amnya lakukan hubungan intim ... Read More »

PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?

PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?   Fibroid menjadi salah satu punca masalah kesuburan dalam kalangan kaum wanita dalam usia yang subur. Tetapi tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mendapat anak.   Hal kesuburan ini bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid yang dialami.   Hanya kira-kira lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid yang berada pada posisi di lapisan dalam rahem (jenis submukosa) atau fibroid yang mempunyai saiz yang besar saja mempunyai masalah kesukaran untuk hamil.   Fibroid itu yang mempunyai saiz terlalu besar, boleh menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil.   Tetapi fibroid yang bersaiz kecil yang tidak memberikan masalah kepada kitaran haid wanita selalunya tidak memerlukan sebarang rawatan.   Doktor ... Read More »

Mengesan penyakit kanser pankreas

    “Assalamu alaikum doktor, arwah ayah saya meninggal akibat barah pankreas. Penyakit beliau dapat dikesan selepas beliau kurus dgn drastik dan mendapat diabetis. Setelah buat skop kemudian biopsi baru memang confirm kanser. Selepas 6 bulan, beliau meninggal. Bolehkah kanser ini dikesan dengan lebih awal?”   Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan takziah atas pemergian ayah saudara dan semoga berada di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat NYA.   Penyakit kanser pankreas agar sukar didiagnosa. Ini kerana pancreas terletak jauh di dalam rongga abdomen. Selalunya ia hanya dikesan apabila telah membengkak, dan berada dikesan pada peringkat serius.   Pembedahan yang dilakukan juga selalunya agak lambat, di mana doktor bedah akan  mengeluarkan tisu sebahagian kanser dari tubuh pesakit. Yang sebahagian lagi tidak dapat dikeluarkan kerana merebak ke organ tubuh yang lain.   ... Read More »

Bolehkah Mengambil Halia Ketika Hamil?

    Halia atau “Zingiber officinale” boleh bertindak sebagai anti-loya dan anti-muntah bagi wanita yang hamil. Namun begitu harus berhati-hati dengan dos yang digunakan. Jika membeli ekstrak halia di farmasi, pastikan ia mengandungi 1,000 hingga 1,500 mg dalam sehari. Dos ini boleh dibahagikan kepada tiga kali sehari atau dua kali sehari. Berhati-hati ketika mengambil ekstrak halia terutama di awal kehamilan. Cara paling selamat ialah mengambil halia yang segar dan potong nipis kira-kira sebesar 1-2cm dan masukkan ke dalam air teh yang panas dan minum perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa loya dan mahu muntah. Wallahu a’lam. [IKLAN] Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin ... Read More »

Kawal kolesterol tanpa ubat

  Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.   Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.   Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.   Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.   Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.   Oat pula bijirin yang mengandungi serat ... Read More »

Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

    “Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji.   Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair synovium yang memudahkan pergerakan sendi.   Sendi boleh menjadi rosak disebabkan oleh penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis , avascular necrosis atau kecacatan dari lahir.   ... Read More »

Sakit Pada Luka Lama

“Asalamualaikum doktor saya nak bertanya ,  saya melahirkan anak yang ke 4 melalui pembedahan. Walaupn sudah  masuk 4 tahun kalau sya buat angkat berat2 atau buat keja kasar,  tempat pembedahan itu ade rasemacam menggigit-gigit, ngilu dan pedih . Adakah ia normal?” Jawapan: Wa alaikum mus salam. Puan merasa tidak selesa pada luka pembedahan, kerana luka puan belum benar-benar sembuh atau parut  puan tidak berapa kuat menyambungkan dua bahagian yang dipotong ketika pembedahan. Antara punca-puncanya ialah : Setiap wanita mengalami proses penyembuhan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika pesakit mengalami penyakit kronik seperti diabetes atau berat badan berlebihan, proses penyembuhan akan menjadi lambat. Teknik jahitan yang dilakukan. Jika teknik jahit itu kemas dan tidak tergesa-gesa, proses penyembuhan akan berlangsung dengan cepat. Jenis tali jahitan yang digunakan. Bergantung ... Read More »

Lebam selepas suntikan

  “Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang.  Saya harap dr dapat menjawab masalah saya”   Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam   Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit.   Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit.   Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan tuala nipis. Ini bertujuan menghentikan pendarahan.   Beberapa hari sebelum berlakunya lebam, puan boleh tuankan dengan air hangat bagi merangsangkan pemecahan darah beku. ... Read More »

Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

  Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi.   Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah. Begitulah rutinnya. Selepas pemeriksaan terakhir dibuat, 3 bulan selepas kalau tak silap saya, doktor sangat terkejut. Doktor tidak menjumpai di mana kanser tersebut! Sehinggakan doktor berkata ‘Where is your ... Read More »

Pengalaman Pesakit SLE Kedua

Pengalaman Pesakit SLE Kedua

Saya didiagnos SLE pada tahun 1991 setelah hampir setahun sakit dan doktor yg merawat ketika itu tidak dapat kenalpasti penyakit saya. Setelah didiagnos saya dirawat dgn steroids akan tetapi buah pinggang saya gagal pada tahun 1993. Saya menjalani hemodialysis selama 5 tahun. Dari saya mula didiagnos dan diberitahu bahawa penyakit ini tiada ubat, keluarga saya tak henti2 ikhtiar. Bermacam2 ubat tradisional dan pemakanan yg dicuba. Ubat doktor tidak pernah tinggal. Doa serta solat hajat apatah lagi. Ini kerana kita yakin apa yg tertera dlm Quran tentang setiap penyakit ada penawar. Keadaan saya ketika hemodialysis memang agak teruk dan tidak stabil. Kerap dimasukkan wad. Perasaan saya ketika itu memang sedih dan tertekan. Lebih2 lagi bila doktor mengatakan saya terpaksa dirawat hemodialysis seumur hidup. Ini krn tidak bole transplant memandangkan SLE tidak bole ... Read More »

Kehamilan di luar rahem

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita yang terpilih saja akan diuji dengan ujian ini. Pada kehamilan biasa, ovum yang dibebaskan daripada kilang telur ovari akan disenyawakan pada hujung saluran fallopio. Persenyawaan ini akan membentuk zigot (gumpalan ... Read More »

Lendiran Faraj dan keputihan yang berlebihan

  “Assalamu alaikum doktor. Saya mengalami masalah yang memalukan. Saya seorang gadis berumur 23 tahun dan mengalami masalah keluar lendiran dari faraj saya secara berlebihan. Saya sering menukarkan panti saya sebanyak 3-4 kali sehari kerana masalah ini. Adakah ia suatu penyakit, doctor?”     Walaikum mus salam.   Mengalami lendir yang keluar daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami oleh wanita. Selalunya ia tidak bahaya, normal dan bukan disebabkan penyakit.   Walau bagaimana jika ia keluar secara tidak terkawal dan dirawat dengan baik, ia boleh menambahkan risiko jangkitan kulat, bakteria dan tidak mustahil boleh menyebabkan kanser servik.   Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.   Lendir ... Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak. Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang ... Read More »

Tiada sekatan penjualan mesin urut

  Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bercadang menyekat penjualan mesin urut kerana alat seumpama itu setakat ini didapati tidak memudaratkan kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementeriannya sudah melakukan penilaian terhadap mesin itu dan mendapati ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya. “Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengharamkan penjualan mesin urut di negara ini kerana tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong (dakwaan) ia membawa kesan sampingan seperti penyakit saraf dan tulang belakang akibat penggunaan mesin urut tersebut,” katanya. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu adakah Kementerian Kesihatan sudah membuat kajian terhadap penggunaan mesin urut berikutan ada yang mendakwa getaran mesin berkenaan boleh mengakibatkan penyakit saraf dan tulang belakang. Dr Hilmi berkata, pendaftaran mesin urut yang dijual di negara ini adalah ... Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean

  “Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”   Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Begitu juga jika wanita itu mengalami masalah kronik semasa hamil seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.   Secara amnya lakukan hubungan intim bersama suami boleh dilakukan selepas 6-8 ... Read More »

Cara menggunakan cuka kurma dam epal

      Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.   Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid  (CH3COOH) dan air.   Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida.   Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.   Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian yang lama yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. Ini memastikan keseluruhan bahan ethanol dari kurma atau epal itu telah ditukarkan kepada acetic acid.   Cuka biasanya digunakan dalam masakan. Ia ... Read More »

Kesan Mengambil Pil Perancang Kehamilan

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berusia 36 tahun, ibu tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat 49 kilogram dan tinggi 145 sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘Mercilon’ selama tujuh tahun yang dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak berhenti mengambil pil berkenaan, haid saya sangat sedikit dan ada juga tidak datang haid pada bulan tertentu. Saya amat bimbang, apa yang harus dilakukan”. Jawapan: Wa alaikum mus salam. Pil perancang kehamilan seperti Mercilon, sememangnya haid akan menjadi sempurna iaitu kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari. Inilah kebaikan pil perancang kehamilan selain dari menghalang kehamilan. Oleh itu ramai doctor yang mencadangkan pengambilan pil perancang kehamilan sebagai sebagai rawatan untuk membetulkan kitaran haid yang tidak menentu.  Walau bagaimana pun pil perancangan kehamilan ini adalah sebahagian dari rawatan hormone. Ia harus diberikan ... Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergantung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN

PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN     “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat ... Read More »

Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah

  Produk kesihatan berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen perlu dikawal dan disahkan khasiatnya secara saintifik sebelum dijual kepada orang ramai. Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, berkata ia bagi mengelakkan produk itu disalah guna, sekali gus memberi implikasi kepada pengguna dan mencemarkan integriti Nabi Muhammad SAW.   Katanya, kebanyakan produk nutraseutikal (makanan tambahan) tidak memerlukan ujian dan keizinan khas daripada badan mengawal pelesenan dan penjual, sebelum dipasarkan kepada orang ramai berbanding produk farmaseutikal. “Produk nutraseutikal kebanyakan dikategorikan makanan. Justeru, sesiapa boleh mendakwa pelbagai khasiat tanpa menyertakan bukti.   “Kajian saintifik terhadap bahan dalam pemakanan sunah perlu dilakukan secara teliti bagi mengelakkan percanggahan antara sains dan agama yang boleh memberi implikasi terhadap sunah Nabi,” katanya selepas persidangan meja bulat ‘Paradigma ... Read More »

Pengalaman seorang pesakit SLE

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya   mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik.   Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja.   Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat keadaannya.   Kami membawanya ke hospital semula. Saudara-mara semua mahukan adik saya dihantar berjumpa bomoh atau ustaz bagi membuang sihir.   Saya berkeras membawa adik saya ke hospital. ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI

  “ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj.   Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans.     Lendiran yang melekit, berbau dan menyebabkan kegatalan akan menyebabkan puan akan merasa tidak selesa.   Selalunya jika puan sihat dan tidak mengalami penyakit yang ... Read More »

Lendir Melekat di Tekak

“Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung? Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk saya?  Harap doktor dapat menjawab secepat mungkin kerana saya amat risau dgn keadaan saya.”   Wa alaikum mus salam. Saya percaya  puan mengalami alahan allergic rhinitis, iaitu sejenis alahan yang melibatkan kawasan muka terutamanya ... Read More »

Merawat kutu di kepala anak.

    Saya sudah lama tidak melihat kutu, apatah lagi mendapat pesakit yang mengalami jangkitan kutu  di kepala.   Namun baru-baru itu seorang kanak-kanak telah dibawa oleh ibubapa mereka kerana sering gatal kepala. Mereka telah mencuba pelbagai shampoo untuk mengurangkan kegatalan yang dihadapi oleh anak mereka.   Bila saya memeriksa rupanya terdapat banyak kutu dan telur kutu di pangkal rambutnya.   Kutu kepala sebenarnya adalah serangga parasite kecil yang menghisap darah dari kulit kepala manusia. Ia tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat.   Ramai kanak-kanak dijangkiti oleh kutu kepala tanpa disedari oleh ibubapa mereka kerana ia sukar dikesan.   Walau bagaimana pun kegatalan kepala bukanlah tanda utama seorang kanak-kanak itu dijangkiti kutu kepala kerana tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti kutu mengadu mengalami kegatalan di kepala. Kutu kepala boleh hidup ... Read More »

Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya hendak bertanya doktor. Pada tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya dan hanya cedera ringan tetapi menerima hentakan yang kuat di kepala sehingga hilang ingatan buat sementara.   Selepas kemalangan tersebut kitaran haid saya menjadi tidak teratur dan sedikit. Beberapa bulan kebelakangan ini, haid saya hanya keluar secara sempurna pada hari pertama dan pada hari-hari berikutnya, haid saya sedikit dan kadang-kala mengeluarkan ketulan darah beku. Ada kalanya ia hanya lendiran bersama darah sahaja.   Kitaran haid saya berlaku hanya selama 5hari dan kemudian kering. Sekarang ini menjadi tidak teratur.   Apakah saya mengalami darah beku ada dalam rahim atau adakah rahem saya tersumbat? Adakah akibat kemalangan itu, rahem saya menjadi jatuh atau terbalik?   Adakah ia boleh dirawat? Buntu saya memikirkan nya. Saya ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Pendarahan Pada Puting Payudara

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor”   Wa alaikum mus salam. Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman. Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. Namun adakalanya kita bimbang ia adalah tanda-tanda awal bagi kanser payudara. Doktor akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebab pendarahan putting dengan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk melihat punca darah ... Read More »

Bahaya Bau Petrol pada Wanita Hamil

Wanita hamil yang kerap terdedah dengan pencemaran udara tahap tinggi mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mendapat anak yang mengalami autism. Banyak kajian saintifik mendapati wanita yang terdedah kepada bau dari minyak petrol yang mengandungi plumbum di udara mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mempunyai anak yang menghadapi masalah autism. Selain itu ia boleh menyebabkan keguguran di kalangan wanita yang hamil pada awal usia kehamilan. (rujuk: Golub, Mari S., ed. (2005). “Summary”. Metals, fertility, and reproductive toxicity. Boca Raton, Fla.: Taylor and Francis. p. 153. ISBN 978-0-415-70040-5). Selain dari petrol, saya nasihatkan juga wanita yang hamil supaya mengelakkan aktiviti yang berkaitan dengan sumber plumbum yang lain. Antaranya: 1. Air minuman yang dicemari plumbum. Plumbum boleh mencemari air jika ia melarut daripada paip lama. 2. Jika anda tinggal di rumah lama, ... Read More »

Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

    “Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?”   Wa alaikum mus salam.   Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan.   Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol.     Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi kanak-kanak yang diketahui penyebab serangan asthma inhaler boleh digunakan bagi mengelakkan serangan asthma.   Sebagai contoh jika seorang kanak-kanak diketahui sering diserang asthma ... Read More »

Jangan mudah berputus asa jika belum lagi hamil

  Bagaimanakah kehidupan pasangan suami isteri tanpa anak? Kita sering dengar seseorang itu memberi jawapan ‘tiada rezeki’ apabila ditanya mengapa belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin.   Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika seorang wanita itu telah bawah 35 tahun ke atas dan masih gagal untuk hamil selepas enam bulan mencuba.   Bagi wanita yang berusia 30an ke atas pula, tempuh masa selama setahun berkahwin sudah cukup untuk mereka menunggu dan segera mendapatkan rawatan.   Hanya dengan cara menghadiri kaunseling dan pemeriksaan doctor, seseorang wanita akan mengetahui sama ada dirinya menghadapi masalah sukar hamil atau ketidaksuburan atau tidak.   Antara perkara yang perlu diketahui oleh wanita itu ialah kaedah rawatan akan dicadangkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.   Banyak kaedah yang boleh ... Read More »

Membaca al Quran untuk merawat Gastrik

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu.   Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik.   Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang berlaku walaupun di peringkat permulaan. Ini kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan menyebabkan berlaku pendarahan dalam perut.   Sentisa berusaha dengan menjaga pemakanan. Jangan ... Read More »

Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?

    “Assalamu alaikum, doktor.  Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi.   Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan  pemeriksaan doctor.   Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan.   Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia dapat dilihat  pada faraj, sebagai satu bentuk daging yang menonjol keluar dari pintu kemaluan.   Jadi mustahil jika seorang bidan dapat memberitahu seorang wanita mengalami ... Read More »

Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?

      “Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.   Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.   Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini.   Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer.   Inhaler dan nebulizer bertindak pantas untuk memberikan kelegaan kepada pesakit yang diserang asthma. Jika tidak diberikan, ia boleh meragut nyawa.   Kesan ubat inhaler dan nebulizer ... Read More »

Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?

    “Assalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca  blog doctor dan saya rasa kenaikan berat 2 kg/sebulan adalah normal. Ketinggian saya 163 cm, dan BMI saya ideal. Adakah saya perlu melakukan MGTT?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mendapati BMI puan adalah ideal dan kenaikan 2 kg ketika berada trimester kedua adalah normal.   Jika puan tiada masalah lain, puan tidak perlu melakukan ujian MGTT.   MGTT hanya dilakukan untuk wanita yang berisiko tinggi, antaranya:   1. wanita yang obese (BMI lebih dari 30)   2. ... Read More »

Merancang anak lelaki pada haribulan genap

  “Doktor, saya mendengar satu petua bahawa jika mahu mendapat anak lelaki, pasangan itu haruslah menahan diri dari melakukan hubungan intim sehingga pada tarikh tertentu, biasanya haribulan yang genap dalam kalender Islam. Adakah petua ini boleh dipakai?”   Banyak kaedah penentuan jantina sebelum kehamilan yang pernah saya dengar dan kebanyakannya hanyalah gurauan. Tiada bukti saintifik yang menyokong petua ini. Jika ia berlakupun, ia hanya kebetulan.   Paling penting, kita perlu terima apa yang dikurniakan ALLAH setelah kita berusaha dengan betul kerana apa saja yang terjadi bukan dalam kawalan kita. Inilah takdir yang ALLAH tetapkan kerana ia adalah sebahagian ujian yang dijanjikan untuk setiap manusia.   Cuba bayangkan jika satu pasangan cuba mengamalkan petua ini dengan membataskan hubungan intim mereka semata-mata kerana mahu isterinya hamil anak lelaki.  Tindakan mereka adalah salah ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!