Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 30)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Kehamilan Blighted Ovum..

Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita.   Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik.   Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ‘blighted ovum’. Ia  berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk embryo,yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin.   Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil ‘tisu’ ini ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti ... Read More »

Kehamilan anggur

Assalamu alaikum, doktor. Saya telah berkahwin pada akhir tahun lepas. Pada awal tahun Januari 2012, isteri saya disahkan hamil tetapi isteri saya perlu membuat prosedur D&C kerana pakar sakit puan berkenaan memberitahu isteri saya hamil tetapi janin dalam rahem telah hancur. Keputusan makmal mengesahkan bahawa isteri saya telah mengalami ‘kehamilan anggur’. Apakah faktor-faktor perkara ini terjadi doktor? Terima kasih.       Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan takdir yang menimpa sudara dan isteri. Ini semua ujian ALLAH bagi menguji keimanan kita dan bagi mereka yang bersabar akan dibalas dengan kebaikan di akhirat sana. Saya juga  mengucapkan tahniah ... Read More »

Dusphaton dan Keguguran

  “As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan.     Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=1083.     ... Read More »

Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia

  Seorang rakan bertanya kepada saya, “Apakah ada kesan sampingan kepada kesihatan semasa gerhana bulan?”  Saya menjawab bergantung soalan itu ditanyakan kepada siapa.   Jika ditanyakan pada orang yang kuat berfahaman tahayul yang datangnya dari unsur Hindu dan peramal bintang, sudah tentu pelbagai kesannya kepada kesihatan, kekayaan dan perjalanan hidup.   Jika ditanyakan pada peminat pseudo-science, pelbagai hypothesis yang pelik2 dikeluarkan. Kalau nerdasarkan pembacaan saya terhadap journal perubatan, sesungguhnya tiada kesan sampingan kepada kesihatan secara nyata.   Saya percaya gerhana bulan lebih kepada tanda kekuasaan ALLAH yang mempunyai hikmah tersendiri agar kita menjadi manusia yang lebih taat.   Diriwayatkan oleh ... Read More »

Makanan yang boleh menyebabkan alahan

Hampir kesemua makanan mengandungi histamine. Histamine inilah yang akan menyebabkan seseorang pesakit asthma diserang asthma, pesakit yang mempunyai kulit yang sensitive akan mengalami dermatitis, urticaria, eczema dan psoriasis.   Jadi berhati-hatilah ketika memakan sesuatu makanan. Selalunya makanan yang sering menyebabkan alahan dan alergik pada seseorang ialah makanan laut, telur, kekacang dan coklat.   Tetapi ada beberapa makanan yang sering kita makanan juga mengandungi histamine, tetapi kadarnya terlalu sedikit.   Adakalanya seseorang yang memakan sesuatu makanan akan mengalami alahan walaupun dia telah biasa memakanan makanan itu sebelum ini.   Bagaimana ia boleh terjadi?   Sebenarnya kadar histamine dalam sesuatu makanan boleh ... Read More »

Rahem terbalik dan kesuburan

Assalamualaikum doktor. Saya telah berkahwin pada Jun 2007, namun sehingga sekarang sy masih lagi belum dikurniakan zuriat. Pada tahun 2010 saya telah berjumpa dengan pakar O&G dan diberikan ubat clomid. Semasa saya menggunakan ubat clomid saya mengalami kesakitan perut yg kuat sepanjang tempuh keluar darah haids. Doktor pernah mengesyaki saya mengalami endometriosis. Oleh kerana sakitnya keterlaluan, maka saya menghentikan menggunakan ubat clomid. Selepas berhenti, kesakitan saya juga berhenti namun untuk beberapa bulan sahaja. Saya mengalami senggugut yang kuat semula. Saya pernah melakukan pemeriksaan HSG dan keputusannya normal. Suami juga telah melakukan pemeriksaan air mani dan keputusannya normal juga. Saya pernah ... Read More »

Adakah haids saya normal?

Saya cuba rangkumkan soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya dari FB dan blog. Berapa lama biasanya pendarahan haids berlangsung? jawapan: 3-5 hari. Secara purata wanita mengalami haids selama 3-5 hari, tetapi ia juga normal antara 2 hingga 7 hari. Namun jika pendarahan haids melebihi dua minggu atau 15 hari, dinasihatkan agar berjumpa doctor. Berapa banyak seorang wanita kehilangan darah ketika haids? jawapan: 2 sudu makan Selalunya aseorang wanita mengetahui apabila darah yang keluar lebih banyak dari kebiasaan. Tanda pendarahan yang terlalu banyak ialah terpaksa menukar pad setiap jam untuk enam jam atau terdapat banyak ketulan darah beku yang keluar. Adakah jika ... Read More »

Vaksin BCG tidak berkesan

    “As Salam mu alaikum doktor, saya lengkap divaksinasi. Tapi baru-baru ini saya didiagnosa sebagai penghidap TB setelah saya batuk berterusan selama lebih dua bulan. Sekarang saya masih dalam rawatan. Alhamdulillah rawatan ini berkesan dan ia bertambah baik. Pertanyaan saya ialah mengapa walaupun saya telah divaksinasi, tetapi masih lagi dijangkiti oleh kuman TB”.   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar puan dipermudahkan oleh ALLAH untuk mendapat kesembuhan. Saya juga mengucapkan tahniah atas kesabaran puan menghadapi ujian yang ALLAH berikan.   Vaksin TB yang sekarang digunakan dikenali sebagai BCG (bacille Calmette-Guérin), yang diperkenalkan semenjak 1920an. Ia dibuat daripada bacteria ... Read More »

Clomid dan ketidaksuburan lelaki

Assalam mu alaikum doktor, saya ingin bertanya adakah clomid hanya boleh digunakan untuk kaum wanita sahaja? Ini kerana sebelum ini, saya dan suami isteri ada membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapati bahawa  resultnya suami saya mempunyai kekurangan sperma. Doktor menncadangkan suami saya mengambil ubat clomid selama 6 mnggu. Bila saya pergi ke farmasi, ahli farmasi itu memberitahu bahwa clomid hanya untuk wanita. Sekarang saya keliru.   Wa alaikum mus salam. Saya doakan puan bersabar dengan ujian yang diberikan dan tetap terus mencari kesembuhan.   Untuk pengetahuan puan, Clomid biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ini kerana clomid akan menggalakkan pengeluaran ... Read More »

Kematian bayi disebabkan oleh penyakit VACERL.

Salam doktor. Saya ada pertanyaan. Saya baru melahirkan seorang bayi perempuan pada pertengahan tahun ini, akan tetapi usianya tidak panjang meninggal selepas empat hari pembedahan jantung. Doktor mengesahkan anak saya mempunyai sindrom VACTERL. Boleh doktor terangkan lebih lanjut apa punca VACTERL? Adakah kemungkinan berlaku lagi pada kelahiran seterusnya? Terima kasih     Wa alaikum mus salam.     Semoga ALLAh berikan kekuatan dan kesabaran kepada puan dalam menghadapi ujian ALLAH. Saya doakan agar ALLAH mengampunkan semua dosa-dosa puan dan saya.     Saya tersentuh membaca ketabahan puan menghadapi semua ujianNYA. Saya percaya ALLAH ‘menyimpan’ anak puan dalam lindunganNya dan berada ... Read More »

UPT Kabur: Adakah saya hamil?

  “Assalam mualaikum doktor, saya telah menjalankan ujian UPT sendiri di rumah, dan menunjukkan tanda positif iaitu ada 2 jalur yang muncul dalam masa 3 minit. Apabila saya pergi ke klinik, saya menjalani pemeriksaan UPT semula dan doktor mengatakan bahawa keputusannya samar, lalu meminta saya dating semula selepas dua minggu. Mengikut pengiraan saya, saya telah hamil enam minggu dan sepatutnya doctor sudah dapat mengesan kehamilan saya menggunakan ultrasound. Saya juga mengalami rasa loya dan pening. Biasanya kalau hamil, saya juga mengalami perasan yang serupa. Adakah saya hamil?”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya berkemungkinan besar puan hamil kerana ... Read More »

Darah Nifas

Definisi Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Tempoh Nifas Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar ... Read More »

Penggunaan ubat Smecta dalam ceret beret

  Ceret-beret atau diarrhoea adalah antara yang masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan bayi. Gejala yang biasa diadukan oleh penajaga atau ibubapa ialah bayi atau kanak-kanak membuang air besar yang kerap dan cair, ada kalanya bercampur dengan lendir dan darah, dan kembung perut.   Dalam kes yang agak serius ibubapa dan penjaga mengadu anak mereka mengalami demam, sakit perut, muntah dan tidak boleh makan atau minum.   Tanda-tanda yang lebih teruk ialah apabila gejala yang dihadapi oleh bayi atau kanak-kanak berlangsung melebihi 48 jam, dan mereka tidak lagi aktif.   Banyak punca ceret beret di kalangan kanak-kanak dan bayi. ... Read More »

Tidak rugi membantu orang

  Gambar hiasan Pagi ini saya agak lambat sedikit ke tempat kerja. Badan rasa tidak berapa sedap. Mungkin perubahan cuaca dan serangan virus yang menyebabkan tekak saya agak perit, berkahak dan rasa mahu demam.   Tetapi kerja macam saya mana boleh MC dengan mudah. Siapa mahu menggantikan tempat saya?   Jadi mahu atau tidak terpaksalah saya menguatkan semangat, bangun dan meneruskan kehidupan.   Selepas menghantar anak ke rumah ibubapa saya untuk dijaga, saya bergegas ke tempat kerja.   Memang agak lambat, tetapi masih tiada pesakit menunggu.   Saya bergerak ke warung di bawah pokok untuk membeli sarapan. Bungkus sahaja untuk ... Read More »

Ubat penahan sakit dan keguguran

“Doktor saya sering mengalami sakit kepala dan telah didiagnosakan oleh doctor sebagai migraine. Kadang kala saya tidak tahan menanggung sakit kepala saya, seolah-olah ada batu berat yang berada pada kepala saya. Adakalanya saya rasa mahu menghantukkan kepala saya bagi mendapatkan kelegaan. Sakit kepala sangat mengganggu kerja saya sehingga saya terpaksa MC beberapa hari dalam sebulan. Nasib baik saya menjalankan perniagaan sendiri. Doktor yang merawat saya telah memberikan ubat penahan sakit bagi meredakan sakit kepala saya. Ia sangat mujarab. Setiap kali saya sakit, saya akan cepat-cepat menelan ubat itu. Jika tidak saya akan menaggung sakit kepala sepanjang hari. Baru-baru ini seorang ... Read More »

Kekeringan faraj ketika hubungan intim

“Assalamu alaikum. Terlebih dahula saya mohon maaf kerana soalan saya agak sensitive. Oleh kerana masalah ini agak besar, saya harap doctor dapat menjawabnya dengan lapang dada. Saya berumur 43 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Masalah saya ialah saya tidak seronok lagi untuk melayan suami saya di ranjang. Setiap kali suami saya menghampiri saya, saya rasa trauma dan fobia. Ini kerana setiap kali beliau memasukkan batang zakarnya, saya merasai sakit. Saya telah memberitahu hal ini kepada beliau, tapi beliau agak tidak perduli dan tergopoh-gapah. Setiap kali lepas bersama saya akan merasa sakit ketika mandi membersihkan kemaluan atau sedang kencing. Bagaimana ... Read More »

Pembedahan ‘Knee Replacement Surgery’

  Ramai di kalangan orang Melayu yang agak spektikal bila disebut ‘pembedahan ganti lutut’. Saya boleh faham perasaan sebegitu. Kita sanggup menderita menanggung kesakitan pada sendi lutut ketika sedang tidur daripada menjalani pembedahan. Pembedahan ganti lutut adalah pembedahan yang sangat mengerikan.   Pada zaman sekarang, sakit sendi lutut bukan saja dialami oleh orang tua, tetapi juga orang muda yang aktif bersukan, wanita yang berumur dan individu yang obese.     Penyakit lutut, yang dikenali sebagai osteoarthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit akibat sendi semakin lusuh) yang melibatkan struktur dalam sendi iaitu tulang rawan cartilage dan ligament yang berada dalam sendi.   ... Read More »

Eczema atau Psoriasis?

“Doktor, saya sekarang menjadi keliru.” “Mengapa pula?” “Ada doctor kata saya mengalami sakit eczema, ada yang kata saya kena psoriasis” kata pesakit saya sambil menunjukkan ruam merah di tangannya. “Sudah lima orang doctor, saya jumpa. Yang peliknya semua berikan ubat yang serupa. Ubat sapu, ubat pil gatal dan ubat pil alahan” “Mana satu yang betul, doctor?” Saya memeriksa semula ruam yang dialami beliau. “Ubat untuk eczema dan psoriasis  adalah hampir sama kerana kedua-duanya berpunca dari alahan pada kulit. Jangan risau tentang itu” “Yang penting ubat-ubat itu harus mengikut nasihat doctor kerana ubat-ubat ini mengandungi steroid bagi mengurangkan tindakbalas alahan. Jadi ... Read More »

Suplemen Glucosamine dan Chondroitin untuk pesakit arthritis lutut

Seorang rakan FB, seorang wanita berusia 50an mengadu bahawa dia mengalami alahan pada ubat penahan sakit NSAID. Dia sekarang mengalami sakit sendi lutut yang keterlaluan. Setiap pagi dia mengalami masalah untuk membengkokkan sendi lututnya.   Doktor yang memeriksa beliau mengatakan beliau mengalami arthritis lutut, osteoarthritis (OA). Dia bertanyakan kepada saya tentang pilihan yang beliau ada untuk mengurangkan rasa sakit sendi lututnya setiap pagi.   Penyakit osteoarthritis  selalunya berlaku akibat peningkatan umur. Oleh itu ia selalu disebut sebagai penyakit “degenerative”, dan mula dikesan apabila seseorang mengalami sakit (pada sendi atau pada tulang belakang), rasa sukar menggerakkan sendi (“stiff joints”) atau mengalami ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat ... Read More »

Pesakit Jantung boleh memanfaatkan Q10

As salam mu alaikum, doctor saya mohon penjelasan, kakak saya berumur 38 tahun, baru keluar dari wad pesakit jantung, kerana doktor mengesyaki beliau mengalami masalah kerosakan injap jantung. Namun begitu temujanji bagi echocardioscan hanya dilakukan pada bulan April 2013. Ubat apa yang perlu diambil untuk menguatkan injap jantung beliau? Wa alaikum mus salam, Saya berharap kakak puan bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan kerana di sebalik ujian ini ALLAH mahu berikan banyak kebaikan yang tidak dapat kita fikirkan. Saya juga berdoa agar ALLAH juga permudahkan usaha puan dan kakak puan untuk mendapatkan kesembuhan. Saya percaya doktor pakar jantung telah memberikan ubat-ubatan ... Read More »

Dos Vitamin C yang dibenarkan?

Ramai yang keliru dengan dos vagi vitamin C yang selamat diambil setiap hari. Jika kita melihat  label pada botol suplemen Vitamin C yang dijual di farmasi, kita kadang kala juga menjadi keliru Ada yang melabelkan sebagai 200mg, da nada yang mencecah 500mg bagi setiap tablet pil. Malah ada yang mencecah 1000 mg. Saya tidak menafikan masih terdapat perdebatan di kalangan ahli sains mengenai dos yang dibenarkan untuk mendapat manfaat yang terbaik bagi mengekalkan kesihatan manusia. “Linus Pauling Vindicated; Researchers Claim RDA For vitamin C is Flawed” (Press release). Knowledge of Health. July 6, 2004. Walau bagaimana pun, mengikut North American ... Read More »

Bahaya Mengambil Vitamin C secara berlebihan?

Saya terperanjat apabila ada beberapa orang ‘pesakit’ yang datang ke klinik. Mereka sebenarnya bukanlah mengalami apa-apa penyakit, cuma meminta saya menyuntikkan vitamin C secara intravenous (masuk terus ke dalam darah). Saya melihat dose ampule suntikan itu, dan menggeleng kepala. Dos vitamin C dalam ampule agak tinggi,  sedangkan dos yang biasa dicadangkan adalah lebih kurang dari 100 mg saja. “Apa keperluan puan menyuntik sebegini banyak vitamin C ke dalam tubuh?” “Untuk kecantikan kulit, doktor..” “Tapi adakah doktor yang menjualkan produk ini memberitahu tentang kesan sampingan dan bahayanya?” “Bahaya ke doktor kalau menyuntik vitamin C?” Kesian kerana dia tidak pernah terfikir akan ... Read More »

Bahaya ubat Epilim (sodium valproate) ketika hamil

  Assalamualaikum doktor, maaf mengganggu. Sekarang saya sedang hamil anak pertama 5 minggu. Saya didiagnosakan sebagai pseudoseizure dan diberikan ubat Epilim 200 pada usia 13 selepas kemalangan jalanraya. Apabila memasuki university saya tidak pernah mendapat serangan epilepsy dan doktor telah mula kurangkan dosnya. Sekarang saya tidak lagi menggunakan pil itu. Saya ingin bertanya jika saya masih berisiko untuk mengalami komplikasi ubat itu ketika hamil.   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil.   Untuk pengetahuan puan, ubat Epilium yang diberikan doktor mengandungi bahan aktif sodium valproate, yang digunakan untuk merawat epilepsy (sawan).   Dalam ... Read More »

Psoriasis boleh diwarisi?

Salam doctor, Saya bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan saya menghidap penyakit kulit yang serius iaitu Psoriasis selama 10 tahun, terutama pada kaki, badan dan kulit kepala. Adakah bakal zuriat saya nanti akan mengalami psoriasis juga ? Adakah ia penyakit genetik ? Sekian .   Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh pasangan puan dan mengucapkan tahniah atas kesabaran beliau menghadapi ujian itu selama ini.   Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan puan kerana ia adalah kebarangkalian yang belum dapat dipastikan.   Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan ... Read More »

Craniosynostosis – Kecacatan tulang tengkorak

As salam mu alaikum doktor, saya ada 2 org anak yang mempunyai masalah CRANIOSYNOSTOSIS yang berumur 1tahun 8bulan dan sorang lain berusia 8 bulan. Saya mohon pendapat doktor, kenapa masalah ini tidak boleh dikesan semasa hamil & adakah saya akan mendapat bayi yg ada masalah yang sama jika saya hamil semula? Harap doktor dapat membantu .   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar menghadapi ujian dari ALLAH.  Sabar adalah ubat bagi hati dan motivasi yang kuat untuk kita semua.   Dalam al Quran, ALLAH berfirman : “Orang-orang yang bersabar ... Read More »

Air tuban atau air kencing?

“Assalamu alaikum.. Saya hamil 20 minggu. Bila saya batuk atau bersin kuat, saya perasan seluar dalam saya akan basah. Walau bagaimana pun ia tidak sering belaku. Saya sangka ia disebabkan ‘leaking’ air tuban. Tetapi bidan terlatih mengatakan ia bukan air tuban. Saya keliru..”   Wa alaikum mus salam. Agak sukar untuk menentukan sama ada cecair yang keluar itu adalah air tuban atau air kencing. Kalau mahu menilai dari segi fizikal, air kencing mungkin lebih berbau lebih hancing. Tetapi ia bukanlah suatu kemestian, kerana kuantiti air kencing yang sedikit ada kalanya tidak bersifat hancing. Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doctor ... Read More »

Bayi mempunyai kembar di dalam abdomennya.

  “Mulanya disangka ketumbuhan di abdomen pada bayi berusia dua bulan, rupanya ‘ketumbuhan’ itu adalah kembarnya”, begitulah berita yang dikeluarkan dalam akhbar di Pakistan yang say abaca secara on-line.   Sekumpulan pakar bedah kanak-kanak (paediatric surgeons)di Hospital Kanak-kanak,  Pakistan Institute of Medical Sciences (PIMS), berjaya melakukan pembedahan pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 pada seorang bayi yang disangka mengalami ketumbuhan dalam abdomennya.   Pembedahan yang dijalankan selama tiga jam yang diketuai oleh Professor Zaheer Abassi, ke atas bayi yang bernama Amna, anak perempuan kepada Lakhmir Khan, dilahirkan dengan perut yang membesar. Sebelum ini, bayi ini mengalami ceret beret dan muntah semenjak ... Read More »

Kesan Coenzyme Q10 Pada Riadah Sukan

Saya bersama seorang rakan lama yang meminati sukan berbasikal jarak jauh. Sudah banyak wang yang dilabur untuk minat ini. Dia mengadu rasa cepat penat ketika berkayuh, berbanding dengan rakan-rakan pengayuh yang muda. Faham-faham sajalah apabila umur sudah memasuki 40an. “Doc, bolehkah saya ambil suplemen untuk menambahkan kekuatan tenaga saya?” Saya cuba menduga beliau. “Suplemen apa ?” “Anabolic steroid..!” “Bro, itu bukan suplemen. Itu racun… bahaya kalau gunakan tanpa pemantauan” Saya menggeleng-gelengkan kepala. Seorang rakan bina badan mengalami kesukaran untuk menimang cahaya mata setelah berbelas tahun berkahwin, mungkin akibat suntikan steroid anabolic yang diambil untuk memperkasakan tubuhnya. “Apa pilihan yang i ... Read More »

Debaran mengganggu perasaan

    “Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan ... Read More »

Migraines tidak menyebabkan kegemukan

    Wanita yang penghidap migraines tidak mempunyai risiko untuk mengalami risiko menjadi gemuk, walau pun secara teorinya, migraine menyumbangkan ke arah kegemukan secara tidak langsung. Antara sebabnya ialah kerap sakit kepala  menyebabkan seseorang tidak dapat melakukan riadah.     Satu kajian yang dilakukan oleh Department of Medicine, Brigham and Women’s Hospital, Harvard Medical School, Amerika Syarikat, mendapati wanita penghidap migraine mengalami peningkatan purata sebanyak 4.5 kg, sama seperti wanita yang tidak menghidap migraine selepas 13 tahun.   Kajian ini melibatkan 19,162 wanita yang bekerja sebagai ‘professional kesihatan’ yang berumur 25 tahun ke atas, dan mempunyai berat yang normal (BMI<25). ... Read More »

Ubat lactulose untuk mengatasi sembelit

Lactulose adalah gula synthetic yang digunakan  untuk merawat sembelit yang teruk (chronic constipation).   Cernaan lactulose, carboxylic acid,  yang dihasilkan  oleh bakteria pada hujung saluran usus besar (colon), tidak dapat diserapkan  ke dalam usus malah  menyebabkan air bertambah banyak di dalam najis dan menjadikannya lembut.   Lactulose juga digunakan untuk merawat buasir (hemorrhoids) kerana najis yang lembut, mudah dikeluarkan tanpa perlu meneran.   Lactulose juga dianggap sebagai prebiotic kerana ia menggalakkkan perkembangan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium dalam usus dan secara tidak langsung mengurangkan perkembangan Escherichia coli dan Staphylococcal dalam najis.   (rujuk: Shukla, S.; Shukla, A.; Mehboob, S.; ... Read More »

Haramkan loket radioaktif

  Saya pernah menulis isu bahaya memakai loket  yang dibeli dengan harga mahal tetapi tidak mempunyai manfaat kesihatan. Malangnya saya diserang , diugut untuk disaman dan dicaci maki dalam FB. Saya dituduh menyekat rezeki orang. Tidak kurang yang mengatakan saya menfitnah.. Padhal pada waktu itu saya hanya mahu berkongsikan info dari salah seorang ‘orang kuat’  Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) Malaysia.   Saya masih ingat malam itu saya dibuli secara mental oleh penjual-penjual loket  itu (dari salah satu syarikat MLM), secara beramai-ramai. Sehingga 4 am saya masih menerima kutukan dan cacian, sehingga isteri saya menasihatkan saya agar memadamkannya kerana emosi ... Read More »

Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

  Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Wa alaikum mus salam.   Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk.   Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan. ... Read More »

Kaitan migraine dan stroke

Kaitan migraine dan stroke   Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa terdapat berita yang mengatakan bahawa kebarangkalian orang yang menghidap migraine untuk diserang stroke,  dua kali ganda lebih tinggi dari orang yang tidak mengalami migraine. Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita.   Berita yang dikeluarkan oleh Reuters Health pada 2 Jun 2010 ini mengejutkan ramai pesakit migraine terutamanya wanita.  Ia dilapor memetik satu artikel dalam journal terkenal American Journal of Medicine. Walau bagaimana pun saya cuba mencari pautan journal tersebut tetapi gagal. Pautannya terputus.   Sebelum ini banyak kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat perubatan mengenai kemungkinan pesakit migraine diserang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!