Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 20)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Anak sengau

  “Salam doctor. Saya mempunyai anak berusia 7 tahun dan baru memasuki sekolah. Beliau mempunyai masalah sengau. Apakah punca sengau dan perlukah beliau menjalani pembedahan? Mohon perncerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan anak puan. Masalah sengau haruslah diatasi segera kerana selalunya kanak-kanak sebegini mempunyai rasa rendah diri dan sering menjadi mangsa buli.   Apabila seorang bercakap antara satu sama lain, pertuturan berlaku ketika bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui mulut atau hidung.   Bunyi yang keluar dari hidung ialah bunyi ‘m’, ‘n’, ‘ng’ dan ‘ny’. Bunyi selain dari ini dihasilkan dari mulut.   Jadi sekiranya, bunyi ... Read More »

Sakit pada kerandut zakar

  “Salam doctor. Saya berumur 40an dan berbadan gempal. Baru-baru ini saya mempunyai masalah rasa senak di kerandut zakar saya. Adakah ini tanda awal bagi penyakit berbahaya? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kesakitan pada kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar (testis) dan struktur di sekelilingnya.   Punca sebenar sakit itu hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor.   Antaranya adalah:   1. Jangkitan kuman pada pundi epididimis (epididymitis) atau buah zakar (orchitis).   2. Kecederaan pada kerandut buah zakar seperti tertendang.   3. Batu karang pada ginjal dan bergerak dalam saluran ureter. 4. Belitan pada saluran ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari ... Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. ... Read More »

Sesak bernafas tetapi bukan asthma

  “Assalamualaikum doc. Saya mohon pencerahan mengenai kawan saya yang sering mengalami sesak nafas pada waktu malam. Pada mulanya dia ingatkan cuma serangan asma sbb dia memang ada penyakit asma. Tetapi bila ke hospital, doctor cakap dia bukannya asma tetapi mengalami masalah oksigen terlebih. Boleh saya tahu apakah punca dan cara mengatasinya. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sebenarnya sukar untuk saya memberikan pendapat dalam hal ini kerana saya tidak memeriksa beliau.   Namun begitu doctor yang memeriksa beliau telah mengesahkan bahawa beliau ketika itu tidak mengalami serangan asthma, cuma mengalami lebihan oksigen dalam paru-paru dan darah.   ... Read More »

Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Ulat Bagi Pesakit Luka Kronik

  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:   Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat:   فَقَالُوْا: “يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى؟” قَالَ: “تَدَاوَوْا، عِبَادَ اللهِ! فَإِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً. ... Read More »

Demam yang lambat sembuh

  “Salam dr. Ibu saya sedang demam dan sudah dibawa untuk pemeriksaan doctor. Beliau telah mengambil ubat yang telah diberikan. Pada mulanya, demamnya macam sudah kebah tetapi kemudian panas semula. Semalam dan pagi ini suhu badan dia kadang kala sejuk kadang kala menjadi panas. Adakah normal? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Demam yang berulang adalah sesuatu yang bukan normal. Selagi belum belum mendapat kesembuhan, selagi itu ubat perlu diberikan.   Namun begitu ubat yang diberikan hanyalah asbab untuk kesembuhan. Kena yakin bahawa ALLAH yang menyembuhkan. Namun ALLAH meminta kita berusaha mendapat kesembuhan tanpa mengurangkan keyakinan kepadaNYA.   ... Read More »

Thyroid dan suplemen

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya tentang penyakit thyroid. Saya mengalami penyakit hyperthyroid sejak tahun lepas. Harap doktor dapat memberi nasihat kepada saya dan manfaat pada yang lain. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Masalah hyperthyroidisme agak kompleks dan saya hanya memberikan pandangan saja. Puan harus berbincang dengan doctor yang merawat.   Terdapat beberapa rawatan untuk hipertiroidisme yang diberikan oleh doctor, bergantung kepada umur, keadaan fizikal dan keterukan penyakit puan.   Selalunya doctor akan memberikan ubat anti- tiroid. Ubat-ubatan ini secara beransur-ansur mengurangkan tanda-tanda hipertiroidisme seperti berdebar-debar, dan rasa mudah panas ... Read More »

Implanon dan Kitaran haid tidak menentu

  “SALAM… Dr Zubaidi, saya hendak bertanya sikit, semasa anak saya baru berumur 4 bulan dan saya sudah pasang implan untuk merancang keluarga. Pada mulanya saya mencuba suntikan sebanyak 2 kali, kemudian saya terus ke LPPKN untuk memasang implan. Masa saya pasang saya perasan ada datang haid sikit saja. Kemudian selepas dua kali, haid saya mula tidak datang langsung. Kini anak saya berumur 1 tahun 1 bulan. Saya bimbang hal ini akan menjejaskan kesihatan saya. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Doktor biasanya akan menggunakan alat perancang keluarga yang dimasukkan ke bawah kulit lengan puan, sama ada Nexplanon ... Read More »

MENIPU DIRI SENDIRI

  1. Ramai diantara kita yang berdusta terhadap diri sendiri untuk mengelakkan bebanan menerima kebenaran yang mungkin tidak menyenangkan kita.   Kita lebih gemar mengelakkan dari memikir masalah yang kita hadapi dan berusaha mengatasinya. Lalu kita cuba menlukan masalah yang tidak diselesaikan sehingga ia menjadi bertambah besar.   Ia selalu berpunca apabila kita menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa masalah itu tidak penting, boleh ditangguhkan atau akan selesai dengan sendiri.   Sebagai contoh, ramai yang mengalami sakit dada serta dalam keluarga (contoh ayah dan bapa saudara pernah diserang dengan serangan sakit jantung-myocardical infarction), namun kita menangguhkan pemeriksaan jantung dengan memujuk ... Read More »

Vitamin C dan pH asidic boleh menyebabkan ketidaksuburan

“Salam doktor, Saya sedang merancang untuk hamil tapi pada masa yang sama saya selalu demam dan selsema. Jadi doktor sarankan saya untuk mengambil supplement Vitamin C Sandoz. Jadi soalannya, bila saya mengambil vitamin C, ianya boleh membuatkan cervical mucus sy jadi acidic kah? Sebab saya pernah terbaca untuk pregnant, cervical mucus haruslah bersifat alkaline. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang benar bacaan PH pada dalam faraj adalah sedikit berbeza daripada bacaan pH pada badan kerana ia dipengaruhi oleh kitaran haid dan hormone yang dikeluarkan. Oleh itu secara semulajadinya semasa ovulasi, bacaan pH faraj perlu berada dalam lingkungan ... Read More »

Wanita tanpa rahem

  “Assalammualaikum doktor, saya ada kemusykilan. Adakah seorang wanita yg menghidap sindrom MRKH (Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser syndrome) yang tidak mempunyai organ reproduktif dari bahagian serviks ke atas (maksudnya hanya blind vaginal), berkemungkinan untuk hamil?   Di malaysia ada tidak pembedahan pemindahan rahim? Sekiranya ada berapa anggaran kos? Syukran doktor. Jazakallahu khairan kasira.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Individu yang mempunyai masalah Sindrom Mayer – Rokitansky – Küster – Hauser ( MRKH  Syndrome) adalah individu yang istimewa, yang ALLAH pilih.   Saya percaya jika dia redha dan bersabar dengan keadaannya, pasti ALLAH memberikannya syurga.   MRKH Syndrome ini adalah masalah genetik yang ... Read More »

Hamil berpanjangan melebihi 40 minggu

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah ... Read More »

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

  “Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula.   ALLAHU AKBAR !!.   Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya.   Berapa besar risiko ini ... Read More »

Haid tidak menentu selepas melahirkan anak,

  “As salam mu alaikum. Dr, saya baru melahirkn anak bulan September 2013. Saya hanya datang haid pada Jan 2014 sekali saja. Sampai sekarang bulan April, saya belum kedtangan haid lagi. Ujian UPT saya negatif dan saya mengambil pil perancang keluarga. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih” Dr Zubaidi Hj Ahmad WA ALAIKUM MUS SALAM Untuk mendapat kitaran haids yang normal seperti kitaran haids sebelum hamil, akan mengambil masa yang lebih lama kerana wanita-wanita sedang mengalami perubahan hormone dan tubuh mereka sedang mengatur semula ketidakseimbangan ini. Namun ini semua bergantung pada individu. Jadi jika darah haids yang keluar sama ada terlalu ... Read More »

Merancang Tidak Hamil Tanpa Pil dan Suntikan

  Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur.Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 ... Read More »

Hari terbaik untuk melakukan hubungan intim

Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Dan ALLAh hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid. Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan ALLAh mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri. Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari selepas hari subur, maka seorang isteri mem[unyai peluang yang cerah untuk hamil. Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama suami pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid untuk ... Read More »

Kitaran Haid yang normal

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari. Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah: Hari 1-7 Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan. Hari 7-14 Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan ... Read More »

Adakah makan buah-buahan akan menambahkan gula dalam darah wanita yang hamil

  “Assalamu alaikum doktor,  saya ada pertanyaan mengenai kadar gula yg terkandung dalam buah-buahan seperti mangga, ciku dsb.  Adakah dengan mengambil buah-buahan ini juga akan meningkatkan kadar gula dalam badan, sekaligus meningkatkan bacaan gula semasa ujian BSP bagi wanita hamil?  Mohon penjelasan, terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita hamil perlu disaring untuk mengesan penyakit kencing manis semasa hamil dengan mengambil kira sejarah perubatan wanita itu.   Setelah seorang wanita itu risiko mengalami penyakit  itu, ujian Ujian Toleransi Glukosa akan dilakukan dengan meneriksa  kandungan gula wanita itu sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum makan malam dan ... Read More »

Banyakkan amalan dengan menunjukkan amalan yang baik

Saya percaya amalan-amalan kecil yang kita lakukan memberikan kepuasan pada diri seperti membayar harga kopi kepada orang yang minum di hujung kedai dan kita tidak kenali, memegang pintu untuk orang asing, memberikan senyum kepada penjaga tol atau cashier, membantu mengambilkan barang ayng terjatuh dan pelbagai amalan kecil kepada orang asing yang kita tidak kenali. Tanpa keita sedari atau kita hendaki, orang yang kita bantu itu selalunya akan mengingati perbuatan baik kita dan mungkin untuk mendoa kita semula. Saya pernah berjumpa seorang doctor siswazah di sebuah konvensyen perubatan. Ketika sedang menghirup expresso bersendirian, seorang anak muda yang baru saja menjalani latihan ... Read More »

Pendarahan haid yang lama menyebabkan mudah letih

  “Assalammualaikum dokter. Saya mempunyai isteri yg sering mengalami pendarahan haid yg byk setiap bulan semenjak remaja. Masalahnya dia akan keletihan sepanjang hari sehingga mc setiap kali period. Apakah supplement atau makanan yg dapat membantu mengatasi keletihan ini. Bulan 1 yg lepas dia baru menjalani laparskopi utk membuang normal cyst sebesar 4cm. Harap dokter dpt membantu. Terima kasih.”       WA ALAIKUM MUS SALAM     Pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan kekurangan sel darah merah (anemia) sehingga puan mengalami rasa penat dan mudah letih.     Saya percaya tentu isteri tuan telah menjalani pemeriksaan darah untuk menentukan tahap ... Read More »

Makan tapai ketika hamil

  “As salamu alaikum  doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.   Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar mengambil makanan yang mempunyai alkohol ... Read More »

Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah “haram ” mengikut syariat Islam.   Tidak semua makanan yang mengandungi alcohol tidak dibenarkan.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi, cider buah-buahan termasuk epal. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian ... Read More »

Produk kosmetik dari bahan plasenta haiwan

  “Assalamu alaikum, doctor. Betul ke placenta yang digunakan di dalam kosmetik diharamkan dalam Islam, walaupun ia menggunakan placenta (uri) dari lembu atau biri-biri? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia, penggunaan uri atau plasenta yang berasal dari haiwan yang halal dimakan dan disembelih untuk bahan kosmetik luaran dan ubat sapuan hukumnya mubah (dibenarkan).   Namun, jika penggunaan plasenta berasal dari bangkai hewan halal (binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih dengan cara yang tidak sesuai dengan ketentuan syar’i) hukumnya haram.   Hukumnya sama seperti penggunaan soft gel yang diperbuat dari ... Read More »

Apakah itu Perubatan Islam?

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, saya ada saudara yang menganggap bahawa kita tidak patut mengambil berubat dengan ubat-ubat yang lain dari yang Nabi s.a.w dah ajar. Dia kata perubatan Islam seperti ubat-ubat nabi sudah sempurna. Ubat-ubat hospital atau orang putih itu tidak sesuai dengan orang Islam. Orang Islam patut pegang ubat Islam, bukan ubat kafir. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini? Maslina, Jerantut. Jawapan Dr MAZA: Maslina, sikap saudara puan/cik yang ingin menghayati ajaran Nabi s.a.w itu amatlah baik. Namun, beliau memerlukan kefahaman terhadap Islam yang lebih jelas dalam ... Read More »

Bolehkah wanita hamil makan sushi?

“Assalamualaikum dr, saya ingin bertanya tentang wanita hamil yg suka makan sushi. sy diberitahu, bahawa wanita hamil tidak boleh makan ikan mentah. sejak kebelakangan ini saya yg hamil 6 bulan suka makan sushi. adakah ia akan memberi kesan kepada bayi dan kesihatan? saya terfikir bagaimana pula dgn org jepun, adakah wanita mereka tidak makan sushi ketika hamil? selalunya saya akan ke restaurant jepun yg halal atau ke ISETAN utk membeli sushi dimana sy rasa mereka menyediakan makanan yg bersih dan halal. Harap doc dapt memberi pencerahan dan informasi. terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Susah saya hendak menyatakan ... Read More »

Payudara tidak mengeluarkan susu setelah pembedahan Ceserean

  “Salam. Doktor, saya baru melahirkan anak dua hari lepas secara pembedahn Ceserean. Saya mendapati bahawa payudara saya tidak mengeluarkan susu yang banyak. Hanya sedikit saja itu pun agak pekat. Kemudian tidak keluar langsung. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang puan berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.   Kolostrum juga kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi.   Susu ibu yang sebenarnya akan keluar kira-kira ... Read More »

Payudara kecil menyebabkan susu sedikit?

  “Salam doctor. Saya seorang ibu yang menyusukan anak kembar saya berumur 6 bulan. Masalah saya ialah saya mengalami kekeringan susu dan saya merasakan bahawa saya tidak cukup untuk memberikan susu kepada kedua orang anak kembar saya.   Saya bertubuh kecil 150cm dan mempunyai payudara yang bersaiz C saja. Adakah saiz payudara saya mempengaruhi susu yang dihasilkan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana puan mempunyai dua orang anak kembar. Itlah rahmat ALLAH.   Namun setiap rahmat dan rezeki yang ALLAH berikan, ada juga ujian yang disertakan, bagi melihat siapakah di antara kita yang baik amalannya.   ... Read More »

Perubahan Payudara ketika Hamil

  “Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya hamil 32 minggu dan saya mendapati bahawa payudara agak tegang dan kawasan sekitar nipple saya berwrana lebih gelap dan terdapat banyak bintik-bintik kecil disekitarnya. Adakah ini bahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan risau atas perubahan payudara yang puan alami. Ia adalah perubahan yang normal dan semulajadi. Sebaik sahaja puan hamil, payudara puan akan mula mengalami perubahan bagi menyiapkan payudara puan mengeluarkan susu. Oleh itu tanda seorang wanita sedang hamil adalah payudara mereka menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan wanita itu. Walau bagaimana pun ia bukanlah ... Read More »

Tidak semua pesakit perlukan ubat

        Saya pernah bertanya kepada seorang doktor junior semasa buat ‘round’ pada awal pagi di ward bedah.       Beliau adalah doctor Cina yang baru graduasi dari Australia. Cantik. Dan lulus dengan cemerlang.       “How do you define ‘patient’?, Dr Choo”       “Person who come to hospital with disease?” jawabnya ringkas, tetapi berupa pertanyaan semula.       Dia amat menghormati saya walaupun saya hanya graduasi dari India. Mungkin cara beliau dididik dalam keluarga. Atau mungkin dia melihat saya banyak membantu beliau melakukan kerja-kerja wad.       “Do you know, few ... Read More »

Ubat Imodium mengandungi Kapsule Gelatin Babi ditarik balik

        Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengarahkan syarikat pemegang pendaftaran ubat cirit-birit Imodium Capsule yang disahkan mengandungi unsur babi supaya menarik balik produk itu dari pasaran.       Arahan tersebut dibuat selepas siasatan syarikat itu sendiri mendapati terdapat perubahan pada sumber gelatin yang digunakan oleh pembekal daripada bovine only source (lembu) kepada campuran lembu dan porcine (babi).       Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, pihak pembekal bagaimanapun tidak memaklumkan kepada pengilang dan pemegang pendaftaran ubat berkenaan mengenai perubahan dalam ramuan ubat tersebut.       “Kami sudah meminta mereka tarik ... Read More »

Jangan terlalu ego dengan ilmu di dada

  Seorang doktor pakar terpaksa menaiki sebuah bot melintasi sebuah sungai yang panjang untuk pergi ke sebuah rumah pesakit. Dalam perjalanan yang agak lama, dia bercerita kejayaannya merawat pelbagai jenis penyakit kepada orang-orang di sekeliling. Ada yang hampir mati, berjaya sihat dengan rawatan diberi. Ada yang hampir buta dibantu dengan pelbagai pembedahan. Pakcik pemandu bot bertanya, “bolehkah doktor memberitahu pakcik mengapa mata pakcik kuning ni..” Doktor itu memeriksa mata pakcik dan tersebut, dan memberitahu “Ini jaundice. Pakcik tahu apa jaundice..?” Pakcik itu menjawab “Saya tidak tahu..” “Oh bahaya pakcik. Penyakit ini jika disebabkan oleh hepatitis B, pakcik akan mati dalam ... Read More »

Pesakit penagih dadah saya yang berubah ..

Seorang doktor siswazah bertanyakan saya, bagaimana memberikan dakwah kepada pesakit. Saya agak terperanjat kerana saya bukannya ustad yang mendalami usul dakwah. Saya diam dan memberitahu “Tunjukkan akhlak yang baik”. Orang yang sakit selalunya mempunyai pelbagai perasaan dalam minda mereka. Mereka mahu dibantu secara fizikal, mental dan spiritual. Semasa saya bekerja sebagai doktor siswazah dulu di Hospital Sultanah Aminah, saya pernah membantu seorang pesakit saya berusia 20an yang terbakar akibat kejutan eletrik kerana cuba mencuri pendawaian elektrik dalam bangunan terbengkalai. Beliau terkial-kial mencapai sudu di atas meja di sebelah beliau. Saya membantu beliau dan dapat menyuapkan beberapa sudu bubur ke mulut ... Read More »

Perlukah Mengepam Susu di Tempat Kerja?

    “Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi.   Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti.   Cuma ... Read More »

Mudharatkan bayi dalam rahem jika ibu hamil muntah keterlaluan beberapa hari?

  Loya dan muntah ketika hamil tidak akan mengancam bayi anda jika ia tidak serius dan puan masih lagi dapat menyimpan sedikit makanan dan minuman yang dimakan dalam perut.   Jika puan tidak mampu menelan makanan yang seimbang kerana tidak berselera dan amat loya, puan boleh makan apa saja yang puan mampu.   Insha ALLAH bayi puan akan mendapat manfaat dari makanan yang puan makan.   Jangan terlalu risau kerana kebanyakan nutrient sebelum hamil disimpan sebagai stok dalam organ hati, dan akan dikeluarkan ketika puan mengalami masalah tidak ada selera dan tidak dapat makan dengan sempurna.   Jadi insha ALLAH ... Read More »

Loya dan Muntah Ketika Hamil Sehingga Berat Badan Turun

“Assalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) ..   Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah.   Saya juga tidak ada selera untuk makan, sehinggakan hanya makan nasi putih, ikan dan sedikit buah-buahan. Saya mengalami masalah untuk tidur.   Dokter, saya sangat risau dan mohon nasihat doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya menasihatkan puan agar berbincang tentang masalah kehilangan berat yang agak ketara dengan doctor yang merawat puan sepanjang kehamilan. Agak sukar ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!