Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 27)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Gamat ubat luka dalaman dan luaran

      Gamat ialah sejenis hidupan laut yang tidak bertulang belakang berada di dasar laut dan memakan rumpai halus.   Keajaiban pada gamat ialah kemampuannya untuk ‘tumbuh semula’ setelah tubuh gamat ini dipotong, menjadikan ia bahan penting di dalam perubatan Melayu untuk merawat luka.   Gamat juga mengandungi kolagen gamat yang tinggi. Malah, dan amino asid, protein, vitamin B1 dan B2, zat besi, iodin, kalsium fosfat, kalsium, dan zink, yang sangat diperlukan untuk proses penyembuhan luka.     Gamat boleh digunakan sebagai suplemen bagi merawat penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit.   Omega-3 yang ada dalam gamat dapat mengurangkan keradangan dan rasa sakit. Gamat juga mengandungi antioksida semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas yang sering ... Read More »

Merawat dan mencegah ruam lampin

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai anak berusia 8 bulan, dan mengalami ruam merah di celah peha. Dia kerap menangis bila ditukarkan lampin pakai buang. Saya menyapunya dengan krim, tetapi ruam merah itu berulang. Soalan saya adakah saya perlu menyapu krim tersebut pada waktu terdapat ruam merah atau pada setiap masa.”   Wa alaikum mus salam. Saya percaya anak puan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘nappy rash’ atau ‘ruam lampin’. Ia berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah, lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan menyebabkan pedih dan sakit.     Masalah ruam lampin biasa berlaku pada kepada bayi yang berusia bawah setahun setengah.   Antara puncanya ialah:   a) bayi mempunyai kulit ... Read More »

Amalan mencuci faraj (Douching)

          “Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan  vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?”    Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini.   Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’.   Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka berbaur kuat. Ada di antara mereka pula yang membasuh baki-baki darah haid dengan cara ini. Wanita yang tidak mahu hamil juga melakukannya untuk mengelakkan kehamilan.   Namun mereka tidak menyedari ... Read More »

Buah Markisa baik untuk pesakit darah tinggi dan asthma.

  Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit. Bahasa botaninya ‘Passiflora edulis’. Ia  sangat kaya dengan pro vitamin A (1274 IU 43%) dan vitamin C 30 mg 50%), potassium (348 mg 7%) , dan fiber (10,40 g 27%) dan mempunyai 16 calories dalam setiap biji. (Sumber: USDA National Nutrient data base)   Ia boleh dimakan begitu saja, atau sebagai jus atau dijadikan salad dicampur dengan sayur-syuran yang lain.   Oleh kerana buah Markisa sangat kaya dengan mineral potassium, ia sangat baik jika diamalkan oleh pesakit darah tinggi.   Rujuk: “Oral administration of purple passion fruit peel extract attenuates blood pressure in female spontaneously hypertensive rats and humans” Journal Nutrition Research, Volume 27, 408-416     Dalam kajian awal (preliminary research) terdapat bukti yang ringkas bahawa jus Markisa sangat baik bagi ... Read More »

Sup ayam baik untuk pesakit demam selsema

    Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema.   Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu.   Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response).   Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.   (rujuk: Rennard BO, Ertl RF, Gossman GL, Robbins RA, Rennard SI (October 2000). “Chicken soup inhibits ... Read More »

Nenas banyak khasiat tetapi boleh menyebabkan keguguran?

  Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak.   Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.   Antara kegunaan nenas ialah:   1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.   2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.   3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.   4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.   5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.   6. Jus nenas juga ... Read More »

Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?

    “Assalamu alaikum, baru-baru ini ibu saya mencadangkan kepada saya agar memberikan sedikit ‘garam bukit’ kepada bayi saya yang berumur satu tahun kerana katanya ia adalah cara untuk mengelakkan gangguan jin dan memberikan tenaga untuk bayi saya. Saya keliru, bolehkan bayi saya diberikan sedikit garam pada bayi saya?”     Wa alaikum mus salam.   Saya berpendapat bahawa memberikan sebarang jenis garam pada bayi, terutama berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan malah nyawa bayi puan.     Ini kerana bayi puan masih yang kecil. Organ penghadaman mereka masih tidak matang dan  masih tidak berfungsi dengan sempurna. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang kecil dalam makanan atau minuman mereka.     Bayi yang berumur setahun seperti anak puan hanya memerlukan kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari.   Sebagai ... Read More »

Kenapa Bayi Saya Kerap Muntah?

  “Salam doctor, saya mempunyai masalah di mana bayi saya berumur 4 bulan mengalami muntah yang agak kerap. Beliau juga mudah mengalami kekembungan perut.  Bayi saya seolah-olah tidak berminat dengan susu yang diberikan dan hanya menyusu ketika hendak tidur. Ini menyebabkan berat badan anak saya tidak bertambah, Perlukah saya memberikan susu yang khas untuk beliau? Apa nasihat doctor?”   Wa alaikum mus salam.   Saya memahami keresahan puan. Saya juga sering menerima pesakit (bayi) yang dibawa oleh ibubapa kerana mengalami muntah.   Masalah ini sangat membimbangkan ibubapa. Apa yang perlu diketahui sama ada masalah muntah ini adalah sesuatu yang serius dan perlu tindakan segera atau hanya sesuatu yang biasa berlaku dan tidak memberikan kemudaratan.   Banyak punca masalah muntah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sebab utama adalah adalah disebabkan oleh ... Read More »

Najis anak saya normal ?

      “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai anak lelaki berumur satu  tahun. Masalahnya setiap kali anak saya membuang air besar saya dapati najis anak saya berwarna coklat kehitaman. Sebelum ini najisnya berwarna kekuningan. Ini membuatkan saya risau”    Wa alaikum mus salam.   Saya berharap puan tidak terlalu risau dengan warna najis anak puan dan harus lebih memantau keadaan kesihatan anak puan secara keseluruhan.   Kebiasaannya jika anak puan boleh mengeluarkan najis berwarna coklat, hijau atau kuning gelap, ia adalah normal.   Tidak perlu puan risaukan. Warna najis bergantung kepada makanan yang diberikan kepadanya.   Walau bagaimana pun jika anak puan mengeluarkan warna merah, hitam dan warna kuning pucat, ia mungkin menandakan anak puan mengalami masalah.   Najis berwarna merah mungkin menandakan anak puan mengalami radang dalam usus besar. ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Meningkatkan Berat Badan Bayi

“Salam doctor, saya mempunyai seorang bayi baru berumur 3 bulan. Masalanya bayi saya mengalami berat badan. Semasa dilahirkan berat bayi saya hanya 2.84kg, selepas berumur sebulan beratnya naik 3.8kg, kemudian ketika berumur 2 bulan, berat bayi saya meningkat kepada 4.1kg saja. Hanya meningkat 300gm saja. Sekarang bayi saya berumur 3 bulan dan beratnya hanyar 4.4 kg saja. Mohon pendapat doctor untuk penambahan berat badan anak saya” Wa alaikum mus salam. Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya bayi akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari selepas dilahirkan. Kemudian bayi akan mengalami penambahan berat badan yang secara perlahan-lahan. Secara pengiraan mudah, berat badan seorang bayi akan meningkat 2 kali ganda berat dari berat badannya selepas dilahirkan apabila mencapai umur umur 5-6 bulan, dan kemudian meningkat kepada 3 kali ganda apabila meningkat umur 12 ... Read More »

Tabiat mengetap gigi di kalangan kanak-kanak

      “Salam doktor. Saya mempunyai masalah. Anak saya berumur 3 tahun mula melakukan habit yang pelik. Anak saya suka mengetap giginya dan menggoreskan gigi-giginya sehingga menyebabkan bunyi yang nyaring. Saya risau ia akan menyebabkan kerosakan gigi yang teruk. Saya harap doctor boleh membantu”   Wa alaikum mus salam.   Anak puan melakukan tabiat ‘grinding teeth’ atau ‘bruxism’ yang  agak biasa dilakukan oleh kanak-kanak, terutamanya ketika tidur.   Ada banyak sebab, antaranya:   Ada banyak sebab, antaranya: 1) gigi atas dan bawah tidak sekata atau tidak “align” dengan sepatutnya.   2) tindakbalas pada rasa sakit. Ada kanak-kanak yang merasakan lega dengan melakukannya apabila mengalami rasa sakit pada bahagian tertentu di muka atau telinga.   3) tindakbalas pada stress. Ada kanak-kanak memberikan tindakbalas mengetap gigi tanpa mereka sedari ketika mengalami ... Read More »

Vitamin Tambahan untuk Bayi dan Kanak-kanak

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka bertambah cerdik. Mohon penjelasan” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka sihat dan menjadi orang bijak. Lebih-lebih lagi banyak produk-produk kesihatan  yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna. Saya tidak menghalang mana-mana ibubapa yang membeli produk-produk itu, namun ingin memberitahu bahawa majoriti pakar-pakar pemakanan mengatakan bahawa kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada tumbesaran fizikal ataupun untuk kecerdasan minda (IQ). Kebanyakan bayi ... Read More »

Pendarahan Haid yang banyak dan tidak menentu

  “Assalamu alaikum, saya  berusia 40 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Saya amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Untuk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2009 disahkan normal.”   Wa alaikum mus salam.   Cara terbaik bagi masalah puan yang mengalami masalah kitaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal.   Doktor bertanyakan tentang sejarah perubatan puan sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan kitaran haid yang puan alami. Selepas ini doctor akan melakukan beberapapemerksaan dan ujian.   Oleh kerana puan kehilangan darah yang banyak, doctor akan melakukan ujian untuk memantau aras hemoglobin (sel darah merah) dalam badan. Jika ... Read More »

Menonton TV terlalu lama menyebabkan masalah kesuburan lelaki.

  Lelaki yang menonton tiga dan lebih jam TV sehari akan menyebabkan masalah kesuburan. Menonton TV adalah suatu tabiat yang menyebabkan seseorang lelaki tidak aktif secara fizikal.   Kajian yang dijalankan oleh Harvard University, mendapati bahawa lelaki yang beriadah selama 15 jam atau lebih seminggu mempunyai bilangan sperma 73% lebih tinggi dari lelaki yang beriadah kurang dari lima jam seminggu.   Kajian ini diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine, juga mendapati lelaki yang menonton melebihi 20 jam TV mempunyai bilangan sperma 44% kurang dari lelaki yang normal.   Ini kerana apabila seorang lelaki itu aktif, ia akan mendapat memanfaatkan antioksida yang terdapat dalam badannya seterusnya menggalakkan peningkatan bilangan sperma yang sihat.   Oleh itu lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, haruslah mengurang menonton TV dan melakukan riadah sehingga mengeluarkan peluh ... Read More »

Buah belimbing untuk pesakit kencing kotor

    Buah bilimbing di kenali sebagai Star Fruit, atau Averrhoa Carambola, kaya dengan antioksida, mineral potassium, dan vitamin C. Ia mempunyai kandungan gula, mineral sodium dan asid yang kurang.   (rujuk: Shui G, Leong LP (2004). “Analysis of polyphenolic antoxidants in star fruit using liquid chromatography and mass spectrometry”. Journal of Chromatography 1022 (1–2): 67–75.)   Selain itu belimbing mampu membunuh kuman bakteria seperti Averrhoa E. coli, Klebsiella spp., Staphylococcus aureus, dan Pseudomonas aeruginosa. Kajian ini telah dilakukan oleh saintis Thailand pada 2002.   (rujuk: Sripanidkulchai B, Tattawasart U, Laupattarakasem P, Wongpanich V (2002). “Anti-inflammatory and bactericidal properties of selected indigenous medicinal plants used for dysuria“. Thai J Pharm Sci 26 (1-2): 33–38.)   Jadi ia sangat sesuai bagi pesakit ‘kencing kotor’ yang mempunyai jangkitan kuman bekteria itu.   ... Read More »

Perlukah rawatan D&C selepas Keguguran?

  “Salam, doctor. Baru-baru ini saya mengalami keguguran. Saya telah menjalani rawatan “cuci rahem”. Setengah doctor berpendapat ia tidak perlu kerana menyebabkan luka dalam rahem. Jadi apakah rawatan yang sebenarnya harus saya terima selepas keguguran? Bolehkah saya hamil semula selepas ini? Terima kasih.”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula.   Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang negatif dan doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat sama ada janin yang telah meninggal dunia itu masih berada dalam rahem, atau rahem puan telah kosong.   Jika rahem puan telah kosong doctor tidak perlu mengosongkan rahem puan dengan melakukan prosedur ERPC (Evacuation of Products of Conception) atau D&C (Dilation & Curettage).   Jika ... Read More »

Kesan menggunakan Pil Pelangsing

  “Assalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan.   Saya mencuba pelbagai jenis diet dan ubat di pasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil ubat pelangsing jenama XXXXX ini.   Selepas hari kedua saya mengambilnya saya mula merasakan sakit kepala di bahagian belakang berhampiran dengan telinga (kiri dan kanan) hinggalah ke bahagian tengkuk dan tulang belakang. Sakit itu tidak berkurang walau pun saya mengambil ubat penahan sakit malahan sakitnya tetap di situ (terasa seperti tangan sedang mencengkam kepala dan tidak melepaskanya).   Bila saya urut bahagian ... Read More »

Doktor, betul ke anak saya juling?

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya mempunyai seorang anak yang berumur 4 bulan dan dilahirkan secara pramatang pada usia kehamilan 34 minggu. Ketika usianya mencecah 3 bulan, saya mendapat pandangan matanya tidak selari. Adakah anak saya juling?”   Wa alaikum mus salam.   Terima kasih kerana bertanya. Saya menasihati puan agar jangan risau terhadap pemandangan mata anak puan yang tidak selari itu, kecuali jika anak puan telah berusia 6 bulan.   Masalah penglihatan yang tidak selari ini tiada kena mengena dengan kelahiran pramatang. Ia berlaku hampir pada semua bayi yang lahir berumur 6 bulan ke bawah, sama ada cukup tempuh hamil atau lahir pra-matang.   Ketika dilahirkan, secara normal pemandangan mata bayi tidak selari dan tidak fokus.Pergerakan bola matanya menjadi tidak menentu.   Setelah bayi berusia 3-4 bulan, mereka mula ... Read More »

Ibu Penagih Membunuh Anaknya Tanpa Sengaja

    Saya membaca satu berita yang sedih berlaku di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.   Seorang bayi lelaki Ryder Salmen, berusia lapan bulan mati pada September 2012 selepas menghisap susu ibunya yang disahkan mengandungi campuran ubat metadon (ubat yang mengurangkan ketagihan dadah), Opana (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur) yang tinggi.   Sarah Stephen, 32 tahun sebelum ini mengalami masalah ketagihan dadah dan diberikan beberapa ubat untuk sebagai rawatan masalah ini.   Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia, Sarah pernah diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan penyusuan  isu apabila doktor mengesan kandungan metadon tinggi dalam tubuh bayi terbabit.   Malangnya, Sarah tidak menghiraukan perintah mahkamah dan terus menyusukan anaknya.   Pada hari kematian Ryder, Sarah membawa anaknya ke Jabatan Kecemasan kerana tidak ... Read More »

Jangan hanya mengira sengsara dan bencana tanpa menghitung nikmat dan bahagia

Dalam kehidupan kita, sering kali kira mengira berapa banyak kerugian, kemalangan dan kekurangan yang kita ada, sedangkan jika dicampur ketiga-tiga hal ini tidak sampai 1% jika dibandingkan dengan  nikmat kurniaan ALLAH yang berupa kesenangan, rezeki, kenikmatan, keuntungan, kebahagiaan, dan pelbagai lagi kurniaannya.   Kita sering mengenang nasib kita yang malang, tanpa menyedari ALLAH telah banyak memberikan kenikmatan sebelum ini.   Seorang lelaki yang kehilangan kasutnya dan terpaksa ‘berkaki ayam’ ditanya perasaannya ketika mengetahui bahawa kasutnya telah dicuri, dia segera menjawab, “Saya bersyukur, walaupun kasut saya telah ditakdirkan hilang tetapi saya masih diberikan kesempatan menikmati lagi kedua belah kaki saya yang masih kuat”   Semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, ketika berada di jabatan orthopaedic, saya sempat menyaksikan seorang pesakit diabetis yang baru sedar dari pembedahan dipotong sebelah ... Read More »

Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?

      “Salam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia  sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih sama. Untuk pengetahuan doctor beliau adalah kanak-kanak yang aktif. Ada ke cara lain saya dapat pulihkan pernafasan anak saya? perlu ke di rujuk ke ENT?”   Wa alaikum mus salam.   Selsema sering terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Ia menyebabkan mereka merengek da nada kalanya tidak boleh tidur dan terus menangis. Bayi menjadi tidak selesa.   Selsema biasa berlaku pada kanak-kanak dan bayi yang berumur dua tahun ke bawah. Namun begitu selalunya selesema tidak serius. Ia boleh ... Read More »

Bahayakah cucuk air tulang belakang?

    Saya pernah membawa anak saya yang berusia setahun, secara tiba-tiba pengsan di rumah ke Jabatan Kecemasan. Beliau terus dibantu dengan bantuan sistem pernafasan sehingga peratusan kandungan oksigen dalam darah memuaskan.   Akhirnya beliau ditahan diwad untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut punca sebenar beliau mengalami masalah itu.   Banyak ujian yang dibuat, tetapi semuanya negative. Masih tidak diketahui punca sebenar. Saya bimbang jika tidak dirawat punca sebenar, masalah yang sama (pengsan secara tiba-tiba) akan berulang.   Pakar pediatric akhirnya mencadangkan kepada saya untuk melakukan pemeriksaan air tulang belakang atau disebut sebagai ‘lumbar punture’.   Sebagai seorang doctor, saya faham prosedur itu. Saya juga faham faedah dan kemudaratan yang mungkin menimpa.   Saya berserah pada ALLAH dan memohon petunjuk. Saya menandatangani surat keizinan dengan berat, walaupun bapa saya bersungguh-sungguh melarang ... Read More »

Produk Figure-Up dicemari Sibutramine

  BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mei 2013. – Kementerian Kesihatan Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk pelangsingan badan iaitu jenama ‘Figure-Up’ daripada Malaysia didapati tercemar dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan. Sampel produk tersebut diperolehi daripada orang ramai semasa pengimportan bagi kegunaan peribadi yang mana produk berkenaan dicemari dengan Sibutramine yang boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan. Sibutramine merupakan agen pelangsing yang tidak disarankan dalam rawatan obesiti dan menyebabkan risiko serius kepada jantung dan hati, di samping tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur dan dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut, dari itu, sebarang pengimportan dan penjualannya adalah dilarang di ... Read More »

Mengapa Anak Saya Batuk waktu Malam ?

        “assalamualaikum, doktor. Saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang sering mengalami batuk yang kuat terutama malam dan subuh. Dia telah membuat pemeriksaan di klinik dan doctor memberitahu memberikan rawatan nebulizer untuk mengurangkan batuknya tetapi masih tidak lagi sembuh. Mohon pencerahan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Ibubapa selalu membawa anak mereka ke klinik kerana anak mereka mengalami batuk. Adakalanya batuk mereka tidak disertai dengan demam, hanya batuk kering yang berterusan sebaik saja batuk bermula.   Batuk berlaku sebagai satu tindak balas apabila ada bendasing sama ada kahak, habuk dan sebagainya yang memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini, paru-paru kita dapat mengelak daripada dicemari dengan bendasing itu.   Jadi batuk sebenarnya memberikan faedah kepada kita. Oleh itu, batuk hanya sebagai tanda bahawa system pernafasan kita sedang mengalami ... Read More »

‘Baby Walker’ tidak membantu bayi berjalan

      “Assalamu alaikum, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘baby walker’ untuk bayi yang berumur kurang setahun. Adakah ia selamat ?”   Para ibu yang berkerjaya dan mempunyai anak kecil menghadapi satu cabaran yang besar, terutama yang tiada pembantu rumah. Apabila mereka pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula meminta perhatian dan merengek minta didukung.   Untuk seketika mendukung anak kecil memberikan keseronokan kepada ibu untuk melepaskan rindu. Akhirnya tangan yang letih akan menyebabkan ibu tadi meletakkan semula anaknya.   Namun tangisan anak kebosanan bermain di lantai, membuat para ibu memikirkan bagaimana cara untuk mengalihkan perhatian anak dan dalam masa yang sama agar mereka dapat berehat.   Baby Walker adalah peralatan untuk para ibubapa meletakkan anak mereka di dalamnya untuk tujuan ini.   Penggunaan  ‘walker’ ... Read More »

Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

  “Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?”   Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya.   Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin kerana ibubapa mereka keliru dengan pelbagai maklumat yang salah terhadap terhadap vaksin.   Alhamdulillah, puan telah menyedari kebaikan vaksin sebagai usaha mencegah jangkitan kuman berbahaya pada anak puan. Langkah yang ... Read More »

SYUKUR adalah motivasi terbaik

SYUKUR adalah motivasi terbaik

Saya menganggap diri saya sebagai kurniaan ALLAH yang sangat berharga dan saya sangat bersyukur atas segala pemberian nikmatNYA. Saya bersyukur dengan nyawa, kehidupan, bakat dan rahmat yang diberikan. Saya juga bersyukur dengan jutaan kurniaan yang tidak dapat saya hitung dari mula saya dilahirkan sehingga kini. Setiap saat, jutaan nikmat, rahmat dan kasih sayang ALLAH yang saya perolehi, menyebabkan saya rasa bermotivasi untuk menunjukkan kesyukuran dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya ada untuk dimanfaatkan oleh orang ramai. Saya menganggap diri saya sebagai bekas pelajar yang biasa dan sederhana. Saya tidak memperolehi ‘straight As’ sebagai mana rakan-rakan saya yang cemerlang dalam akademik mereka. Saya percaya mereka telah dianugerahkan dengan kecerdikan yang luar biasa, mampu menghafal dengan sekali bacaan, mudah memahami apa yang diajar dengan mudah dan mempunyai daya keyakinan diri yang ... Read More »

Doktor, kenapa anak saya tak mahu makan?

  ” Doktor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Apa yang merisaukan saya ialah anak saya agak sukar untuk makan.Beliau hanya makan apabila benar-benar lapar, itu pun satu dua suap saja. Saya pernah memberikan anak saya vitamin untuk menambah selera makan beliau, tetapi nampaknya tidak berkesan. Saya amat risau apabila anak saya kelihatan kurus, walaupun beliau aktif.”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Masalah anak yang agak sukar untuk makan agak biasa berlaku, terutama apabila umur beliau memasuki umur setahun.   Banyak punca anak mempunyai masalah ini. Jika anak puan sihat dan telah mendapat pemeriksaan doctor, maka ada beberapa langkah yang puan boleh ambil untuk mengurangkan masalah ini.   1. Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sikap memilih makanan. Ada makanan yang tidak disukai dan ada beberapa ... Read More »

Mata Bayi Kerap Berair

  ‘Salam doktor,  saya ada bayi  berumur 3 bulan, Masalahnya dia mengalami  mata sebelah kanan yang sentiasa  berair. Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi  dia memberikan  ubat mata saja, tetapi  sampai sekarang pun lagi mata dia masih  berair. Ada cara lain untuk menguraangkan mata berair mata bayi saya? “ Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam. Anak puan mengalami satu masalah salur air mata yang tersumbat, yang dikenali sebagai “blocked nasolacrimal duct”. Terdapat salur-salur halus di bahagian tepi mata, yang menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung. Kadangkala, salur-salur ini tidak terbuka sepenuhnya, atau tersumbat, terutama di kalangan bayi baru lahir. Ini menyebabkan air mata berkumpul di dalam mata, dan mata kelihatan berair. Apabila air mata tidak mengalir dengan biasa, air yang bertadah ini boleh dijangkiti kuman, dan menyebabkan terbentuknya ... Read More »

Pendarahan selepas haid

    “Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”.  Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?”   Wa alaikum mus salam.   Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil.   Darah yang keluar sebenarnya adalah darah haid. Puan mengalami pendarahan selepas tamat tempuh haid kerana darah haid yang tidak habis keluar dari rahem. Warna menjadi gelap kerana ia berada lama dalam ... Read More »

Hidup bersederhana tapi ada banyak wang

    Dengan kenaikan harga petrol dan barang makanan yang melonjak, ramai pekerja dalam golongan pertengahan merasa sangat tertekan. Ini kerana peningkatan harga menyebabkan nilai wang yang mereka ada semakin mengecil.     Kalau dulu jika pergi pasaraya Giant, wang sebanyak RM100 boleh penuh troli yang ditolak dengan barang-barang keperluan yang dibeli. Sekarang tidak lagi. Dengan RM100 setengah troli pun tidak dapat dipenuhkan.     Peningkatan harga barang yang mendadak, serta gaji yang tidak pernah dinaikkan setara dengan peningkatan harga barang dan komitmen kepada keluarga semakin bertambah, menyebabkan perbelanjaan kebanyakan kita melebihi pendapatan yang sedia ada.     Di akhir bulan tidak tidak mempunyai lebihan untuk disimpan, malah itu sudah dikira bernasib baik kerana ramai di antara kita yang semakin banyak berhutang di hujung bulan.     Jadi tidak hairanlah ... Read More »

Lendiran kental dari kemaluan

  Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur.  Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15/5/2013. Soalan saya ialah  pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari faraj saya bersama dengan sejalur darah warna pink dan kemudiaannya coklat. Ia hanya berlaku selama 2 hari saja. Setelah sebulan berlaku, pada 9.6.2013, perkara yang sama berlaku  semula. Soalan saya adakah keadaan itu merbahaya kepada saya? Saya belum lagi pergi ke klinik untuk pemeriksaan..   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam   Lendiran yang keluar dari faraj puan sebenarnya adalah lendiran cervix (mucous plug).   Itu berasal dari keputihan yang banyak berasal dari faraj dan rahem, dan ... Read More »

Holoprosencephaly : Sains membuktikan kelahiran dajjal?

    Baru-baru ini saya melihat kelahiran seorang bayi melalui kongsian di facebook. Saya sangat sedih melihat bayi ini masih hidup dan bergerak-gerak di dalam incubator, malangnya bayi ini bermata satu.   Saya memikirkan bagaimana nasib beliau di masa akan datang apabila telah meningkat dewasa, dan lebih malang ada rakan-rakan di facebook yang terlalu dangkal dengan mengaitkan kelahiran bayi yang tidak berdosa ini dengan kelahiran makhluk dajjal.   Pada saya kelahiran bayi ini hanya menunjukkan kekuasaan ALLAH yang boleh mencipta makhluknya dengan pelbagai bentuk kejadian.   Bayi yang tidak bersalah ini tidak seharusnya dikaitkan dengan makhluk dajjal yang dikatakan bermata satu. Bayi ini tidak berdosa dan tidak minta dilahirkan sebegitu.   Sebenarnya kelahiran bayi seperti ini berlaku di seluruh dunia. Ia dinamakan “holoprosencephaly” iaitu kecacatan pada otak di mana otak ... Read More »

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

  “ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?   2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketulan darah ia tidak dianggap nifas… Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis dan kering?   Bantulah ... Read More »

Pendarahan haid berpanjangan: Pil henti darah (norethisterone) vs Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

      “Salam Doc. Saya hendak bertanya mengenai kitaran haid saya yang tidak menentu. Sebelum ini saya tidak mengalami haid beberapa bulan. Selepas sebulan saya mengamalkan EKF tiada perubahan pada kitaran kitaran haid saya. Tetapi masuk bulan kedua, saya mula datang  haid pada 25 Jun dan bersih hari ke 8. Kemudian haid datang  semula pada hari yang 12 berlanjutan hingga ke 15. Saya dah berjumpa doktor dia telah berikan ubat  Sunolut yang mengandungi Norethisterone untuk berhentikan pendarahan untuk dimakan selama 20 hari. Saya makan hanya selama 14 hari. Selepas berhenti ubat tersebut darah datang balik. Soalan saya adakah saya patut makan EKF semula walaupun darah masih ada? Atau teruskan makan ubat hormon tersebut? Adakah darah itu darah haid?”   Dr Zubaidi Hj Ahmad :   Wa alaikum mus salam. Seperti ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!