Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?

“Salam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia  sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut.

Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih sama. Untuk pengetahuan doctor beliau adalah kanak-kanak yang aktif.

Ada ke cara lain saya dapat pulihkan pernafasan anak saya? perlu ke di rujuk ke ENT?”

Wa alaikum mus salam.

Selsema sering terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Ia menyebabkan mereka merengek da nada kalanya tidak boleh tidur dan terus menangis. Bayi menjadi tidak selesa.

Selsema biasa berlaku pada kanak-kanak dan bayi yang berumur dua tahun ke bawah. Namun begitu selalunya selesema tidak serius. Ia boleh disebabkan oleh alahan atau serangan virus sahaja.

Selesema yang disebabkan oleh alahan selalunya tidak disertai dengan demam.

Sementara selsema yang disebabkan oleh virus selalunya menyebabkan jangkitan bahagian hidung dan kerongkong. Bayi yang kecil mempunyai daya ketahanan yang tidak kuat. Ia dapat dibantu dengan penyusuan ibu.

Selsema yang disebabkan oleh virus selalunya beserta dengan demam yang melebihi 101 darjah F / 38 darjah C, batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Kadang kala mereka hilang selera makan.

Selalunya selsema akan berkurangan selepas tiga hingga 10 hari.

Selain memberikan susu ibu kepada bayi puan, galakkan ahli keluarga lain membasuh tangan sebelum dan selepas bermain dengan anak puan yang selsema.

Galakkan suami agar berhenti merokok atau sekurang-kurangnya merokok di luar rumah.

Perhatikan makanan yang menyebabkan anak puan alah terhadapnya dan pastikan rumah puan sentiasa bersih dari habuk.

Bagi bayi dan kanak-kanak yang berumur melebihi setahun dan aktif, masih boleh makan dan minum, dan tidak mempunyai demam yang tinggi (melebihi 102 darjah F / 39 darjah C) tidak perlu segera berjumpa doctor.

Pastikan mereka minum air secukupnya sama ada susu atau minuman jus (bagi mereka yang berumur melebihi 2 tahun).

Jika badan mereka agak panas dan tidak selesa, boleh berikan  ubat paracetamol dengan dos yang betul.

Jika anak puan berumur kurang dari satu tahun, saya tidak menggalakkan puan untuk memberikan ubat selsema yang dibeli dari farmasi tetapi membawa anak puan untuk pemeriksaan doktor.

Semasa tidur, puan boleh meninggikan kepala tilam kepala  untuk melegakan hingus yang meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda dengan bantal kerana boleh menyebabkan bahaya mati kelemasan.

Puan berikan sapuan bermentol bagi melegakan pernafasan anak puan. Jika lendiran hingusnya pekat, puan boleh menitiskan satu titisan normal saline ke dalam hidung anak puan setiap jam bagi mencairkan hingus yang pekat.

Selepas lendiran hingus menjadi cair, puan boleh menyedutnya menggunakan alat khas (nasal aspirator).

Puan boleh memasang alat pengewapan yang kecil (humidifier) di dalm bilik tempat anak tidur. Wap yang keluar apabila dihidu oleh anak, dapat juga mencairkan lender hingus anak.

Cara lain ialah mandi dengan air suam bagi tujuan yang sama. Elakkan mandi air sejuk kerana akan menyebabkan lebih banyak lendiran hingus akan keluar.

Bagi bayi yang berusia setahun ke bawah, selsema yang berpanjangan haruslah dibawa berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan.

Jika kanak-kanak berusia lebih setahun, saya mencadangkan agar dibawa berjumpa doctor apbila jika selsema berlangsung melebihi dua minggu, atau beserta dengan sakit telinga, demam yang tinggi, tidak aktif, masalah sukar bernafas, pernafasan yang berbunyi, batuk berlarutan melebihi dua minggu, atau mengeluarkan lendiran hingus hijau yang pekat.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!