Nenas banyak khasiat tetapi boleh menyebabkan keguguran?

Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak.

Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.

Antara kegunaan nenas ialah:

1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.

2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.

3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.

4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.

5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.

6. Jus nenas juga dikatakan dapat mengurangkan mabuk laut (seasickness).

7. Jus nenas bertindak sebagai antihelminthic yang mampu mengeluarkan cacing dari usus.

(rujuk: Monzon, R. B.; Adebiyi, Adebowale (1995). “Traditional medicine in the treatment of parasitic diseases in the Philippines”. Southeast Asian journal of tropical medicine and public health 26 (3): 421–428.)

8. Dalam kajian saintis, enzim bromelain yang diekstrakkan dari batang buah nenas dan diberikan selama enam bulan telah Berjaya mengurangkan radang pada usus yang bengkak.

(rujuk: Hale LP, Chichlowski M, Trinh CT, Greer PK (2010). “Dietary Supplementation with Fresh Pineapple Juice Decreases Inflammation and Colonic Neoplasia in IL-10-deficient Mice with Colitis“. Inflamm Bowel Dis 16 (12): 2012–21).

9. Enzime bromelain dari nenas mempunyai potensi untuk mengelakkan penyakit kanser.

(rujuk: Bhui K, Tyagi S, Prakash B, Shukla Y (2010). “Pineapple bromelain induces autophagy, facilitating apoptotic response in mammary carcinoma cells.“. Biofactors 36 (6): 478–82).

10. Bagi wanita yang sering mengalami senggugut, boleh memakan nenas atau meminum jusnya beberapa hari sebelum haid. Ia dapat menggurangkan senggugut dan melancarkan darah haid.

Walau bagaimana pun, bagi wanita yang hamil di awal kehamilan, saya menasihatkan agar tidak memakan nenas atau meminumnya kerana ia boleh menjadi punca keguguran. (Morton, Julia F, 1987).

Bagi wanita yang hamil sebelum berusia 38 minggu, saya nasihatkan agar tidak perlu memeakan nenas atau minum jusnya sebagai langkah berhati-hati.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!